Assalamualaikum and hi..!!
Post2 yang lepas saya ada share
tentang bahasa kan.. boleh tengok sini.. Kali ni pun, entry saya pasal bahasa. Tapi
bukan bahasa Melayu, bukan juga bahasa asing. TAPI bahasa badan. Atau orang
panggil sebagai ‘body language’.
Kali ni saya nak share macam mana
cara terbaik untuk buat orang tak menyampah dengan korang bila sedang bercakap.
Cer cek.. korang ada buat macam ni tak.. Kalau buat, korang memang a good
listener dan ramai orang suka.
Improve your communication skills |
5 tips
bahasa badan ketika berinteraksi, yang boleh buat orang suka bercakap dengan
anda. You must do this! Kalau taknak orang menyampah, taknak hilang kawan.
1)
Murahkan
senyuman
Tolong… Senyumlah jika sedang
berinteraksi dengan orang face to face. Tak payah pun nak senyum ni. Tak kena
bayar pun kan. Nak2 bila memulakan percakapan, mesti senyum. Senyum itu
menunjukkan u gives a positive response. Ni tak, awal2 dah muka masam mencuka,
macam mana. Spoil mood la. Please avoid it! Bila
kita senyum, orang pun akan senang hati. So, please smile when u have a
conversation with someone.
2)
Jaga
pandangan mata
Ini bahagian paling penting.
Jangan hilangkan eye contact. Macam mana tu? Maksudnya bila kita tengah
bercakap dengan seseorang, pandang matanya. Kalau taknak pandang pun, buat2
pandang. Tengok dahinya atau mukanya. Menunjukkan kita berminat dengan apa yang
dibincangkan, dituturkannya. Dia pun akan fikir kita ni betul2 berminat dengar
apa yang dicakapkan. Dia pun confident je kalau nak mengadu apa2 pun, tak rasa
macam sembang dengan batu belah batu bertakup.
Bila dah habis sembang pun, jangan terus blah macam tu je. Maksudnya jangan terus
pandang ke lain. Akhiri perbualan dengan menggerakkan mata dan badan perlahan-lahan
ke arah lain.
3)
Menghadap
badan ke badan
Bila bercakap tu, kalau boleh
hadapkan badan kita 100% ke arah orang yang kita sembang tu. Jangan membelakangi atau tengok dari sisi atau lagi teruk
jelling je. Jangan ye. Berikan sepenuh perhatian kepada orang yang kita
sembang tu. Inilah yang semua orang nak, dan semua orang suka.
4)
Kurangkan
pergerakan badan
Sebolehnya kurangkan sebanyak
mungkin pergerakan ketika mendengar. Termasuklah pergerakan seperti menggaru2,
bermain2 dengan pen, bermain dengan jari, menggeliat dan lain2. Tak bagus. Itu menunjukkan
kita tak berminat untuk mendengar apa yang dicakapkan.
Haa, yang ni pun jangan. Selalunya
ramai suka buat ni, bermain dengan gadget, handphone, tablet, laptop dan yang
sewaktu dengannya. Elakkan. Walaupun masa tu,
ada mesej masuk, ada emel. Ketepikan sebentar ketika sedang bercakap. Daan jangan
tengok jam. Melainkan kita betul2 ada hal lain. Apa korang rasa, bila kita
sembang dengan seseorang tu, dia asyik tengok jam je? Tak best kan? Kadang2
rasa dia tak suka sembang dengan kita kan. So, don’t do it!
5)
Gerakkan
tangan
Gerakkan tangan ketika kita memberi
respon. Ini menunjukkan kita bersemangat dan berminat dengan topic yang
dibincangkan tu.
TAPI jangan
bersilang tangan atau istilah lain berpeluk tubuh. Tak bagus. Nampak sangat
kita bosan dan tak berminat dengan topic yang dibincangkan. Pernah tengok tak
orang berdebat? Macam mana tangan diorang? Macam Karam Singh Walia dah kan..
Itu kerana mereka begitu berminat dan memberi sepenuh perhatian terhadap topic yang
dibincangkan. Tangan juga membantu menjadikan percakapan kita lebih lancar sebenarnya.
Cubalah kalau tak percaya.
Pasti! Lepas korang buat semua ni,
dengan mudahnya orang akan suka dengan korang. Dan senang diajak berbincang
atau berbual atau mengadu masalah (tapi bukan untuk mengumpat ye) Strictly ‘NO’.
Dan anda layak digelar kaunselor tak diiktiraf. Hihi.
Jadi, inilah cara nak tawan
hati dan mempengaruhi orang.. Body language sangat penting ye.. nak2 bila
korang sentiasa berhadapan dengan orang ramai. For student, business person,
receptionist and others. We need it!
Kita sendiri pun nak orang focus, dengar
bila kita bercakap kan? Samalah orang lain pun nak kita focus bila bercakap
dengan dia. So, buat sesuatu yang kita rasa nak orang buat kat kita macam tu.
Mudahkan.. Selamat mencuba! J
Assalamualaikum.
Terasa rajin terlebih pulak nak share cerita cinta drama Melayu yang huda duk tengok, tertunggu-tunggu tiap minggu. Cerita apa lagi yang sedang hangat digembar-gemburkan peminat2 drama sekarang, mestilah cerita 'Hati Perempuan'.
Emangnya hati perempuan itu gi mana ya? terfikir2 jugak, macam mana ye? Huda pun perempuan jugak. Tapi tak tau la pulak macam mana. Lepas tengok separuh suku episod cerita ni, baru lah terfikir... OOhh.. macam tu la kot hati perempuan, susah nak buat keputusan, keliru dengan perasaan sendiri. Betul laa kot. Sikit2. ngeh3..
Lagi kisah ‘Hati Perempuan’ huda nak share. Ni just pendapat peribadi I je. Lain orang, lain pandangan kan. hihi.
Terasa rajin terlebih pulak nak share cerita cinta drama Melayu yang huda duk tengok, tertunggu-tunggu tiap minggu. Cerita apa lagi yang sedang hangat digembar-gemburkan peminat2 drama sekarang, mestilah cerita 'Hati Perempuan'.
Emangnya hati perempuan itu gi mana ya? terfikir2 jugak, macam mana ye? Huda pun perempuan jugak. Tapi tak tau la pulak macam mana. Lepas tengok separuh suku episod cerita ni, baru lah terfikir... OOhh.. macam tu la kot hati perempuan, susah nak buat keputusan, keliru dengan perasaan sendiri. Betul laa kot. Sikit2. ngeh3..
Lagi kisah ‘Hati Perempuan’ huda nak share. Ni just pendapat peribadi I je. Lain orang, lain pandangan kan. hihi.
I nak review atau dengan kata lain komen mengomen sikit tentang cerita dan
watak2 khayalan ni.. sabor je la bace yer.. hoho
-
Cerita ni
sangat2 best..!
Hitam itu menawan |
-
mane la nak
dapat laki gitu mak oii.. hensem, ade asset, keluarga baik2 pulak ( mak ayah
dia la), caring, TAPI yang paling I tak suka, Aahhh!! Janganlah desak I.. Tak suka
betul la orang desak2 ni. And… paling tak suka orang yang rasa dia jer yang
betul, annoying betul la nak berdebat dengan laki macam ni. Confirm2 la I yang
bukan lawyer ni kalah nak berdebat dengan u. Haa, tengok.. kan dah start nak
berangan… astaghfighrullah… wake up2! Dongeng sume ni.. hihi.
-
Walaupun u beraset
duhai Yang Mulia TENGKU ZARIL, but u disqualified sebab tak jaga batas
pergaulan. Agama is always no. 1 dalam memilih pasangan hidup ni. Hoho..
-
Hum, Yuhanis
pulak.. payah kan nak faham perempuan ni. Kejap suka orang tu, pastu suka orang
ni, eh, tibe2 tersuka orang lain pulak. Payah. Perempuan sendiri pun sebenarnya
tak berapa faham sangat dengan perasaan dia sebenarnya. Sabor je lah duhai
lelaki ye.
-
Yang
penting, lelaki2 sekalian, kalau betul2 nak, berhajatkan ‘si dia’ jadi
permaisuri hati korang, isteri korang yang sah, mestilah tunjuk betul2
kesungguhan korang tu. Nak melamar tu pun, biar beradab sikit, bincang dengan
family dulu, then pergi jumpa mak ayah ‘si dia’ tu. Barulah gentleman. Jangan
nak Barat sangat ye. Bagi2 cincin macam tu. Melutut bagai.. Kita ada agama.. :p
-
Suka dengan
watak Yuhanis, yang bertegas dengan lelaki. Mukanya pun manis aje. Walaupun
kadang2 nampak la jugak kekayuan lakonannya. Tapi dia pandai cover balik
kekayuan tu. Good job!.
-
Then, bagus
watak Yuhanis ni, ada prinsip, tegas dengan keputusannya, nak2 dengan lelaki. Tak
boleh bagi muka sangat kat laki ni. Tapi kalau la dah nampak dia tu baik,
family pun dah setuju, terima aje laa.. takyah nak degil sangat dalam semua benda.
Hihi.
-
Oohh, haa..
kenapa ye mata I ni senak, silau milau bila tengok scene dalam rumah tengku
tu.. macam tak kena je lighting die.. memang sakit betul mata tengok, bepinar2
rasanya bebola I ni. Bukanlah sesape nak mengomen pasal lighting2 pulak kan. Tapi,
serius! Tak suka tengok part dalam rumah tu. Putih sangat. Huhu
Okay.. tu je dulu komen I setakat
ni.. Jom sambung berangan.. layyann.. episode seterusnya..
Komen anda?
Komen anda?
Assalamualaikum w.b.t.
Siapa peminat tegar drama Melayu? Setegar apakah minat korang? Hehe.
Saya pun minat jugak drama2 Melayu
ni, nak2 drama pukul 7 kat tv3 tu. Selalunya
drama pukul 7, memang best2..
Saje je kan siar waktu maghrib. Waktu
maghrib dah la singkat je. Memang tak la nak tengok waktu maghrib. Haipp! Kena piyat
nanti kan. Rules kat rumah, NO HIBURAN, NO TV waktu maghrib. Akur. Itu yang
terbaik. Hihi. Lagipun, memang tak sempat la nak tengok waktu maghrib.
Apa payah, sekarang kan boleh tengok
online. Apa lagi, saya TONTON je laa. Klik je tonton.com.my . As simple as A,
B, C. Tapi line kena kuat la. Hihi.
Bagi yang suka tengok drama melayu
macam saya ni, jom baca sinopsis cerita ni. Sekarang ni, cerita pukul 7, kat
tv3 yang sedang bermain, tajuknya ‘Hati Perempuan’. Not bad untuk buat kita berangan sampai ke bulan. kihkihkih..
'Hati Perempuan' |
Sinopsis
“Hati Perempuan” berkisarkan mengenai
Yuhanis (Mia Ahmad), seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai arkitek
di syarikat Izzudin & Co. Manakala, Tengku Zaril (Syarul Ridzwan), jejaka
kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan di seluruh
dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis
tetapi tidak pada Yuhanis. Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang
sinis dan menjengkelkan (rasa dia sorang je yang betul dalam dunia ni).
Tetapi entah mengapa Tengku Zaril
tiba-tiba melamar Yuhanis, sedangkan mereka sentiasa berselisih faham sewaktu
berurusan. Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam
luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus
(Hafreez Adam). Namun Tengku Zaril tidak berputus asa dan cuba memenangi hati
Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan.
Tengku Zaril mula berubah sikap kerana
baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isterinya melainkan Yuhanis.
Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis
lebih-lebih lagi apabila ibunya turut memerima pinangan keluarga Tengku Zaril.
Yuhanis kini terperangkap dalam soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah
juga pada rakan sekerjanya, Nizam (Aidil Aziz) dan Daniel, bekas
kekasihnya.
Bakal bersatukah dua jiwa ini jika
Tengku Zaril, hatinya masih kosong dengan erti cinta sebenar manakala Yuhanis
masih berpaut pada cinta yang lama?
Ikuti perjalanan kisah Yuhanis dan
Tengku Zaril membina bahagia di slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis pada jam
6.55 malam di TV3.
Watak Utama Si Manis dan Si kacak 'Hati Perempuan' |
Saksikan drama “Hati Perempuan” yang akan mencuri hati para peminat drama
Melayu mulai 30 Mac. Karya novelis Nur Ain Al-Abas dan arahan Kas
Roshan dengan gandingan Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad sebagai peneraju utama.
Drama 28 episod ini turut membariskan bintang yang semakin berkilau seperti Hafreez Adam, Aidil Aziz, Bella Nazari, Hafeez Mikail dan Nazmi Adhwa.
Ok.. Tataa.. Selamat berangan! hehe..
Takdela, selamat menonton semua.. :)
Takdela, selamat menonton semua.. :)
Assalamualaikum
w.b.t…
Hai
gugurls, boboys, ladies, gentleman..
Buat
apa semua pagi ni..? Hope u all always happy.. hidup ni kena sentiasa positif. :)
Nak
tips tak?
Takde
la tips apa pun, tips untuk orang tak pandai macam saya je.. tapi kalau orang
dah terror pun boleh je nak guna tips ni.
Saya
nak share tips bagaimana cara untuk improve bahasa korang (bahasa asing la,
bukan bahasa harian korang) tapi kalau korang rasa bahasa melayu korang teruk,
boleh jugak gune cara ni. Hihii..
6
perkara yang kita boleh buat untuk improve your
second, third, language:
Ni,
saya fokuskan untuk Bahasa Inggeris:
i.
Tukar
bahasa di handphone dan computer
(segala benda yang
korang selalu hadap la) kepada Bahasa Inggeris.
ii.
Baca
atau tonton berita dalam Bahasa Inggeris
(berita kat tv dan
surat khabar kan tak guna bahasa pasar, jadi elok lah yang baru nak belajar ni
dengar, baca. Mula2 memang la payah, tapi nanti korang akan terbiasa dan boleh
faham).
iii.
Dengar
lagu dalam Bahasa Inggeris dan tengok liriknya
(bila korang dengar
lagu sambil tengok lirik, korang akan tahu macam mana nak sebut sesuatu
perkataan tu, nyanyi2 la masa dengar lagu tu dan perkataan2 dalam lirik yang
korang tak tau tu, belek la kamus jap cari. Try la buat, memang seronok. Mana nak
dapat lirik? Korang tanya je pakcik GOOGLE, senaang aje).
iv.
Baca
buku kanak2 dan tengok kartun kanak2
(korang pun, bila
saya bagi tips yang ke-4 ni, janganla pulak “Ohh, apakah… kena baca buku budak2
pulak, aku bukannya budak2 pun”. Come on la.. kata nak belajar kan, nak belajar
tak boleh berlagak, buat je ye.. hihi.
Tujuannya kena baca
dan tengok cerita budak2, sebab selalunya cerita untuk budak2 lebih mudah untuk
difahami.. faham kaan? )
v.
Menulis
karangan dalam Bahasa Inggeris, setiap hari
(setiap malam,
luangkan masa korang, tak lama pun, 5 minit jer untuk menulis apa yang anda
buat, apa yang berlaku pada hari tu. Masa menulis tu, korang boleh la gunakan
perkataan baru yang korang baru dapat. Kalau nak lagi canggih kan, korang tulis
blog dalam bahasa inggeris. Abaikan kritikan2 orang, korang sedang belajar kan..)
vi.
Cari
orang untuk anda bercakap, bersembang dalam Bahasa Inggeris
(tak kisah la
sesape pun, kawan ke, keluarga ke, atau mat saleh pun boleh. Hihi. Lagi baguuss.
Jangan malu. Buat je. Praktis untuk bercakap. Lagi banyak korang bercakap guna
bahasa inggeris, lagi pandai la korang. Jangan takut salah, kita sedang belajar
kan..)
Tu
je tips saya nak kongsi.. berhabuk laa korang speaking London lepas ni. hihi
Sharing
sikit2 yang saya tau, moga2 membantu kita. Cuba la nanti ye.. kena usaha la
kalau nak pandai, tak susah pun. Hehe..