Instagram

Showing posts with label tentang cinta. Show all posts
Showing posts with label tentang cinta. Show all posts

Thursday, 24 March 2016

Cara Atasi Kesedihan dan Kekecewaan

Bila sedih, kecewa nak buat apa?

Ubat Patah Hati
Hancur hatiku.. menjadi keping-keping


Hai guys!
Sedih ya? Saya tahu apa yang anda rasa. Sebab saya pun dalam mood bersedih. Huhu

Dalam hidup yang penuh ujian ni, siapa yang tak pernah rasa sedih dan kecewa kan?
Kalau ada yang tak pernah rasa, jangan banyak bunyi ye.. Diam je. Dan cuba fahami walaupun mungkin korang tak berapa faham. Mihmihmih.

Tipula kalau saya cakap saya tak pernah menangis. Kalau tak masakan saya digelar Ratu Air Mata. Mihmihmih. Hatiku sangat lembut(selembut gula-gula kapas) kihkihkih. Ni mungkin kesan daripada mak yang layan drama Oshin sepanjang mengandung. Nangis je manjang. Huhu.

Okay, taknak bebel panjang-panjang. Cuma nak share cara saya hadapi segala rasa yang tak menyenangkan ni,

1)   Cari tempat yang tenang

Keluar dari suasana yang tak menyenangkan tu. Macam mana tu? Haa.. pilih la satu tempat yang menenangkan. Alaa.. buat la ala-ala vacation. Kalau rasa macam vacation tu lama, ambil cuti dalam sehari, semata2 untuk perbaiki mood. Kalau tak boleh sehari pun, beberapa jam pun jadilah. Bila dalam keadaan sedih, saya sangat2 memerlukan masa bersendirian. Sebab, kalau bersendirian lebih tenang, dan boleh muhasabah diri sikit. Dalam masa yang sama boleh nangis puas-puas. Ini yang paling penting sebenarnya. Huhuhu. Sadiss..
Selalunya saya suka pergi tempat yang ada banyak kucing, atau tempat yang ada air, ada ikan dan lain-lain lagi.

2)   Makan atau minum sesuatu yang saya suka

Kalau dalam mood berduka lara ni, saya sukakan sesuatu yang sejuk. Jadi, aiskrim la yang selalu menjadi pilihan. hihihi

3)   Bawa tafsir al-Quran

Ni memang takkan tinggal kalau time sedu sedan macam ni. Wajib! Bukankah dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang. Percaya laah.. memang akan tenang. Tengah-tengah ambil angin ke sudah solat ke sambil minum atau makan ke. Haa, bukak lah tafsir tu. Bukak je la helaian mana pun, randomly. Lepas tu, baca lah terjemahan atau tafsir tu. Baca je... selalunya kalau dalam keadaan macam ni, belek je mana2 bahagian tafsir tu, lepas tu, baca jer. Tetiba je akan jumpa ayat yang akan menenangkan hati atau menjadikan saya lebih positif. Ajaib sangat rasa. Huhu. Sesungguhnya Allah itu sangat dekat.. Kerdilnya rasa diri + hina + teruk. Cari Allah masa susah jer. Huhu.

4)   Fikir positif

Tak salah kalau nak nangis, nangis la puas-puas. Seriously lega rasa bila nangis. Tapi janganlah sampai memudaratkan diri. Fikir dunia ni sementara je. Akhirat la destinasi sebenar dan selama-lamanya. Kadang-kadang tu, kena pandai psiko diri sendiri. Supaya tak diikutkan sangat rasa tu. Mungkin apa yang kita rancang tak berjalan seperti yang dirancang. Tapi kena ingat jugak, dalam kita merancang tu, Allah pun merancang sesuatu untuk kita. Sudah tentunya rancangan Allah adalah yang terbaik. Jadi, bersangka baiklah pada Allah. Kena yakin, Allah nak bagi sesuatu yang lagi baik lepas ni. Okay? So, senyum sikit ye. Hehe.

5)   Cari kawan yang positif

Kalau rasa tak boleh nak duduk sorang-sorang, perlukan seseorang untuk luahkan segala rasa, haa keluarlah cari kawan. Tapi, pastikan kawan yang POSITIF ok? Yang boleh support kita. Bukan kawan yang akan memudaratkan lagi kesedihan kita.

6)   Sibukkan diri


Dan yang terakhir, lepas dah buat semua ni, cubalah menyibukkan diri. Buatlah apa-apa pun. Jangan tak buat apa-apa. Sebab bila takde buat apa, fikiran kita akan melayang-layang pastu mulalah terbayang-bayang saat yang menyedihkan tu. Cuba elakkan dari masa tu kosong tak buat apa.

Tambah sikit lagi, kalau yang jenis gila-gila sikit perangai tu, mesti ada kawan yang sekepala kan, pergilah lepak dengan diorang. Hehe.

okay, tu je setakat ni. Korang pulak macam mana? Apa korang buat nak atasti kesedihan ye? Share la sini. Mana tau boleh cuba jugak nanti. Hehe

Thursday, 16 April 2015

Cerewet Cari Pasangan

Assalamualaikum w.b.t
Sukar memilih pasangan hidup? Adakah kerana terlalu cerewet? Selalunya siapakah yang cerewet? Diri sendiri atau ibu bapa?

pilih jodoh
Jangan terburu-buru membuat pilihan
Hari ini jika diperhatikan ramai wanita yang andartu. Ooops! Jika ianya disebabkan belum sampai jodoh, tidak mengapa, perbanyakkan lagi doa kepada Allah. Tetapi sekiranya andartu disebabkan cerewet, atau dalam erti kata lain terlalu memilih, harus cek balik diri kita, kenapa terlalu memilih?

Seandainya terlalu memilih disebabkan belum jumpa yang sekufu imannya, belum jumpa yang baik akhlaknya, ianya OK. Tidak Mengapa. Tetapi jika terlalu memilih kerana harta (tiada kereta besar, rumah besar, tiada asset), itu KO. Tenangkan diri, fikir2kan sejenak. Apa makna sebuah pernikahan bagi diri kita? Apa yang kita faham? Pernikahan bagaimanakah yang kita impikan?

Saya akui, saya juga pernah diperkatakan seorang yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Sebenarnya saya tidak cerewet tetapi hanyalah cerewet kerana belum jumpa seseorang yang saya nampak boleh membimbing saya dan keluarga ke jalan yang Allah redhai. Pemilihan saya semuanya dengan petunjuk dari Allah s.w.t, iaitu melalui istikharah dan perbincangan ibu bapa. Saya rasa sangat perlu untuk memilih dalam soal agama kerana inilah jambatan kita untuk ke syurga, dengan meraih redha Allah bersama-sama. Sesungguhnya, akhirat itulah matlamat utama kita. Itulah kehidupan yang sebenar2nya. Jika tak sekufu atau tak bersefahaman dalam agama, tak ke porak poranda hidup. Nauzubillah min zalik.

Namun, jika dah jumpa yang baik agama serta akhlaknya. Segerakanlah pernikahan tersebut.

ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللهِ عَوْنُهُمْ: اَلْمُجَاهِدُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ، وَالْمُكَاتَبُ الَّذِي يُرِيْدُ اْلأَدَاءَ، وَالنَّاكِحُ الَّذِي يُرِيْدُ الْعَفَافَ
(Hadits hasan: Diriwayatkan oleh Ahmad (II/251, 437), an-Nasa-i (VI/61), at-Tirmidzi (no. 1655), Ibnu Majah (no. 2518), Ibnul Jarud (no. 979), Ibnu Hibban (no. 4030, at-Ta’liiqatul Hisaan no. 4029) dan al-Hakim (II/160, 161), dari Shahabat Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu. At-Tirmidzi berkata, “Hadits ini hasan.”

Cari Jodoh

Maksudnya:
Terdapat 3 golongan manusia yang berhak mendapat pertolongan Allah:
(1) mujahid fi sabilillah (orang yang berjihad di jalan Allah)
(2) seorang hamba yang berusaha sedaya upaya untuk memerdekakan    
      dirinya
(3) orang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya

Namun sangatlah perlu dalam segala urusan, termasuklah urusan pernikahan untuk mengutamakan kedua ibu bapa. Sesungguhnya itu lebih mendatangkan keberkatan dalam hidup. Jangan buat keputusan sendiri. Bawa berbincang dengan keluarga (terutamanya ibu bapa), kerana keredhaan Allah itu, terletak pada keredhaan ibu bapa.

رضى الله في رضى الوالدين ، وسخط الله في سخط الوالدين
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899 (Kitab al-Birr wa al-Shalah, Bab berkenaan keutamaan pada keredhaan ibubapa)

Maksudnya:
Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah itu terletak pada kemurkaan ibu bapa.

Takutkan..? nampak tak betapa besarnya peranan ibu bapa. Betapa mulianya mereka, sehinggakan Allah kata, nak dapat redha Allah, dapatkanlah redha ibu bapa.

Tak perlulah kita menjadi cerewet pada sesuatu yang tidak munasabah. Cukuplah dengan bersederhana dan sama2 perbaiki diri ke arah yang lebih baik. Kalau kita nak yang terbaik, kita perlu untuk jadi yang terlebih baik dahulu.

Usah bersusah hati, kerana…semuanya telah ditakdirkan. Dan setiap sesuatu ciptaan itu, ada pasangannya. Berdoalah..

Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami). 
Surah al-dzariyaat, ayat 49

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat, dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. 
Surah al-Nuur, ayat 26

Doa untuk yang sedang menunggu jodoh
رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا
Surah Al Anbiya`, ayat 89

Maksudnya:
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri”


Jadi, cara yang paling baik dan berkat ialah dengan berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat. Serahkanlah 100% keyakinan pada qada’ dan qadar Allah Ta’ala. Janganlah terlalu cerewet pada hal yang tidak sepatutnya, terikut-ikut dengan persekitaran umum sekarang yang banyak terpengaruh dengan cara dan etika bangsa barat yang hanya mementingkan kepuasan dan keselesaan nafsu yang tiada noktah. Atau mungkin anda lah calon andartu seterusnya. Cerewetlah dalam memilih agama berbanding yang lain.  Wallahua’lam..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...