Rempah Ratus Mak Siti Pilihan Utama Pelbagai Jenis Masakan

21:27

Bersempena dengan musim perayaan, pastinya aktiviti masak memasak merupakan aktiviti utama pada musim perayaan untuk dijadikan sebagai hidangan pada hari raya dan juga untuk disajikan kepada tetamu-tetamu yang datang berkunjung.


Apabila melibatkan aktiviti memasak, rasa sesuatu masakan yang sedap itu adalah yang paling menjadi keutamaan. Nak hidangkan makanan pada tetamu yang datang, mestilah nak yang sedap-sedap bukan. Untuk kelazatan rasa setiap masakan, pilihan rasa rempah yang asli tanpa campuran bahan pengawet dan tanpa MSG adalah penting. Rasa sedap dan penjagaan kesihatan itu, mestilah seiiring kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada makanan. kebanyakan penyakit berpunca dari apa yang kita makan. Oleh itu, pemilihan rempah untuk memasak pun mestilah yang asli dan sihat juga.


Hidangan wajib ada pada Hari Raya Aidilfitri semestinya rendang. Untuk masakan rendang, saya menggunakan serbuk kunyit Mak Siti kerana keaslian rasa kunyitnya membangkitkan lagi rasa keenakan rendang warisan keluarga. 


Bagi yang ingin mengadakan acara rumah terbuka atau makan-makan dan berhajat untuk menyediakan rendang pada tetamu yang datang, bolehlah mencuba rempah rendang keluaran Mak Siti. Rempah Rendang Mak Siti, pasti tidak mengecewakan tuan rumah dan tetamu yang hadir. Cepat dan memudahkan tuan rumah.




dapat melihat hasil tanaman di ladang Nasuha dari dekat
Beberapa tahun kebelakang, nama Mak Siti sangat asing bagi saya dan keluarga. Tidak pernah tahu dan tidak pernah mendengarnya sehinggalah satu kelab di universiti tempat saya belajar, melakukan lawatan industri melawat Ladang dan Kilang Rempah Ratus Nasuha yang terletak di Pagoh, Johor. Ladang dan kilang milik rempah jenama Mak Siti. Di situ saya dan rakan-rakan di bawa melawat mengelilingi ladang Nasuha. Sangat besar. Untuk pengetahuan semua, Ladang Nasuha ini pernah dinobatkan sebagai Malaysian Guiness Book of Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir 6000 spesies rempah ratus dan herba. Ladang dan Kilang Rempah Ratus Nasuha yang terletak di Batu 12, Jalan Muar-Pagoh, Muar, Johor yang mempunyai keluasan seluas 3200 ekar ini juga telah mendapat pengiktirafan oleh The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai The Largest Herbs & Spices Plantation.



Selain ladang dan kilang, Mak Siti juga ada mengusahakan sebuah restoran. Restoran yang masakannya menggunakan rempah ratus Mak Siti sendiri yang terhasil dari ladang dan kilang Nasuha tersebut. Ketika melakukan kunjungan ke ladang dan kilang Nasuha ini, sebelum berangkat balik, kami dihidangkan dengan juadah di restoran milik Mak Siti itu. Rasa makanannya sangat enak dan kami juga dihidangkan dengan pelbagai jenis teh herba. Bagi mereka yang menyukai herba seperti saya, pasti akan menyukai kepelbagaian teh yang disediakan di situ. Menariknya ketika memasuki kawasan restoran tersebut, restoran tersebut dipenuhi dengan orang-orang Cina. Tidak hairan lagi kalau orang Cina ramai di situ memandangkan di situ disediakan makanan yang sihat dan penuh dengan herba. Pelancong-pelancong asing juga tidak terkecuali memenuhi ruang restoran tersebut untuk merasa keenakan masakan dan keaslian rempah-rempah di situ.



Sebelum pulang, sempat juga saya memborong beberapa paket besar rempah Mak Siti yang di dalamnya mengandungi pelbagai jenis rempah ratus seperti rempah sup, rempah sup soto, rempah sup tulang, rempah sup punjut, rempah sup ikan, serbuk kunyit, rempah kari daging, rempah kari ikan, rempah kurma, rempah rendang, rempah masak kicap daging, rempah masak kicap ikan, rempah kari makanan laut, rempah sup kepala ikan dan lain-lain lagi. Macam-macam lah ada. banyaklah juga memborongnya sebab nak bagi kat keluarga. Lagi satu, sebab teruja dekat Malaysia ada tempat macam tu.


Dari situlah saya mula mengenali rempah Mak Siti. Buat balik rumah, dah cuba masak dengan semua jenis rempah Mak Siti tu, memang tak dinafikan lagi. Memang sedap. Lepas dari itu, mak memang cari rempah Mak Siti je, tak cari rempah lain dah. Tapi masa tu rempah Mak Siti tak meluas lagi. Payah nak cari. Sekarang alhamdulillah, dah banyak ada di pasaran. Dan yang terbaru, rempah Mak Siti dikeluarkan dalam betuk botol pula. lagi mudah nak simpan atau bawa travel.

Antara sebab rempah Mak Siti menjadi pilihan ramai adalah:
- keenakan dan keunikan rasa rempahnya
- tanpa MSG dan tanpa perwarna tiruan
- versi botol memudahkan untuk simpan dan di bawa ke mana-mana

Rempah Mak Siti boleh didapati di:


Terima kasih Mak Siti memudahkan urusan masakan kita setiap hari. Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua.



Untuk maklumat lanjut mengenai rempah Mak Siti:

FB Page : Rempah Ratus Mak Siti

IG : @rempahratusmaksiti

Website : http://www.maksiti.com

Whatsapp : 017-330 9330







You Might Also Like

0 comments

Ads

Follow me Insta