Instagram

Showing posts with label tips bahasa. Show all posts
Showing posts with label tips bahasa. Show all posts

Monday, 13 April 2015

5 Bahasa Badan yang Selalu Diabaikan

Assalamualaikum and hi..!!

Post2 yang lepas saya ada share tentang bahasa kan.. boleh tengok sini.. Kali ni pun, entry saya pasal bahasa. Tapi bukan bahasa Melayu, bukan juga bahasa asing. TAPI bahasa badan. Atau orang panggil sebagai ‘body language’.

Kali ni saya nak share macam mana cara terbaik untuk buat orang tak menyampah dengan korang bila sedang bercakap. Cer cek.. korang ada buat macam ni tak.. Kalau buat, korang memang a good listener dan ramai orang suka.   
Tips Improve Communication Skills
Improve your communication skills


5 tips bahasa badan ketika berinteraksi, yang boleh buat orang suka bercakap dengan anda. You must do this! Kalau taknak orang menyampah, taknak hilang kawan.

1)   Murahkan senyuman
Tolong… Senyumlah jika sedang berinteraksi dengan orang face to face. Tak payah pun nak senyum ni. Tak kena bayar pun kan. Nak2 bila memulakan percakapan, mesti senyum. Senyum itu menunjukkan u gives a positive response. Ni tak, awal2 dah muka masam mencuka, macam mana. Spoil mood la. Please avoid it! Bila kita senyum, orang pun akan senang hati. So, please smile when u have a conversation with someone.

2)   Jaga pandangan mata
Ini bahagian paling penting. Jangan hilangkan eye contact. Macam mana tu? Maksudnya bila kita tengah bercakap dengan seseorang, pandang matanya. Kalau taknak pandang pun, buat2 pandang. Tengok dahinya atau mukanya. Menunjukkan kita berminat dengan apa yang dibincangkan, dituturkannya. Dia pun akan fikir kita ni betul2 berminat dengar apa yang dicakapkan. Dia pun confident je kalau nak mengadu apa2 pun, tak rasa macam sembang dengan batu belah batu bertakup.   

Bila dah habis sembang pun, jangan terus blah macam tu je. Maksudnya jangan terus pandang ke lain. Akhiri perbualan dengan menggerakkan mata dan badan perlahan-lahan ke arah lain.

3)   Menghadap badan ke badan
Bila bercakap tu, kalau boleh hadapkan badan kita 100% ke arah orang yang kita sembang tu. Jangan membelakangi atau tengok dari sisi atau lagi teruk jelling je. Jangan ye. Berikan sepenuh perhatian kepada orang yang kita sembang tu. Inilah yang semua orang nak, dan semua orang suka.

4)   Kurangkan pergerakan badan
Sebolehnya kurangkan sebanyak mungkin pergerakan ketika mendengar. Termasuklah pergerakan seperti menggaru2, bermain2 dengan pen, bermain dengan jari, menggeliat dan lain2. Tak bagus. Itu menunjukkan kita tak berminat untuk mendengar apa yang dicakapkan.

Haa, yang ni pun jangan. Selalunya ramai suka buat ni, bermain dengan gadget, handphone, tablet, laptop dan yang sewaktu dengannya. Elakkan. Walaupun masa tu, ada mesej masuk, ada emel. Ketepikan sebentar ketika sedang bercakap. Daan jangan tengok jam. Melainkan kita betul2 ada hal lain. Apa korang rasa, bila kita sembang dengan seseorang tu, dia asyik tengok jam je? Tak best kan? Kadang2 rasa dia tak suka sembang dengan kita kan. So, don’t do it!  

5)   Gerakkan tangan
Gerakkan tangan ketika kita memberi respon. Ini menunjukkan kita bersemangat dan berminat dengan topic yang dibincangkan tu.

TAPI jangan bersilang tangan atau istilah lain berpeluk tubuh. Tak bagus. Nampak sangat kita bosan dan tak berminat dengan topic yang dibincangkan. Pernah tengok tak orang berdebat? Macam mana tangan diorang? Macam Karam Singh Walia dah kan.. Itu kerana mereka begitu berminat dan memberi sepenuh perhatian terhadap topic yang dibincangkan. Tangan juga membantu menjadikan percakapan kita lebih lancar sebenarnya. Cubalah kalau tak percaya.  

Tips Body Language
Elakkan pergerakan badan seperti ini. 

Pasti! Lepas korang buat semua ni, dengan mudahnya orang akan suka dengan korang. Dan senang diajak berbincang atau berbual atau mengadu masalah (tapi bukan untuk mengumpat ye) Strictly ‘NO’. Dan anda layak digelar kaunselor tak diiktiraf. Hihi.

Jadi, inilah cara nak tawan hati dan mempengaruhi orang.. Body language sangat penting ye.. nak2 bila korang sentiasa berhadapan dengan orang ramai. For student, business person, receptionist and others. We need it!

Kita sendiri pun nak orang focus, dengar bila kita bercakap kan? Samalah orang lain pun nak kita focus bila bercakap dengan dia. So, buat sesuatu yang kita rasa nak orang buat kat kita macam tu.


Mudahkan.. Selamat mencuba! J




Saturday, 11 April 2015

6 Cara Mudah Nak Pandai Bahasa

Assalamualaikum w.b.t…

Hai gugurls, boboys, ladies, gentleman..
Buat apa semua pagi ni..? Hope u all always happy.. hidup ni kena sentiasa positif. :)

Nak tips tak? 
Takde la tips apa pun, tips untuk orang tak pandai macam saya je.. tapi kalau orang dah terror pun boleh je nak guna tips ni.

Saya nak share tips bagaimana cara untuk improve bahasa korang (bahasa asing la, bukan bahasa harian korang) tapi kalau korang rasa bahasa melayu korang teruk, boleh jugak gune cara ni. Hihii..



6 perkara yang kita boleh buat untuk improve your second, third, language:
Ni, saya fokuskan untuk Bahasa Inggeris:

     i.        Tukar bahasa di handphone dan computer

(segala benda yang korang selalu hadap la) kepada Bahasa Inggeris.

    ii.        Baca atau tonton berita dalam Bahasa Inggeris

(berita kat tv dan surat khabar kan tak guna bahasa pasar, jadi elok lah yang baru nak belajar ni dengar, baca. Mula2 memang la payah, tapi nanti korang akan terbiasa dan boleh faham).

   iii.        Dengar lagu dalam Bahasa Inggeris dan tengok liriknya

(bila korang dengar lagu sambil tengok lirik, korang akan tahu macam mana nak sebut sesuatu perkataan tu, nyanyi2 la masa dengar lagu tu dan perkataan2 dalam lirik yang korang tak tau tu, belek la kamus jap cari. Try la buat, memang seronok. Mana nak dapat lirik? Korang tanya je pakcik GOOGLE, senaang aje).

  iv.        Baca buku kanak2 dan tengok kartun kanak2

(korang pun, bila saya bagi tips yang ke-4 ni, janganla pulak “Ohh, apakah… kena baca buku budak2 pulak, aku bukannya budak2 pun”. Come on la.. kata nak belajar kan, nak belajar tak boleh berlagak, buat je ye.. hihi.

Tujuannya kena baca dan tengok cerita budak2, sebab selalunya cerita untuk budak2 lebih mudah untuk difahami.. faham kaan? )

    v.        Menulis karangan dalam Bahasa Inggeris, setiap hari

(setiap malam, luangkan masa korang, tak lama pun, 5 minit jer untuk menulis apa yang anda buat, apa yang berlaku pada hari tu. Masa menulis tu, korang boleh la gunakan perkataan baru yang korang baru dapat. Kalau nak lagi canggih kan, korang tulis blog dalam bahasa inggeris. Abaikan kritikan2 orang, korang sedang belajar kan..)

  vi.        Cari orang untuk anda bercakap, bersembang dalam Bahasa Inggeris

(tak kisah la sesape pun, kawan ke, keluarga ke, atau mat saleh pun boleh. Hihi. Lagi baguuss. Jangan malu. Buat je. Praktis untuk bercakap. Lagi banyak korang bercakap guna bahasa inggeris, lagi pandai la korang. Jangan takut salah, kita sedang belajar kan..)

Tu je tips saya nak kongsi.. berhabuk laa korang speaking London lepas ni. hihi

Sharing sikit2 yang saya tau, moga2 membantu kita. Cuba la nanti ye.. kena usaha la kalau nak pandai, tak susah pun. Hehe..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...