seafood

Beli Seafood Segar secara Online di Malaysia

14:56


Siapa Penggemar makanan laut kat sini?

I la tu *sendiri tanya, sendiri angkat tangan 🙋 🙋 🙋 . haha


Disebabkan huda penggemar seafood yang tegar, tapi memandangkan tiada transport nak memborong makanan laut. Jadi, ternganga je la kalau tengok gambar orang makan ketam atau udang. haha..

Sampai laa huda jumpa satu kedai online ni, yang boleh hantar makanan laut sampai depan pintu rumah. Tak tau lah kalau korang dah memang *familiar dengan Pembekal Seafood online ni. Sebab dia pernah keluar kat media.

Ni la yang huda cakap tu, namanya "LUBUK LOBSTER".

seafood murah
Seafood online sedia dihantar hingga ke rumah

Order petang, malam tu dah sampai.. Servis yang sangat pantas! Tak sampai sehari pun, huda dah boleh dapat order tu. hehe.

Tapi bukanlah semua jenis makanan laut ada kat situ. Yang ada kat situ semua yang jenis sepit-sepit dan agak mahal. Tapi korang boleh dapatkan dengan harga yang jauh lagi murah dari kedai-kedai kat luar sana tu. Ada yang masih hidup dan ada yang sejuk beku. Terpulang lah korang nak yang hidup ke yang dah mati. hihihi.

Yang ada kat sini antaranya:

seafood delivery malaysia
Canadian Lobster yang masih hidup

seafood delivery malaysia
Canadian Lobster siap untuk dimasak

seafood delivery malaysia
Australian Rock Lobster yang masih hidup. Rupa pun dah memang rock.

seafood delivery malaysia
Ketam Nipah masih bergerak

king crab delivery malaysia
Raja segala ketam. Sentiasa menjadi idaman. Isinya banyak kat bahagian kaki. Seedaaaaapp!!

seafood delivery malaysia
Ketam berkulit lembut. Sangat mudah untuk dimakan

seafood online malaysia
Si sepit biru, Udang Galah ni pun ada

seafood online malaysia
Selain si sepit, ikan Salmon pun ada 

seafood online malaysia
Si Tiram ni pun ada, uiii sedapnyaa!

seafood online malaysia
Half Shell Scallop siap ada telur lagi tu

Nak merasa jugak kesedapan dan kesegaran makanan laut ni? Yang pastinya jangan cari huda. Sebab bukan huda yang jual, huda tau makan je.. hihi

Kalau korang berminat nak merasa si sepit-sepit ni dengan harga yang jauh lagi murah dari kedai kat luar, boleh klik Lubuk Lobster kat bawah ni..



Whatsapp: 013-3923 686 (Encik Luq'man)

(sudah semestinya payah nak dapat kat luar si sepit-sepit ni, sebab ni luar negara mari) hehe

Gambar-gambar dalam ni, semuanya kredit kepada Lubuk Lobster. 😉
Selamat menjamu selera!

review

Terbongkar: Nasi Beriani Paling Sedap di Bangi

18:57

Datang ke Bangi tapi tak tahu makanan apa yang sedap kat situ?

Huda yang selalu pusing-pusing kat Bangi ni pun kadang-kadang tertanya-tanya makanan apa yang menarik kat Bangi ni..
Ada satu hari tu, singgah kat Bangi Gateway, saja la pusing-pusing.. Lepas tu lapar.. Restoran yang ada kat situ macam, alaaaa... bosannya..

Sampai la ke penghujung jalan, tetiba nampak satu kedai makan ni, unik la design kedai tu.. Macam 'old school' gitu. Meja makan, kerusi kayu macam ala-ala meja sekolah zaman dulu-dulu tu.. Menarik jugak ni.. Maka menapak la dua belah kaki ni ke dalam kedai tu.


Nasi Beriani Paling Sedap di Bangi
Macam ni la rupa dalam kedai tu (gambar ihsan Google)

Lepas duduk tu, sampai la pelayan (muda-muda gitu semuanya). hihi.. Tanya la, apa yang menarik kat sini. Dia cadangkan huda nasi beriani kambing. Okay jugak tu, lama dah tak makan nasi beriani.

Sambil-sambil tunggu order tu, mata ni meliar la kat dalam kedai tu.. Haa, mata huda tertangkap kat benda alah ni.. Waahh.. Kedai ni merupakah 'Pilihan Jalan-jalan Cari Makan' TV3 rupanya.. Okay, tak sabar nak cuba.

Jeng-jeng... Dah sampai makanan pilihan huda tadi

Nasi Beriani Paling Sedap di Bangi
Yummyy!!


Bismillah...
Suapan pertama
Urm... sedapnyaaaa... Nak nangis rasa..
Serius tak tipu, sedap sangat-sangat


Kalau macam ni sedap dia, boleh selalu datang ni.
Daging dia pun banyak.. Siap boleh ratah lagi.. urghh,, Sedapnyaa..!!
*eh, daging dia satu pinggan je tau. Tu saja mintak extra, sebab kawan i diet. Nak ratah daging saje. hihi.

Korang yang hantu nasi beriani tu, patut cuba rasa kat sini. Sedap hingga menjilat jarii.. hihi
Korang yang tak tau nak makan apa kat bangi, haa meh cuba sini. Sangat-sangat disarankan mencubanya..

Nasi Beriani Paling Sedap di Bangi
Sangat Sedap!!


Huda kasi 5 bintang untuk nasi beriani kat sini. *So Delicious! Mama miaa!


Nama kedai: Biji Kopi

Lokasi: Bangi Gateway Shopping Complex, C-8-G, Seksyen 15, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia (waze)


Waktu operasi: 10.00 pagi - 11.00 malam

Layari laman Facebook Page kedai ini

Airbnb

Cara Guna App Airbnb

16:51

Hai guys..

Sepanjang cuti sekolah ni, apa rancangan korang bersama keluarga tersayang?
Masa cuti panjang macam ni la masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti bersama keluarga kan?

Kalau korang merancang untuk bercuti, huda cadangkan korang bercuti dengan Airbnb pulak. Alami kelainannya bila korang menginap di Airbnb. Selalunya check in hotel je kan. Apa kata kali ni cuba Airbnb pulak.

Cara guna application Airbnb ni mudah je..

1) Korang klik SINI untuk mendaftar/sign up. Atau boleh klik pada gambar bawah ni. Daftar/sign up dengan 3 saluran, iaitu melalu Facebook atau Google ataupun Email. Pilih la mana yang memudahkan korang.

Airbnb Malaysia


2) Klik (Terima) untuk sahkan yang korang bersetuju.

Airbnb Malaysia


3) Mula sekarang (lengkapkan profil korang). Masukkan gambar korang untuk memudahkan urusan antara dua pihak(korang dan hos)
* Boleh pilih bahasa dan jenis matawang di bawah sekali page tu.

Airbnb Malaysia

4) Masukkan nombor telefon korang dan klik pada sahkan nombor telefon (yang warna merah tu)
*Pastikan nombor tu aktif la ye, jangan bagi nombor yang tak aktif dah

Airbnb Malaysia

5) Sila semak emel korang dan sahkan.
*kalau takde di emel, cuba semak/check emel bahagian spam. Kalau takde jugak, masukkan emel dan klik hantar semula emel (macam gambar kat bawah ni)

Airbnb Malaysia

6) Dah siap semua yang tadi tu.. Dah sedia untuk menyelami dunia Airbnb? 
Jom!! Klik pada mula meneroka.

Airbnb Malaysia


7) Pada ruangan 'Cari', taip destinasi korang. Contohnya, Kuala Lumpur/Subang/Bandung/Jakarta/Singapura dan lain-lain lagi. Dan 'Enter' atau klik lambang kanta carian tu.

Airbnb Malaysia

8) Gunakan penapis/filter untuk memilih. Klik pada penapis/filter untuk memilih tarikh, bilangan tetamu, jenis bilik/tempat penginapan.
*Ada 3 jenis (keseluruhan rumah/bilik persendirian/bilik kongsi)

Airbnb Malaysia



9) Boleh pilih julat/range harga mengikut bajet korang. Harga bermula pada RM45.
*Caranya gerakkan yang bulat warna putih tu

Airbnb Malaysia



10) Boleh tanda pada yang berkenaan. Pilih bahasa yang korang boleh berinteraksi dengan hos tersebut.
*Selalunya kalau di Malaysia ni, kebanyakkan boleh berinteraksi dengan menggunakan Bahasa Melayu.
*Bahasa dan matawang boleh juga diubah disini (bahagian bawah page) atau pada setting

Airbnb Malaysia

*akan bersambung lagi.. panjang pulak rasanya. 😅😅😅
Kalau ada nak tanya apa-apa, tak faham atau ada kemusykilan ke, jangan segan-segan untuk bertanya ye. Boleh komen.

contest

Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah

05:19

Joined lagi giveaway.
Kali ni hadiahnya makanan pulak..

Ermm.. sedapnyaa nampak kek tu. Hihi..

Macam mana nak join giveaway ni?
Senang je.. korang just klik gambar kat bawah ni dan ikut je syarat-syarat yang ditetapkan tu. Mudah kan..

giveaway

Selamat mencuba.. harap-harap dapat laa merasa kek lapis Sarawak ni.😄😄

contest

GIVEAWAY SALAM SIHAT BERSAMA MASHITAH MAMAT

05:04

Jom-jom sertai giveaway salam sihat dari kakak manis Mashitah Mamat.

Bagus la buat giveaway macam ni. Sebab boleh menggalakkan orang jaga kesihatan, amalkan pengambilan supplement. Suka3x.. 😊😊
Huda sokong dari belakang. Hihi.


Cara nak join giveaway ni senang je.. Klik je gambar kat bawah ni
                                           
                                                      ⇊  ⇊  ⇊  ⇊  ⇊  ⇊  ⇊


giveaway


Lepas tu, baca dan ikut syarat-syarat yang telah ditetapkan tu..
Senang je kan.. 😊😊😊


Selamat mencuba 😉😉



harapan

Disember Bulan Istimewa

04:42

Please be nice


Selamat datang Disember
Bulan paling bongsu dalam 12 beradik
Tolong jangan manja sangat bulan ni ye, walaupun bongsu
Kena kerja kuat untuk tahun baru

Cepat je masa berlari tinggalkan kita
Pejam celik pejam celik
Dah berada di hujung tahun dah

Moga-moga bulan baru ni, semangat pun baru, harapan baru

Refresh dan konsisten dengan apa yang sedang dibuat sekarang

Jangan pernah letih dan putus asa walaupun banyak benda yang kita dah hadap bulan-bulan sebelum ni. Kita sedang menuju pada sesuatu yang lebih baik. InshaaAllah..
Semoga rezeki saya, awak dan kita dipermudahkan.
Amiin....

Senyum sikit 😊😊😊😊

Macam tu laa.. manis sangat 😉😉

bloglist

BLOGLIST TAHUN BARU 2017 BY ZAFIRAH NAZRI

00:50


Lama dah tak buat kerja blogwalking. Memandangkan huda nak aktif balik dalam dunia blog, nak cari kawan-kawan baru.. Jadi, join lah segala contest, giveaway, bloglist dan sebagainya. Dengan harapan bertambah la kawan dan ilmu dengan membaca blog post korang.

I tak sombong, cuma.. pemalu sikit *Eh. Yeke..😳😳
Jadi, sila lah bertegur sapa.. hi3x..

Ni join bloglist Zafirah pulak.. harap-harap tercalon laa muahaha..


Cara nak joinnya mudah saja... klik pada gambar di bawah ni untuk tengok cara dan syarat-syaratnya.
                                                        👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

Bloglist 2017




Selamat maju jaya..😄😄 

contest

END YEAR MINI GIVEAWAY BY MELLYA & FRIENDS

00:05

Siapa tak suka join contest kalau dapat hadiah kan.. kih3x..
murahnya la hati para sponsor. Semoga permulaan yang baik untuk bulan Disember ni untuk korang. Semoga murah rezeki ye. 😉😉😉

Lama dah rasanya huda tak join contest.
Memandangkan ada contest ni, apa lagi.. grab laa.. boleh kenal-kenal dengan blogger lain kan.

Cara nak join contest ni senang je.. Klik je pada gambar di bawah ni 
                                                                  👇👇👇

Giveaway 2016


Contest ni sedang berlangsung sekarang ni tau, jom jom

Tarikh Mula : 1/12/2016
Tarikh Tamat : Akan dimaklumkan

Selamat ...... 😙😙


Airbnb

Rahsia Percutian Murah dan Menarik

17:58

Airbnb

Korang suka melancong, makan angin, travel dan yang sewaktu dengannya lah.. atau korang selalu outstation? Kalau la korang jenis yang macam tu, kaki tak boleh duk diam.. kita geng, sepp sikit! Mih3x..

Selalunya sejak berzaman lamanya, kalau keluar mesti hotel je la tempat kita tinggal kan. Mungkin sebab tiada pilihan lain. Mungkin la..

Korang pernah guna tak application Airbnb?


Kalau tak pernah, huda sangat-sangat cadangkan korang guna application Airbnb nisign up


Airbnb ni adalah satu application penginapan seperti trivago, agoda, booking.com macam tu la.. Sangat mudah digunakan.




Airbnb memberikan kita pengalaman melancong yang menarik dan unik dan pasti tercipta kenangan indah. Kita boleh pilih untuk tinggal di apartment mewah atau berkongsi rumah dengan pemilik. Semuanya boleh dipilih mengikut keselesaan dan kehendak kita.

Sangat-sangat la berbaloiiii... sangat-sangat berpuas hatiiii... 😍😍😍😍

Antara sebab huda suka teramat sangat dengan Airbnb ni:

·         Murah dan jimat berganda-ganda
·         Besar
·         Banyak pilihan
·         Cantik
·         Seperti berada di rumah sendiri
·         Boleh memasak
·         Boleh basuh baju (ada washing machine)
·         Peti ais semestinya
·         Senang urusan check in dan check out
·         Hanya perlu berurusan dengan host tempat tu
·         Boleh digunakan di dalam dan luar negara
·         Privacy
·         Boleh ubah citarasa, beralih angin
·         Host yang baik dan memudahkan urusan kita

Sangat-sangat la berbaloi jika nak dibandingkan dengan hotel. Harga sama dengan hotel, tapi kita dapat lebih berbanding dengan hotel dan sangat laa berpuas hati.


Airbnb malaysia
Harga seratus lebih je yang macam ni.. seronok kan

Airbnb Malaysia
Yang ni di Singapura

Airbnb malaysia
Yang macam ni pun seratus lebih je, untung tak untung?


Airbnb Malaysia
Mewah kan? yang ni pun tak sampai dua ratus pun


Mana nak cari application Airbnb ni?

Boleh klik SINI untuk sign up atau cari di playstore.

Buatlah pilihan bijak walaupun korang nak bermalam hanya satu malam. Kalau nak pergi mana-mana sekarang ni, memang Airbnb je yang huda akan cari. 😊😊😊😊



Range harganya bermula pada RM45. 😉



Tips: Kalau nak lagi best, lagi banyak pilihan dengan harga yang murah, tempah seminggu lebih awal ye..




cari kerja

Soalan Peperiksaan SPA

08:02

Sekarang musim peperiksaan SPA bagi kebanyakan jawatan kan. Tak pasti la kalau huda sorang je yang perasan. Hikss. Peperiksaan SPA sekarang sudah upgrade, jawab online je. Tak perlu nak kena hadir ke mana-mana. Bagus la tu kan, memudahkan semua orang. Cuma yang payahnya kalau line tak stable. Aishh, kalau line teruk.. memang betul-betul menguji kesabaran la.

Okay, huda taknak berleter panjang-panjang. Harini huda nak share sikit berkisar tentang pembahagian soalan bagi peperiksaan SPA. Kebiasaannya ujian tu merangkumi 3 bahagian, iaitu:
i)                    Psikometrik
ii)                  Pengetahuan am
iii)                 Daya menyelesaikan masalah

Bagi yang tak tau atau kurang pasti ujian psikometrik tu macam mana, ni huda share sikit apa yang huda tahu dan faham. Nama psiko tu macam dah seram kan. Ngeh3x..

Ujian Psikometrik ni adalah ujian untuk menguji pandangan kita terhadap sesuatu topik. Ianya adalah untuk mengetahui bagaimana personaliti kita. Nak tengok sejauh mana personaliti kita. Nak menilai tahap leadership kita, bekerja dalam kumpulan macam mana, jujur ke tidak. Haa.. macam tula lebih kurang. Selalunya ianya dijawab dengan dua pilihan jawapan iaitu Ya atau Tidak.

Pengetahuan am pula adalah pengetahuan am mengenai Malaysia, alam sekeliling dan jawatan yang dipohon. Jadi... korang kena tahu lah apa yang patut, perkembangan malaysia sekarang, projek-projek kerajaan, sejarah dan lain-lain yang berkaitan.

Penyelesaian masalah pula adalah soalan yang menghendaki kita selesaikan masalah la, tentang kira-kira iaitu matematik (matematik ikut atas jawatan, tinggi jawatan tinggi la matematik nya). Bahagian ini mungkin mempunyai pecahan topik seperti kemahiran logik, kemahiran menginterpretasi data dan konsep-konsep matematik. Gunakanlah segala pengetahuan yang ada, gunakan kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

Exam SPA
Kertas peperiksaan online

Kepada yang akan menghadapi peperiksaan SPA, huda ucapkan selamat maju jaya, semoga dipermudahkan menjawab. Selamat menjawab dengan baik!




I'm Blogger Pantai Timur


Followers

Total Pageviews

Google+ Badge