Terbongkar: Nasi Beriani Paling Sedap di Bangi

18:57

Datang ke Bangi tapi tak tahu makanan apa yang sedap kat situ?

Huda yang selalu pusing-pusing kat Bangi ni pun kadang-kadang tertanya-tanya makanan apa yang menarik kat Bangi ni..
Ada satu hari tu, singgah kat Bangi Gateway, saja la pusing-pusing.. Lepas tu lapar.. Restoran yang ada kat situ macam, alaaaa... bosannya..

Sampai la ke penghujung jalan, tetiba nampak satu kedai makan ni, unik la design kedai tu.. Macam 'old school' gitu. Meja makan, kerusi kayu macam ala-ala meja sekolah zaman dulu-dulu tu.. Menarik jugak ni.. Maka menapak la dua belah kaki ni ke dalam kedai tu.


Nasi Beriani Paling Sedap di Bangi
Macam ni la rupa dalam kedai tu (gambar ihsan Google)

Lepas duduk tu, sampai la pelayan (muda-muda gitu semuanya). hihi.. Tanya la, apa yang menarik kat sini. Dia cadangkan huda nasi beriani kambing. Okay jugak tu, lama dah tak makan nasi beriani.

Sambil-sambil tunggu order tu, mata ni meliar la kat dalam kedai tu.. Haa, mata huda tertangkap kat benda alah ni.. Waahh.. Kedai ni merupakah 'Pilihan Jalan-jalan Cari Makan' TV3 rupanya.. Okay, tak sabar nak cuba.

Jeng-jeng... Dah sampai makanan pilihan huda tadi

Nasi Beriani Paling Sedap di Bangi
Yummyy!!


Bismillah...
Suapan pertama
Urm... sedapnyaaaa... Nak nangis rasa..
Serius tak tipu, sedap sangat-sangat


Kalau macam ni sedap dia, boleh selalu datang ni.
Daging dia pun banyak.. Siap boleh ratah lagi.. urghh,, Sedapnyaa..!!
*eh, daging dia satu pinggan je tau. Tu saja mintak extra, sebab kawan i diet. Nak ratah daging saje. hihi.

Korang yang hantu nasi beriani tu, patut cuba rasa kat sini. Sedap hingga menjilat jarii.. hihi
Korang yang tak tau nak makan apa kat bangi, haa meh cuba sini. Sangat-sangat disarankan mencubanya..

Nasi Beriani Paling Sedap di Bangi
Sangat Sedap!!


Huda kasi 5 bintang untuk nasi beriani kat sini. *So Delicious! Mama miaa!


Nama kedai: Biji Kopi

Lokasi: Bangi Gateway Shopping Complex, C-8-G, Seksyen 15, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia (waze)


Waktu operasi: 10.00 pagi - 11.00 malam

Layari laman Facebook Page kedai ini

You Might Also Like

6 comments

  1. Pernah sekali je sampai Bangi. Ada sebab nak ke Bangi lagi nampaknya ni. Hihi.

    Thanks dear for sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oouh.. Datang la lagi Bangi.. hehe..
      Banyak jugak tempat makan yang best kat Bangi. ;)

      Most welcome dear :)

      Delete
    2. Kan.. selalu dengar makan sedap di bangi. Siqah pernah makan sekali je kat Red Walk kot kalau tak silap namanya. Lama dah pergi. Tomyam dia serius sedap 👍😊

      Delete
  2. Ju tgk pun da telan air liur =D

    ReplyDelete

I'm Blogger Pantai Timur


Followers

Total Pageviews

Google+ Badge