Instagram

Thursday, 14 September 2017

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat

Innalillahi wainna ilaihi rojiun...

Bertarikh 14 September 2017, berita duka diterima.
Pagi ini kita dikejutkan dengan berita kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiah yang terletak di Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
Kebakaran itu telah meragut lebih 20 nyawa, 3 kritikal dan yang lain cedera.

Moga Allah tempatkan kalian di syurga Firdausi bersama sama dengan orang orang yang disayangi Allah.

Ini bukan kali pertama berita kebakaran pusat tahfiz yang kita dengar. Sebelum ni kebakaran pondok Pak Ya juga meragut banyak nyawa.

Apa yang dikesalkan kerana pihak pentadbiran tidak menitik beratkan faktor keselamatan. Mana mana pusat tahfiz kebanyakannya macam tu lah.

Tapi, telah tertulis untuk mereka berjumpa Ilahi hari ini.

Kematian mereka, Quran penuh di dada. Tapi kita? Macam mana pengakhirannya...

Moga kita berakhir dengan husnul khatimah. Takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat. Takziah juga saya ucapkan pada pihak pengurusan.

Moga kita sama sama ambil iktibar dari apa yang berlaku.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ 

“Kita milik Allah semata dan sesungguhnya hanya kepada-Nya semata kita kembali. (QS. Al-Baqarah [2]: 156).

اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah yang menimpaku, dan berilah aku ganti yang lebih baik daripada musibah yang telah menimpa.” (HR. Muslim, no, 918)

Marilah kita sama sama berdoa kepada keluarga mangsa kebakaran sebagaimana yang diajarkan

أَعْظَمَ اللَّهُ أَجْرَكَ، وَأَحْسَنَ عَزَاءَكَ، وَغَفَرَ لِمَيِّتِكَ

"Semoga Allah memberikan pahala besar untukmu, menguatkan ketabahanmu, mengampuni orang yang meninggalkanmu,

Dari Allah kita datang, kepadaNya jugalah kita kembali.



1 comment:

  1. Hello, hope boleh follow balik untuk lihat produk ekzema.Kalau boleh share kepada mereka yang ada masalah Ekzema. TQ.

    https://tipsrawateczema.blogspot.my/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...