Showing posts with label salam. Show all posts
Showing posts with label salam. Show all posts

Tuesday, 10 February 2015

Nak Cium Tangan pun Malu ke?

  السلام عليكم
Hai semua.. Semalam kan ada la kawan-kawan mak datang. Ramai jugak. Segan la pulak nak keluar jumpa, salam semua. Selalunya sebelum ni, kakak ada kat rumah. Jadi sebelum nak salam, suruh kakak tunggu dulu. Nak pergi salam sama-sama kakak. Tak la malu sangat. Tapi sekarang, kena pandai-pandai la nak hidup, kakak dah kahwin. Payah betul la macam ni. Last-last bila mak dah panggil, suruh keluar salam. Baru la terkedek-kedek jalan, kepala tunduk sampai nak langgar dinding. Ish3x..

Dah settle salam, masuk dapur nak siapkan air, makanan, kuih sume. Tetiba adik bongsu datang, tanya abangnya dah pegi salam-salam belum. Haha. Ingatkan saya je yang macam tu, rupanya adik pun macam tu jugak. Ngeh3x

Eh, tetiba je gambo salam kahwin ni kenapa? hehe. Tak dapat nak jawabnya.
Teringat pulak time raya. Pun macam tu jugak. Tapi dengan sepupu-sepupu la. Orang datang raya, kumpul ramai-ramai dulu sepupu-sepupu ni, then pergi salam serentak semua. Terkejut tetamu tengok, dari mana datangnya makhluk ramai-ramai tetiba je. Hihi. Mungkin family saya je la kot macam ni kan..? ke korang pun macam ni jugak? Kalau macam ni jugak, sep sekali! Kita geng bas sekolah! haha


p/s untuk diri sendiri: kena ubah dah lepas ni, awak dah besar, tua dah cik kak oii. Hihi :) Malu biar bertempat sikit ye. 
p/s: Tapi jangan lah mentang nak salam, main redah je salam laki, perempuan. Yang bukan mahram tu, jangan la buat baik sangat pergi salam pulak. hihi. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...