Instagram

Thursday, 14 September 2017

Masalah Nuffnang Selesai!

Alhamdulillah....... Akhirnyaaa...

Iklan Nuffnang dah berjaya menembusi blog Soobeey.

Bila nampak je iklan Nuffnang keluar dekat blog, terus mulut ni mengeluarkan suara nyanyi

Alhamdulillah syukur nikmat, kepada Tuhan yang memberi rahmat

Syukur tak terkata lepas bermacam-macam cara buat. Kalau tak, dekat manage blog my Nuffnang tu, takde keluar tick warna hijau tu, walau dah berapa puluh kali mencuba copy paste code iklan tu. DI tengah malam yang dingin ni, usaha rombakan blog soobeey ni membuahkan hasil. Hasilnya macam gambar di bawah ni. Semua iklan dah berjaya melekat dalam blog.


Nuffnang bermasalah


Tengok bawah ni, satu iklan Nuffnang dah muncul. Suka tak terkata sampai tempek gambar kat sini sebagai bukti. haha.
Iklan Nuffnang dah keluar
Iklan Nuffnang

 Apa yang dapat I simpulkan, ceyh skema ngat aih macam buat karangan tips la kononnya

  • Rajin-rajin lah update blog kalau taknak Nuffnang merajuk, buat macam macam hal
Harini I buat lebih dari satu post, barulah nak melekat iklan ni. So, kalau korang tetiba jadi macam I ni, cuba lah try update blog banyak kali dalam sehari tu ye. Simple simple pun takpe.
  • Cek line internet korang. Kalau macam siput sedut tu, masalah besar jugak. Nanti loading tak sudah
  • Cek link blog yang sekarang tu sama tak dengan yang ditulis dalam manage blog Nuffnang tu
  • Update survey dekat manage blog Nuffnang tu. Lepas tu baru la copy paste code code iklan tu
  • Pastikan! Cek semua copy paste code iklan tu betul tak pada tempatnya. Double triple cek selagi tak yakin. haha
  • Kalau tak menjadi jugak, jangan malu malu bertanya pada Nuffnang sendiri. Tak reti bahasa Omputih, bahasa Melayu pun Nuffnang faham je. 

Ha, dah.. tu je kot I rasa.

Oh ye, lepas dah buat semua ni, nak tengok iklan Nuffnang korang berjaya ke tak menempatkan diri kat blog korang. I sarankan korang tengok tengah malam dalam pukul 1-5 pagi (waktu orang Malaysia tidur) haa.... masa masa macam tu dia akan muncul. haha.

okay tu saje, bebelan cik Soobeey harini.
I sayang Nuffnang. Tengok i taip Nuffnang pun mula denganhuruf besar tau. mueehehe. Setia yang amat. Sayangilah daku Nuffnang. Jangan merajuk lagi....



Wednesday, 13 September 2017

Nuffnang Bermasalah

Nuffnang I masih bermasalah.

*I nak bebel

Template blog sudah kacau bilau jadinya. Bila mau okay tak pasti la tu.
Sekarang cuba menulis je la walaupun I rasa rupa blog I ni sangat simple dan kurang berseri.

Kerana iklan Nuffnang taknak melekat, semua I ubah jadinya. Sudahnya, tiada yang berubah pun melainkan rupa blog I yang menenangkan ni. hahaha


Help Me! Kenapa Iklan Nuffnang Tak Keluar

Mati akal dah ni memikirkan kenapa la iklan Nuffnang taknak keluar kat blog I. Ye, i tau blog i buruk dan tak menarik tapi paling tidak pun explain la kat i kenapa iklan u taknak munculkan diri kat blog ni.

Macam-macam cara dah I cuba, tak tau lagi kat mana silapnya.

Celaru kejap fikiran i ni tau, mana nak fikir pasal tesis lagi, pasal kahwin lagi, pasal Nuffnang lagi.

I pulak jenis mudah celaru bila ada masalah dan takde penyelesaian. haha


  • Link blog dah betul
  • Dah update survey
  • Dah update code iklan dan copy paste pada tempat tempat yang betol dah
Apa lagi patut i buat ni??

buntu.. haha
My Nuffnang pun asyik pusing-pusing loading for no reason.

Dah tanya jugak pada Nuffnang, dia kata nak check dan bagitau balik macam mana. Tapi sampai sekarang sunyi ni.

Alahai Nuffnang, saya sayang awak tau. Janganlah merajuk macam ni. muehehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...