Instagram

Showing posts with label tempat makan paling sedap. Show all posts
Showing posts with label tempat makan paling sedap. Show all posts

Monday, 12 December 2016

Terbongkar: Nasi Beriani Paling Sedap di Bangi

Datang ke Bangi tapi tak tahu makanan apa yang sedap kat situ?

Huda yang selalu pusing-pusing kat Bangi ni pun kadang-kadang tertanya-tanya makanan apa yang menarik kat Bangi ni..
Ada satu hari tu, singgah kat Bangi Gateway, saja la pusing-pusing.. Lepas tu lapar.. Restoran yang ada kat situ macam, alaaaa... bosannya..

Sampai la ke penghujung jalan, tetiba nampak satu kedai makan ni, unik la design kedai tu.. Macam 'old school' gitu. Meja makan, kerusi kayu macam ala-ala meja sekolah zaman dulu-dulu tu.. Menarik jugak ni.. Maka menapak la dua belah kaki ni ke dalam kedai tu.


Nasi Beriani Paling Sedap di Bangi
Macam ni la rupa dalam kedai tu (gambar ihsan Google)

Lepas duduk tu, sampai la pelayan (muda-muda gitu semuanya). hihi.. Tanya la, apa yang menarik kat sini. Dia cadangkan huda nasi beriani kambing. Okay jugak tu, lama dah tak makan nasi beriani.

Sambil-sambil tunggu order tu, mata ni meliar la kat dalam kedai tu.. Haa, mata huda tertangkap kat benda alah ni.. Waahh.. Kedai ni merupakah 'Pilihan Jalan-jalan Cari Makan' TV3 rupanya.. Okay, tak sabar nak cuba.

Jeng-jeng... Dah sampai makanan pilihan huda tadi

Nasi Beriani Paling Sedap di Bangi
Yummyy!!


Bismillah...
Suapan pertama
Urm... sedapnyaaaa... Nak nangis rasa..
Serius tak tipu, sedap sangat-sangat


Kalau macam ni sedap dia, boleh selalu datang ni.
Daging dia pun banyak.. Siap boleh ratah lagi.. urghh,, Sedapnyaa..!!
*eh, daging dia satu pinggan je tau. Tu saja mintak extra, sebab kawan i diet. Nak ratah daging saje. hihi.

Korang yang hantu nasi beriani tu, patut cuba rasa kat sini. Sedap hingga menjilat jarii.. hihi
Korang yang tak tau nak makan apa kat bangi, haa meh cuba sini. Sangat-sangat disarankan mencubanya..

Nasi Beriani Paling Sedap di Bangi
Sangat Sedap!!


Huda kasi 5 bintang untuk nasi beriani kat sini. *So Delicious! Mama miaa!


Nama kedai: Biji Kopi

Lokasi: Bangi Gateway Shopping Complex, C-8-G, Seksyen 15, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia (waze)


Waktu operasi: 10.00 pagi - 11.00 malam

Layari laman Facebook Page kedai ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...