Terbang Bersama Malaysia Airlines
02:03
Assalamualaikum...
Hai Semua, jom terbang bersama Malaysia
Airlines! Apa itu Malaysia Airlines?? Malaysia Airlines adalah sebuah sistem
penerbangan nasional Malaysia yang menawarkan penerbangan antara negeri di
seluruh Malaysia dan luar negara. Kenapa saya kata penerbangan Malaysia
Airlines ni hebat? Sebab banyak sangat keistimewaan yang ditawarkan oleh
Malaysia Airlines ni. Kalau korang nak tahu, teruskan membaca ye! Kalau tak
baca sampai habis, korang semua la yang rugi nanti.. heheheh. Kalau korang nak
tahu, Malaysia Airlines dan rakan kongsinya menawarkan perjalanan ke lebih
1,000 destinasi di lebih 150 buah negara. Wahhh...! Banyaknya kan…
Sebagai info untuk korang, Malaysia
Airlines ini menawarkan tiga jenis kelas penerbangan kepada kita, iaitu
Kelas Ekonomi, Kelas Perniagaan dan Kelas Pertama.
- Kelas Ekonomi:
Merupakan satu Favourite Spot yang membolehkan korang
menempah mana-mana tempat duduk yang korang nak dan korang suka. Kalau
korang nak tahu, perkhidmatan Favourite Spot ni hanya tersedia
untuk tempahan dalam talian sahaja okay. Bukan itu sahaja, korang juga
boleh memilih tempat duduk yang korang nak secara percuma dalam tempoh 48
jam sebelum waktu berlepas, di bahagian daftar masuk dalam laman web rasmi
Malaysia Airlines. Untuk Kelas Ekonomi, ia terbahagi kepada dua jenis tau
iaitu tempat duduk Premium dan tempat duduk Standard.
Tempat duduk Premium ni terletak di barisan depan yang
dekat dengan pintu kecemasan, manakala yang selebihnya pula ialah tempat
duduk Standard. Penumpang yang memilih Kelas Ekonomi akan
merasai pengalaman penerbangan yang menarik dan selesa dengan ruang letak
kaki tambahan serta peruntukan bagasi 30 kg dan hiburan sepanjang
penerbangan korang nanti. Selain itu, penerbangan Kelas Ekonomi juga
menawarkan sehingga 20 jenis pilihan hidangan istimewa untuk para
penumpangnya dimana korang hanya perlu menempah dan mengesahkan pilihan
hidangan korang selewat-lewatnya 24 jam sebelum waktu berlepas menerusi
proses tempahan dalam talian, Pusat Panggilan Pelanggan Global, pejabat
tempahan dan pembelian tiket atau ejen pelancongan. Menarik kan... hehe
- Kelas
Perniagaan: Kelas Seat yang kedua pula ialah Kelas Perniagaan yang mana
ruang tempat duduk lebih luas berbanding Kelas Ekonomi dan seat tu boleh
dicondongkan sehingga 180 darjah. Waahh! Hehehe fuhh memang selesa la
cerita dia kan. Kalau korang pilih seat ni, korang akan dapat menikmati
perjalanan penerbangan korang dengan keselesaan yang maksimum. Bukan tu
saja, dalam kelas ini juga dilengkapi dengan hiburan dalam penerbangan
dan korang juga boleh tengok pelbagai jenis cerita, program siri
televisyen, saluran radio, permainan dan e-pembelajaran. Fuhh!! banyak
nyaaa..hehhee. Selain keistimewaan semasa daftar masuk, semua penumpang
Kelas Perniagaan layak mendapat peruntukan dua bagasi yang berdaftar
dengan berat sehingga 40 kg tau.. Haa angkut la apa yang korang nak angkut
nanti! Untuk pengetahuan korang juga ye, Kelas Perniagaan juga akan
mendapat akses ke Golden Lounge Malaysia Airlines. Kat
situ, korang boleh mandi, mendapatkan minuman atau menyiapkan urusan kerja
dengan menggunakan WiFi secara percuma sementara korang
menunggu penerbangan seterusnya.
- Kelas Pertama:
Kelas Seat yang ketiga pula iaitu dikenali dengan Kelas Pertama, korang
berpeluang untuk menikmati perkhidmatan ruang istirehat yang sangat
istimewa yang disediakan oleh Malaysia Airlines. Sama macam
Kelas Perniagaan, kalau korang naik Kelas Pertama, korang juga boleh
menunggu waktu memasuki pesawat dengan merehatkan diri di ruang isitirahat
yang eksklusif iaitu di Golden Lounge. Sebaik je korang
menjejakkan kaki dalam pesawat, korang boleh duduk dengan penuh selesa di
tempat duduk yang dah tersedia yang mana mempunyai ruang letak kaki yang
luas serta tempat duduk yang boleh dicondongkan sehingga 180 darjah. Fuh!
memang lena la korang dalam flight sepanjang perjalanan nanti..
silap-silap boleh pakej berdengkur sekali. hahaha.. Lena sangat kan..
hehe. Nak lagi selesa dan seronok dalam penerbangan korang tu kan, korang
juga boleh menikmati filem terkini, program siri televisyen, permainan dan
muzik sepanjang penerbangan. Jadi, tak ada la korang bosan sangat.
Sebenarnya banyak lagi yang saya nak cerita, tapi nanti tak surprise la kan. Korang survey la sendiri ye di website Traveloka. Sebab di situ korang boleh survey harga tiket dan book tiket korang secara online dan bayar pun boleh dibuat secara online mudah jer kan. Semuanya di hujung jari. So, let’s find malaysia airlines on apps Traveloka sekarang!!
10 comments
lamanyaaa tak fly dengan MAS.. makin mahal harga tiketnya. tapi nak jenguk2 la Traveloka mana tahu ada yang menarik =)
ReplyDeletejenguk jangan tak jenguk. kang rugi pulak nanti. hehe
DeleteCR tak pernah lagi merasa naik flight.
ReplyDeleteNanti dah merasa boleh la share.. :)
DeleteMenarik tu.. Nanti boleh usha traveloka
ReplyDeleteselamat mengusha.. hihi
DeleteTak pernah lagi naik kapal terbang.. Camne lah rasanya yek.. hehehe
ReplyDeletetiket murah murah nanti boleh la book. hehe.. tak jauh, dalam malaysia pun jadi la.. :)
DeleteAkak sampai sekarang masih belum dapat terbang ke mana-mana lagi.. Insha Allah satu hari nanti..
ReplyDeleteamiin.. inshaaAllah kak, satu hari nanti.. moga dipermudahkan. hehe
Delete