Siapa Penggemar makanan laut kat sini?
I la tu *sendiri tanya, sendiri angkat tangan 🙋 🙋 🙋 . haha
Disebabkan huda penggemar seafood yang tegar, tapi memandangkan tiada transport nak memborong makanan laut. Jadi, ternganga je la kalau tengok gambar orang makan ketam atau udang. haha..
Sampai laa huda jumpa satu kedai online ni, yang boleh hantar makanan laut sampai depan pintu rumah. Tak tau lah kalau korang dah memang *familiar dengan Pembekal Seafood online ni. Sebab dia pernah keluar kat media.
Ni la yang huda cakap tu, namanya "LUBUK LOBSTER".
Seafood online sedia dihantar hingga ke rumah |
Order petang, malam tu dah sampai.. Servis yang sangat pantas! Tak sampai sehari pun, huda dah boleh dapat order tu. hehe.
Tapi bukanlah semua jenis makanan laut ada kat situ. Yang ada kat situ semua yang jenis sepit-sepit dan agak mahal. Tapi korang boleh dapatkan dengan harga yang jauh lagi murah dari kedai-kedai kat luar sana tu. Ada yang masih hidup dan ada yang sejuk beku. Terpulang lah korang nak yang hidup ke yang dah mati. hihihi.
Yang ada kat sini antaranya:
Canadian Lobster yang masih hidup |
Canadian Lobster siap untuk dimasak |
Australian Rock Lobster yang masih hidup. Rupa pun dah memang rock. |
Ketam Nipah masih bergerak |
Raja segala ketam. Sentiasa menjadi idaman. Isinya banyak kat bahagian kaki. Seedaaaaapp!! |
Ketam berkulit lembut. Sangat mudah untuk dimakan |
Si sepit biru, Udang Galah ni pun ada |
Selain si sepit, ikan Salmon pun ada |
Si Tiram ni pun ada, uiii sedapnyaa! |
Half Shell Scallop siap ada telur lagi tu |
Nak merasa jugak kesedapan dan kesegaran makanan laut ni? Yang pastinya jangan cari huda. Sebab bukan huda yang jual, huda tau makan je.. hihi
Kalau korang berminat nak merasa si sepit-sepit ni dengan harga yang jauh lagi murah dari kedai kat luar, boleh klik Lubuk Lobster kat bawah ni..
Whatsapp: 013-3923 686 (Encik Luq'man)
(sudah semestinya payah nak dapat kat luar si sepit-sepit ni, sebab ni luar negara mari) hehe
Gambar-gambar dalam ni, semuanya kredit kepada Lubuk Lobster. 😉
Selamat menjamu selera!
Selamat menjamu selera!
Datang ke Bangi tapi tak tahu makanan apa yang sedap kat situ?
Huda yang selalu pusing-pusing kat Bangi ni pun kadang-kadang tertanya-tanya makanan apa yang menarik kat Bangi ni..
Ada satu hari tu, singgah kat Bangi Gateway, saja la pusing-pusing.. Lepas tu lapar.. Restoran yang ada kat situ macam, alaaaa... bosannya..
Sampai la ke penghujung jalan, tetiba nampak satu kedai makan ni, unik la design kedai tu.. Macam 'old school' gitu. Meja makan, kerusi kayu macam ala-ala meja sekolah zaman dulu-dulu tu.. Menarik jugak ni.. Maka menapak la dua belah kaki ni ke dalam kedai tu.
Macam ni la rupa dalam kedai tu (gambar ihsan Google) |
Lepas duduk tu, sampai la pelayan (muda-muda gitu semuanya). hihi.. Tanya la, apa yang menarik kat sini. Dia cadangkan huda nasi beriani kambing. Okay jugak tu, lama dah tak makan nasi beriani.
Sambil-sambil tunggu order tu, mata ni meliar la kat dalam kedai tu.. Haa, mata huda tertangkap kat benda alah ni.. Waahh.. Kedai ni merupakah 'Pilihan Jalan-jalan Cari Makan' TV3 rupanya.. Okay, tak sabar nak cuba.
Jeng-jeng... Dah sampai makanan pilihan huda tadi
Yummyy!! |
Bismillah...
Suapan pertama
Urm... sedapnyaaaa... Nak nangis rasa..
Serius tak tipu, sedap sangat-sangat
Kalau macam ni sedap dia, boleh selalu datang ni.
Daging dia pun banyak.. Siap boleh ratah lagi.. urghh,, Sedapnyaa..!!
*eh, daging dia satu pinggan je tau. Tu saja mintak extra, sebab kawan i diet. Nak ratah daging saje. hihi.
Korang yang hantu nasi beriani tu, patut cuba rasa kat sini. Sedap hingga menjilat jarii.. hihi
Korang yang tak tau nak makan apa kat bangi, haa meh cuba sini. Sangat-sangat disarankan mencubanya..
Sangat Sedap!! |
Huda kasi 5 bintang untuk nasi beriani kat sini. *So Delicious! Mama miaa!
Nama kedai: Biji Kopi
Lokasi: Bangi Gateway Shopping Complex, C-8-G, Seksyen 15, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia (waze)
Waktu operasi: 10.00 pagi - 11.00 malam
Layari laman Facebook Page kedai ini
Nama kedai: Biji Kopi
Lokasi: Bangi Gateway Shopping Complex, C-8-G, Seksyen 15, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia (waze)
Waktu operasi: 10.00 pagi - 11.00 malam
Layari laman Facebook Page kedai ini
Hai guys..
Sepanjang cuti sekolah ni, apa rancangan korang bersama keluarga
tersayang?
Masa cuti panjang macam ni la masa yang sesuai untuk melakukan
aktiviti bersama keluarga kan?
Kalau korang merancang untuk bercuti, huda cadangkan korang
bercuti dengan Airbnb pulak. Alami kelainannya bila korang menginap di Airbnb.
Selalunya check in hotel je kan. Apa kata kali ni cuba Airbnb pulak.
Cara guna application Airbnb ni mudah je..
1) Korang klik SINI untuk mendaftar/sign up. Atau boleh klik pada gambar bawah ni. Daftar/sign up dengan 3 saluran, iaitu melalu Facebook atau Google ataupun Email. Pilih la mana yang memudahkan korang.
2) Klik (Terima) untuk sahkan yang korang bersetuju.
3) Mula sekarang (lengkapkan profil korang). Masukkan gambar korang untuk memudahkan urusan antara dua pihak(korang dan hos)
* Boleh pilih bahasa dan jenis matawang di bawah sekali page tu.
4) Masukkan nombor telefon korang dan klik pada sahkan nombor telefon (yang warna merah tu)
*Pastikan nombor tu aktif la ye, jangan bagi nombor yang tak aktif dah
*kalau takde di emel, cuba semak/check emel bahagian spam. Kalau takde jugak, masukkan emel dan klik hantar semula emel (macam gambar kat bawah ni)
6) Dah siap semua yang tadi tu.. Dah sedia untuk menyelami dunia Airbnb?
Jom!! Klik pada mula meneroka.
7) Pada ruangan 'Cari', taip destinasi korang. Contohnya, Kuala Lumpur/Subang/Bandung/Jakarta/Singapura dan lain-lain lagi. Dan 'Enter' atau klik lambang kanta carian tu.
8) Gunakan penapis/filter untuk memilih. Klik pada penapis/filter untuk memilih tarikh, bilangan tetamu, jenis bilik/tempat penginapan.
*Ada 3 jenis (keseluruhan rumah/bilik persendirian/bilik kongsi)
9) Boleh pilih julat/range harga mengikut bajet korang. Harga bermula pada RM45.
*Caranya gerakkan yang bulat warna putih tu
10) Boleh tanda pada yang berkenaan. Pilih bahasa
yang korang boleh berinteraksi dengan hos tersebut.
*Selalunya kalau di Malaysia ni, kebanyakkan
boleh berinteraksi dengan menggunakan Bahasa Melayu.
*Bahasa dan matawang boleh juga diubah disini (bahagian bawah page) atau pada setting
*akan bersambung lagi.. panjang pulak
rasanya. 😅😅😅
Kalau ada nak tanya apa-apa, tak faham atau ada kemusykilan ke, jangan segan-segan untuk bertanya ye. Boleh komen.
Joined lagi giveaway.
Kali ni hadiahnya makanan pulak..
Ermm.. sedapnyaa nampak kek tu. Hihi..
Macam mana nak join giveaway ni?
Senang je.. korang just klik gambar kat bawah ni dan
ikut je syarat-syarat yang ditetapkan tu. Mudah kan..
Selamat mencuba.. harap-harap dapat laa merasa kek lapis Sarawak ni.😄😄