derma darah

Kempen Derma Darah Kita Sama Hero

17:17

Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga Malaysia yang budiman..

JOM DERMA DARAH

Kempen Derma Darah hashtag kitasamahero atau nama lainnya adalah 'KitaSama Blood Donation Drive' merupakan kerjasama antara pihak Astro dan Pusat Darah Negara.

Kempen ini bermula pada 18 Julai 2017 hinggalah 29 September 2017. Untuk pengetahuan anda, kempen ini bergerak dari satu IPT ke IPT yang lain dan terbuka kepada seluruh warga IPT termasuklah orang awam.

Antara IPTA dan IPTS yang terlibat dengan Kempen Derma Darah Kitasamahero adalah:

Bulan Julai 2017
  • Universiti Multimedia (MMU) pada 18/07/2017
  • Kolej Methodist Kuala Lumpur pada 21/07/2017
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 24/07/2017
Bulan Ogos 2017
  • Kolej Taylor pada 01/08/2017
  • UniRazak pada 02/08/2017
  • The One Academy of Communication Design pada 10/08/2017
  • Kolej Saito pada 10/08/2017
  • Universiti Tun Abdul Rahman  (UTAR) Kampus Sg Long pada 12/08/2017
  • Universiti UCSI Kampus Kuala Lumpur pada 15/08/2017
  • Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) pada 21/08/2017
  • Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada 22/08/2017
  • Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC) pada 24/08/2017
Bulan September 2017
  • Universiti Binari pada 06/09/2017
  • Kolej Antarabangsa INTI, Subang pada 06/09/2017
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada 08/09/2017
  • Kolej Universiti KDU, Ultropolis, Glenmarie pada 13/09/2017
  • Universiti Perdana pada 14/09/2017
  • Kolej Asia Brickfield, PJ pada 18/09/2017
  • Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik (APU) pada 19/09/2017
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 25/09/2017
  • Universiti Malaya pada 26/09/2017
  • Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 28/09/2017
  • Universiti Teknologi Mara (UITM) pada 29/09/2017
*Info tarikh dan tempat dirujuk dari Astro

Hanya tinggal dua tempat sahaja lagi yang belum selesai iaitu UPM pada 28hb dan UITM pada 29hb ini. Kepada anda yang berada di sekitar kawasan tersebut, silalah berkunjung untuk menderma darah bagi mereka yang memerlukan. Jangan lepaskan peluang anda..

Darah yang kita derma boleh membantu mereka yang memerlukan seperti:
  • Pesakit kanser
  • Pembedahan dan pemindahan organ
  • Pesakit denggi
  • Mangsa kebakaran
  • Pesakit Talesemia
  • Mereka yang mengalami masalah darah dan hati
Kepada yang sudah menderma, TAHNIAH saya ucapkan.
Kepada yang belom.. mungkin kerana takut, cuba beranikan diri anda untuk menderma
Kita boleh, kita adalah HERO

Saya sudah! Jom sama-sama menderma 😊

kempen derma darah
Bakal Menantu B+

kempen derma darah
Siap dapat sijil dan cenderahati dari Astro lagi 😄

Saya tak mampu untuk sumbang pingat kepada negara tercinta,
Tapi saya mampu untuk sumbangkan darah kepada mereka yang memerlukan.

Kita tolong orang, InsyaaAllah nanti orang tolong kita balik.. Semoga Allah permudahkan urusan kita. Sumbangan darah ni mungkin nampak kecil pada sesetengah orang, tapi sangat besar ertinya pada mereka yang sangat memerlukan.

Kalau anda tak berkesempatan untuk menderma darah melalui kempen ini, anda boleh lihat pada laman sesawang Pusat Darah Negara untuk mengetahui destinasi seterusnya atau boleh singgah ke mana-mana hospital berdekatan atau anda juga boleh berkunjung ke MidValley Megamall, Lot 063, Tingkat 3, sebelah Daiso Japan.

Kalau tak cukup darah B positif, cari saya ye. Hikss... 😍

#kitasamahero



buat duit dengan blog

Buat Duit dari Rumah dengan Sushivid

01:52

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Salam dihulur sebagai pembuka bicara.

Semenjak dah aktif balik dalam penulisan blog ni, banyak lubuk emas yang soobeey jumpa untuk jana pendapatan, salah satunya adalah SushiVid. Soobeey tahu pasal SushiVid ni pun daripada kawan-kawan blogger. Yang soobeey tahu boleh buat duit dengan SushiVid ni.
Kacchhingg!! 💰💰💰💰💰

Tanggapan awal soobeey bila dengar pasal SushiVid ni, ingatkan kena buat promosi jual sushi atau makanan Jepun. Yelah kan, sebab nama sushi. Rupanya silap besar. SushiVid ni tak ada kena mengena langsung dengan kena jual sushi atau Negara Jepun. hehe.

Apa itu SushiVid?

Seiring dengan kemajuan teknologi, teknik pemasaran pun juga dah semakin canggih dan meluas. Di mana saja anda berada, anda boleh buat duit melalui media sosial anda seperti blog, instagram dan youtube. Zaman sekarang ni semua dah guna teknologi seperti media sosial. Budak sekolah pun dah ada media sosial sekarang. Boleh dikatakan hampir semua orang la dah ada akaun media sosial kan.  Media sosial memainkan pengaruh yang sangat besar kepada kita menjelang tahun 2020 ini.

Tapi pernahkah anda terfikir untuk buat duit dengan media sosial anda tu? Daripada main saja-saja kan lagi bagus sambil-sambil tu, duit pun masuk. Tak begitu?

Jadi, SushiVid ni adalah satu platform yang sangat baik, berbaloi dan menguntungkan kepada:

  1. Syarikat atau mereka yang mempunyai produk: Untuk mengiklankan produk mereka menggunakan kuasa dan pengaruh mereka yang mempunyai ramai pengikut di media sosial
  2. Mereka yang aktif dalam media sosial (blog, instagram dan youtube)

6 Perkara Menarik tentang SushiVid

  • Tiada bayaran dikenakan untuk pendaftaran
  • Dibayar dalam matawang USD
  • Selesai mendaftar, USD2.33 = RM10 akan dimasukkan ke dalam akaun anda
  • Bayaran yang lumayan, jika anda menepati syarat untuk mengiklankan sesuatu produk
  • Mempunyai Referral Program (maksudnya setiap orang yang mendaftar menggunakan referral link anda, anda juga akan dapat hasilnya, RM10 setiap pendaftaran
  • Sebarkan referral link anda kepada rakan-rakan di media sosial, supaya anda dapat hasil dan rakan-rakan anda pun dapat hasil
Jika anda mempunyai blog atau instagram ataupun youtube, anda boleh buat duit dengan media sosial ini. Jika anda mempunyai ramai pengikut di media sosial tersebut, penyertaan anda dalam Sushivid ini boleh dikira sebagai langkah kanan. Rezeki anda. Ni lah yang orang kata, duduk di rumah pun boleh buat duit. hikss..

Cara Pendaftaran SUHSIVID mudah sahaja, ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Klik pada pautan ini untuk pendaftaran : SUSHIVID

Anda akan dibawa ke laman web SushiVid seperti gambar dibawah

Cara daftar SushiVid
2. Klik pada I'M AN INFLUENCER

Cara daftar SushiVid
3. Pilih untuk daftar sebagai apa


Cara daftar SushiVid
4. Isi maklumat yang diminta. (Ini contoh jika anda pilih untuk daftar sebagai blogger)

Cara daftar SushiVid
5. Dah siap! Automatik USD2.33 = RM10.00 berada dalam akaun anda

Mudah saja kan? Selesai mendaftar boleh la godek-godek apa yang ada dalam tu. Dan jika anda layak, anda dah boleh mula pilih kerja yang ditawarkan dalam SushiVid ni, seperti gambar di bawah


Job SushiVid
Antara kerja yang ditawarkan dan sangat berbaloi untuk anda terima. Klik saja pada propose

Tengoklah pada harga yang dibayar tu, lumayan kan?
Tunggu apa lagi.. Jangan lepaskan peluang keemasan ini, DAFTAR SEKARANG. Bukan senang tau orang nak bagi duit macam tu je..

Semoga anda semua dapat buat duit dengan SushiVid ni. Soobeey baru je nak propose ni.. Semoga murah rezeki kita semua ye.. 

Klik pada pautan ini untuk mendaftar: SushiVid

masalah blog

Tak Boleh Komen di Blog Sendiri

20:18

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan sekalian


Sehari dua ni tak banyak post yang Soobeey buat sebabnya soobeey tengah runsing dan musykil kenapa tak boleh reply komen kat blog sendiri dan kenapa tak boleh post komen kat blog sendiri. Tak ke pelik tu.. Tuan punya blog sendiri tak boleh komen. Haa.. itu yang buat soobeey berfikir tak sudah dalam pencari puncanya.


Mula-mula soobeey tak perasan dan tak tau pun masalah tu wujud. Sampai lah satu ketika, ada la beberapa blogger tinggalkan komen pada post soobeey dan niat hati soobeey nak berkenalan dan bermesra la dengan blogger lain tu. Jadi, soobeey pun tekan la button reply dekat bahagian komen tu.. Bila dah siap-siap buat ayat nak balas tu, nak kena tanda pula kita ni balas sebagai siapa kan... Contoh pemilik akaun Google ke, ada OpenID ke atau lain-lain. Kemudian, soobeey pilih la akaun Google macam selalu. Selepas tu,tekan la reply tu. Tapi yang peliknya komen soobeey tu tak muncul muncul, walaupun dah berulang kali soobeey mencuba. Soobeey pun cuba lagi dan lagi la. Tak puas hati sebab tak boleh komen kat blog sendiri. Lepas tu timbul kemusykilan sebab dekat bahagian reply as tu, walaupun dah klik akaun Google tapi dia jadi macam tak sign in. Jadi macam gambar bawah ni.

Masalah komen di blog
Nampak macam tak ada masalah kan, tapi selalunya akan keluar nama pada akaun Google tu

Timbul lah macam-macam persoalan dalam kepala ni, "kenapa tak boleh? apa yang tak kena? setting tak kena ke? template aku bermasalah ke?" - Monolog hati soobeey. Apa lagi, mulakan misi mencari puncanya. Cari punya cari ada 3 kemungkinan boleh jadi puncanya.

  1. Template blog bermasalah
  2. Ada extension Google Chrome yang mungkin menghalang
  3. Disable atau Block 3rd-Party Cookies
Langkah seterusnya yang soobeey buat adalah tukar template. Sebab soobeey tak pandai sangat nak cari kod-kod yang salah tu. Jadi tukar yang baru lagi senang. Maka terhasil lah wajah baru pada blog soobeey ni..

Lepas tu soobeey cuba komen lagi. Namun, hampa.. Usaha menukar template tak membuahkan hasil. huhu. Seterusnya soobeey cuba cari punca kedua. Semak semua extension yang soobeey pakai. Dan buang mana yang rasa bermasalah dan tidak perlu. Selesai buat semua tu, cuba lagi untuk komen. Ternyata, sekali lagi, Gagal.

Haa, yang ni.. kemungkinan punca masalah yang terakhir tu.. Dan alhamdulillah yang terakhir ni menjadi.. Leganya lah rasa hati ni. Hilang kekusutan di kepala ni. Jadi tahu lah soobeey masalah nya sebab soobeey tak benarkan 3rd-Party Cookies tu.. 

Baiklah, mana nak cari biskut pihak ketiga ni? Senang je.. ni Soobeey tunjukkan kat bawah ni ye..

masalah komen di blog
1. Pergi pada settings Google Chrome, dan akan keluar macam gambar atas ni. Klik Content settings
masalah komen di blog
2. Akan keluar macam ni. Lepas tu klik Cookies tu
masalah komen di blog
3. Tengok pada Block third-party cookies tu. Kalau bertanda warna biru tu, itu yang masalahnya
masalah komen di blog
4. Klik pada warna biru tadi tu dan akan bertukar jadi warna kelabu macam ni. Tujuannya untuk tutup fungsi tersebut
masalah komen di blog
5. Cuba komen atau balas komen di blog anda


Kalau menjadi, ia akan keluar nama akaun Google kita macam gambar atas ni. Cuba tengok gambar mula-mula dalam post ni, tak keluar nama kan? Jadi, seharusnya ia keluar nama macam ni lah.. Baru lah boleh komen dan berbalas komen.

Itu saja untuk penyelesaian masalah tidak boleh komen di blog sendiri. Semoga bermanfaat! Selamat komen dan berbalas komen..





contest

Peraduan Nescafe - Hadiah 1 Malam Penginapan di Genting

14:15

Anda peminat tegar coffee?
Suka minum Nescafe?

Jom minum Nescafe & Menang. Kembalikan kesegaran anda dengan Nescafe.. 

Ceyh, ayat iklan sangat


Nescafe Malaysia

Nescafe sentiasa jadi peneman kebanyakan pelajar untuk berjaga malam, betul tak?
Minuman Nescafe bukan saja digemari oleh pelajar, malah golongan yang sukakan coffee. Nak angkat bagi tetamu minum pun sangatlah sesuai..

Sebab rasa Nescafe sangat sedap!
Ada banyak pilihan rasa pulak tu.. Bukan rasa je banyak pilihan tapi jenis packaging nya pun banyak. Ada dalam tin, pek 3 in 1, kotak, pek isi semula dan botol. Sangat mudah.

Oh ye.. kalau anda nak tau, sekarang ada peraduan Nescafe tau.. Peraduan Jom Whatsapp & Menang/Peraduan Jom Nescafe. Jom sertai!

Kalau anda selalu beli Nescafe, ini adalah peluang yang baik untuk anda.
Oh ye.. kalau anda cari peraduan ini di laman web Nescafe memang takde la ye.. Sebab peraduan ni anjuran Nestle Product Sdn. Bhd dan WorldCard Services Sdn. Bhd.

Link maklumat lanjut tentang peraduan ni ada di penghujung post

Ni I share maklumat peraduan untuk tatapan dan penyertaan korang.

Peraduan Nescafe Jom Whatsapp & Menang
Peraduan Nescafe Jom Whatsapp & Menang di 7Eleven

Nama Peraduan
Jom Whatsapp & Menang


Tempoh Peraduan
Bermula dari 4/09/2017 pada “00:00:001” hingga 29/09/2017 pada “23:59:59”

Cara-cara Penyertaan
  1. Beli 1 produk sedia minum NESCAFÉ tin/PET/UHT dari mana-mana kedai 7Eleven di dalam 1 resit rasmi.
  2. Ambil gambar muka depan resit pembelian
  3. Whatsapp - Gambar resit, Nama Penuh dan No. MyKad ke 017 8868 506
  4. Link untuk menjadi ahli Genting Rewards akan dihantar ke telefon bimbit anda. Sila isi butiran yang diperlukan untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik.
Pesanan
Simpan resit rasmi asal untuk dikemukakan semasa penebusan hadiah-hadiah.


Hadiah-hadiah
  • Hadiah Utama untuk 5 Pemenang Bertuah
          Kad Hadiah Petronas bernilai RM10,000

  • Hadiah Mingguan untuk 200 Pemenang bertuah setiap minggu (selama 8 minggu)
          Penginapan 1 malam di Y5 Deluxe Room, First World Hotel

First World Hotel, Genting
First World Hotel, Genting

Nota
  • Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada 1 penyertaan
  • Peserta-peserta layak memenangi 1 Hadiah Mingguan dan 1 Hadiah Istimewa sahaja sepanjang Tempoh Peraduan
  • Pemenang akan diberitahu melalui WAM atau telefon. Senarai pemenang-pemenang juga akan diumumkan di laman web Pihak Penganjur [www.nestle.com.my].
  • Semua hadiah-hadiah mesti dituntut dalam tempohnya



"Jom, minum kopi?"

"Jom menang!"


Selamat Maju Jaya!

penjagaan diri

Gigitan Makhlus Halus

02:41

Sedari kecil lagi, aku memang selalu kena kacau dengan makhluk halus. Mak aku cakap dia memang suka aku.. Fall in love dengan aku. Merah merah satu badan tiap kali kena tu. Selalu sangat, orang lain duduk elok je takde kena apa pun. Tapi aku, merah merah badan dibuatnya kena gigit dengan makhluk halus tu. 

Tak.. bukan makhluk halus yang tu..

Makhluk halus yang berkaki 6 tu la.. Nyamuk. Manis sangat agaknya darah I ni. huhu.


Tapi makhluk halus yang korang fikirkan tadi tu pernah kena juga.


Selalunya kalau kena gigit nyamuk ni, aku sapu balm atau minyak angin je. Walaupun takde la menjadi sangat. Tapi takde lah gigih nak pergi cari ubat gigitan serangga ke apa. Alah, nyamuk je kot. Nanti nanti hilang la kan..

So, kalau masuk 7eleven, Guardian, Watsons atau mana-mana kedai la.. Selalu je nampak ubat gigitan nyamuk.. Contohnya Mopiko. Terang terang ada gambar nyamuk kat bekas dia tu.. Dah tau selalu kena gigit nyamuk, tapi langsung tak hirau nak beli.

Aku punya la berlagak tu entah kenapa la.. Tiap kali nampak Mopiko, aku mesti pandang sebelah mata je.. atau buat buat tak nampak. ish ish ish.. Mungkin sebab gambar nyamuk pada bekas mopiko tu macam kartun. So, aku tak berapa nak percaya ubat tu berkesan. Apa lah salah Mopiko si ubat nyamuk ni. Kesian dia.

Tapi kali ni special kes. Yang pastinya merah merah pada badan aku ni, bukan angkara gigitan nyamuk. Satu badan timbul biji biji merah dan tersangat la gatal. Dan aku sangat memerlukan ubat yang boleh mengurangkan kegatalan ni. So, pergi lah 7eleven.. Macam biasa, akan nampak mopiko.

Tapi aku buat buat tak nampak lagi. Cari ubat gatal lain...
Yang harunya, memang takde ubat lain. huhu. Yang ada hanya mopiko. Terpaksa lah rendahkan ego, capai satu mopiko dan bayar di kaunter. Sekali cashier bagitau harga. Punyalah terkejut. Mahal benor ubat nyamuk ni. Dalam RM15 macam tu. 

Haa, dia dah datang balik rasa tak puas hati dan pandang lekeh kat ubat tu. "Mahalnya ubat ni, ubat ntah pape la ni". Tapi dah terbeli dan keadaan terdesak nak pakai.. Terpaksa lah jugak.

Sudah beli tu, buka kotak. Dan keluarkan ubatnya. Tapi mulut ni duk bising lagi. "Besar ni harga macam tu. Dahlah ubat nyamuk je".

Sekali buka penutupnya, cuba la bau. Eh, sedap pulak baunya. Berangin pulak tu. Cepat cepat sapu kat tempat merah merah tu sebab dah tak tahan gatal. Masa sapu tu.. saat ubat tu bersentuhan dengan kulit... "aaaahh.... leganya rasa.... lega sangat sangat" (hanya orang yang selalu kegatalan je tau macam mana rasa leganya)

Jujur aku cakap, memang mopiko ni boleh hilangkan kegatalan. Aku pulak yang dah fall in love dengan mopiko ni. Maaf ye, sebelum ni aku pandang kau sebelah mata je. Mulai saat ini, aku akan bawa kau ke mana mana je aku pergi.. Terima kasih melegakan kesakitan aku ni. Sayang awak sangat!

Betul la orang kata, "Don't judge a book by its cover". Sekarang aku faham...
Don't judge Mopiko by it's cover. hikss..

Oh ye.. Macam aku pernah cerita dalam post sebelum ni pasal EKZEMA, kulit aku memang triggered dengan tilam atau cadar. Tilam atau cadar yang mungkin berhama. So, aku rasa mungkin disebabkan tu lah badan aku merah merah kegatalan ni. 

Bila dah kena tu, semuanya lah aku akan basuh dengan air panas. Nak bagi mati semua hama dan telur telur nya. huhu. Banyak kerja jadinya.


Mopiko
Kesukaan sekarang
Ini maknanya.. Mopiko bukan sekadar untuk melegakan gigitan nyamuk, walaupun gambarnya nyamuk. Tapi Mopiko mampu melegakan segala kegatalan gigitan serangga (termasuklah hama). Kalau lenguh lenguh, sakit sakit otot pun boleh sapu mopiko ni. Sebab berangin dia tu, memang sangat LEGA!

Duk tilik tilik kotak mopiko ni, baru tau Mopiko made in Japan. Jauh terbang sampai ke Malaysia. Suka hati aku je nak pandang sebelah mata. Maaf ye.. Menyesal. So, dengan ini aku sangat sangat cadangkan mopiko ni untuk segala gigitan serangga, kegatalan dan sakit otot. Tidur sebelah mopiko malam ni. hikss. Terima kasih. 

lirik lagu

Lagu Arab Best

22:25

Assalamualaikum

Selamat bekerja bagi yang sedang bekerja, dan selamat belajar bagi yang sedang belajar. Selamat la semuanya ye.. J

Memandangkan saya pernah post pasal tips nak pandai bahasa asing sebelum ni kan, so saya bukan cakap kosong ye, saya buat apa yang saya bagitau tu. Dan sekarang saya juga dalam proses nak belajar bahasa Arab. Memang la dah ada basic arab, tapi tak cukup laa. Saya nak, fasih bertutur dalam bahasa Arab.

Jadi, salah satu caranya adalah tengok cerita2 kartun Arab dan dengar lagu2 Arab. Dengar lagu, tengok lirik dan fahamkan. Tak faham? Cari makna sampai faham. Dengar cara sebutan setiap perkataannya. Dan ikut sebut sekali. Senang je kan..?

Sekarang, saya asyik duk ulang2 lagu ni jer. Memang best!
Apa yang best? Humm.. Saya sukakan rentak lagu tu, tidaklah terlalu rancak, dan tidaklah terlalu slow sampai boleh buat orang tertidur. Daaann yang LAGI BEST… Liriknya.. sangat mendalam maksudnya..

Jom dengar lagu ni.. Klik link di bawah..

Lagu Arab Best

Lirik lagu la la
Ni lah rupa penyanyi nya Humood Alkhudher

Best kan?

Ok, sekarang jom tengok liriknya pulak. Hayati maksudnya.. 

لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
Ketika ingin bersaing dengan yang lain,
aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya.

فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Jadi aku boleh jadi seorang yang lain
hanya untuk berbangga

و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan

فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Tetapi yang kuperolehi hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini.

لا لا
لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan,
kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini
di dalam hati ia bersinar.

لا لا
نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas.

كن أنت تزدد جمالاً
Jadilah diri kamu sendiri
pasti ia akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada

أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
Sungguh aku menerima mereka
tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka

إلا بما يرضيني، كي أرضيني
melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.

سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri
inilah aku

فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
hal ini kurasakan sudah cukup
dan aku sangat pasti

سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku
aku tidak perlukan orang lain menerimaku

وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
aku akan jadi apa yang aku suka
kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku?

So, kenapa kita perlu tiru-meniru perwatakan orang lain, jadi lah diri sendiri selagi yang kita buat itu, adalah sesuatu yang baik. Pedulikan apa yang orang nak kata tentang kita. Dan, ingat.. kecantikan sebenar adalah datang dari hati. :)

Ohh.. indahnya ISLAM... <3




ekzema

Punca dan Rawatan Ekzema

22:02

Apa itu Ekzema?

Ekzema secara umumnya adalah masalah berkenaan dengan kulit tanpa mengira usia.
Ekzema merupakan sejenis penyakit kulit yang menyebabkan kegatalan, keradangan, kemerahan dan bersisik. Secara saintifiknya, ia dikenali sebagai atopic dermatitis. 

Selalunya ekzema dikaitkan dengan kulit kering. Apabila kulit kering, kegatalan dan keradangan lebih mudah berlaku. Tapi ada jugak ekzema basah. Ekzema basah ni tempat gatal tu keluar biji biji gelembung air. Ekzema kering pulak, tempat gatal tu jadi kering dan bersisik.


ekzema kering
Ekzema Kering

Ekzema Kering

Ekzema Basah/berair

Punca Ekzema

Keturunan dan mempunyai pelbagai pencetus lain yang boleh menyebabkan alahan seperti 

  • pemakanan
  • pakaian
  • penggunaan sabun
  • minyak wangi
  • suasana/persekitaran
  • jangkitan kuman


Lain orang lain punca pencetusnya..
Kalau macam I punca pencetusnya yang pasti bukan seafood. Sebab I seafood lover dan takde masalah kalau makan seafood banyak mana pun. hihi..

Setakat ni punca pencetus alahan/triggered I yang I pasti ada 4 iaitu hama, aircond, sabun dan air mandi kotor.

Kalau tidur atas cadar atau tilam lama, haa siaplah... Mungkin disebabkan hama. I jadi cepat gatal dan merah sampai garu garu teruk kalau salah tidur kat tempat macam tu.
Aircond pun boleh jadi pencetus kegatalan I. Bukan miang ye, tapi gatal gatal. huhu. Rasa macam nak garu guna garfu je. huhu.. Mungkin sebab bila dalam aircond kulit I jadi kering, bila kulit kering tulah jadi pencetus gatalnya.
Kalau sabun dan air mandi tu jarang-jarang I kena. 

So, I akan pastikan 3 perkara ni: 
  • cadar mesti selalu bersih, basuh 1 atau 2 minggu sekali. Pastikan bila baring tu, takde rasa miang miang gatal.
  • pakai losyen pelembap atau krim sebelum masuk tempat aircond untuk mengekalkan kelembapan kulit.
  • pilih sabun mandi yang tak mengeringkan kulit dan elakkan yang banyak kimia

Cara pakai losyen pelembap atau krim ekzema

      Cara segera:
  1. Pastikan tangan dibasuh bersih terlebih dahulu.
  2. Kalau krim jenis kena calit tu, pastikan calit guna lain lain jari (tiap kali nak calit balik) atau guna spatula untuk ambil sedikit krim tu. Kalau yang jenis kena picit dalam tiub tu, takde masalah sangat. Cuma jaga kawasan permukaan tiub tu supaya sentiasa bersih.
  3. Sapu krim mengikut arah tumbuh bulu.
  4. Sudah sapu, jangan lupa basuh tangan.
p/s: Seeloknya sapu selepas mandi. Sudah lap lap badan tu, haa sapu laa

     Cara leceh, cara I sendiri:
  1. Ambil sapu tangan yang material dia macam tuala mandi tu (yang bersih ye). Celup dalam air suam. Perah dan lap lap pada kulit tempat gatal tu. Atau boleh juga basuh tempat gatal tu dengan air suam dan lap sampai kering. Tujuannya adalah nak mematikan kuman kuman yang menyebabkan gatal tu. 
  2. Pastikan tangan bersih.
  3. Sapukan aloe vera/gel aloe vera pada tempat gatal tu bagi menyejukkan tempat gatal dan mengelakkan keradangan. Biarkan kering.
  4. Sapukan pula krim/losyen ekzema pada tempat gatal tu mengikut arah tumbuh bulu.
  5. Basuh tangan lepas sapu tu.
Untuk jenis ekzema kering, sesuatu yang melembapkan dan sedikit berangin (menthol) yang boleh menyejukkan kulit, jika disapu pada tempat ekzema, rasanya sangat menenangkan dan boleh mengurangkan rasa gatal dan keradangan.


Krim/Losyen Ekzema

Ni yang I pakai la dan I rasa sesuai dan selesa dengan I.

aloe vera gel guardian
Aloe Vera Gel Guardian. Bebas alkohol, pewarna dan pewangi

krim Herbal Blend Shaklee
Herbal Blend Shaklee. Multipurpose Cream, mentholated. Bebas Paraben

Ada banyak lagi krim yang best untuk ekzema. Contohnya:

  • Sebamed
  • Eczy
  • Cetaphil
  • Herbava
  • Sudocream
  • Triderma
Dan banyak lagi... Boleh la cuba mana yang sesuai.

Setakat ni I rasa Krim Herbal Blend paling best untuk ekzema. Sebab ada menthol. Jadi berangin sejuk. Boleh mengurangkan rasa gatal.

p/s: Sentiasa bawa krim/losyen ke mana mana pun anda pergi.
In case korang tertinggal krim dan tetiba ekzema menyerang... Pergi cari air dan sapukan pada tempat gatal tu.. bagi kulit lembap.
Dan pastikan kuku sentiasa pendek


9 Fakta tentang Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, Kuala Lumpur

10:49

Semalam kita terima berita yang menyayat hati tentang kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

9 Fakta yang berjaya dikumpulkan:

  1. Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) terletak di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
  2. Ditubuhkan pada tahun 2002.
  3. Diusahakan oleh orang perseorangan di atas lot tanah yang beralamat di No.75, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur.
  4. Pengajian yang mengutamakan hafazan Quran dan pengajian kitab-kitab turath.
  5. Berdaftar dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
  6. Menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
  7. Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah adalah Mohd Zahid Mahmod.
  8. Peraturan pusat tahfiz: Aktiviti memasak tidak dibenarkan.
  9. 14 September 2017 jam 0515 berlaku kebakaran yang mengorbankan 23 nyawa
- Kejadian dipercayai bermula dari pintu asrama yang terletak di bahagian tengah asrama.
- Bomba terima panggilan jam 0541 dan kebakaran berjaya dipadamkan jam 0645.
- Pemeriksaan mendapati mangsa berada di 3 sudut berlainan




Difahamkan bangunan yang terbakar tersebut adalah bangunan penempatan sementara sebelum bangunan asalnya (dalam proses ubah suai) yang terletak 1 kilometer dari bangunan yang terbakar tersebut siap.

Penempatan murid yang terbakar

23 Senarai nama mangsa yang terkorban dalam kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, Kuala Lumpur. 21 murid dan 2 guru.
  1. Muhammad Danieal Md Amin, 14
  2. Ahmad Rijal Mohammad Rodzi, 13
  3. Muhammad Hasrullah Ismaik, 14
  4. Muhammad Haikal Abdullah, 12
  5. Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10
  6. Muhammaf Fahmie Abdullah, 11
  7. Muhammad Afiq Haqimie Hairulizwan, 11
  8. Muhammad Aiman Ramzanudin, 12
  9. Azkar Dariemi F. Zaska, 8
  10. Nik Muhammad Ridzuan Bin Nik Azlan
  11. Azkar Abiedi F. Zaska, 11
  12. Umar Al Khatab Helmi, 6
  13. Amiel Asyraaf Abd Rasid, 11
  14. Muhammad Nizammudin Nasrun, 13
  15. Muhammad Hafiz Iskandar Sulaiman, 11
  16. Muhammad Harris Ikhwan Mohd Sulaiman, 10
  17. Muhammad Taufik Hidayat Norazizan, 16
  18. Ahmad Harith Adam Mohd Nor Hadi, 12
  19. Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13
  20. Muhammad Syafik Haikal Abdullah, 13
  21. Muhammad Zattulah Roslan, 11
  22. Mohd Yusuf Md, 26 (guru)
  23. Mohd Amrul Nizam Sakarno, 25 (guru)

Sumber diperolehi daripada akhbar tempatan dan jabatan bomba

Syurga buat kalian. Moga ahli keluarga mangsa terus tabah.. 

Drama JPJ - Ops Cinta Din Sardin

05:03

Drama Melayu yang I terlayan tanpa sengaja.

Ada la satu malam tu, I kebosanan.. Buka la tv9. On tu, sedang elok cerita tu baru mula. Tengok Mira Filzah pulak berlakon. I dah la minat Mira Filzah. So tengok laa...

Tengok punya tengok. Best jugak cerita ni. Tambah tambah ada pulak Kaza dan Delimawati. Jadi lagi terhibur dengan loghat dan telatah diorang. Hehe

Cerita tu tajuknya Din Sardin, telemovie di tv9. Dilakonkan oleh:

  • Izzue Islam sebagai Din Sardin
  • Mira Filzah sebagai Che Ta
  • Niena Baharun sebagai Cik Murni
  • Kaza sebagai ayah Din
  • Delimawati sebagai mak Din

Din Sardin 2015

Cerita telemovie Din Sardin (2015) ni kisahnya berkisar tentang seorang kaki motor yang bernama Din. Dia seorang yang berlagak dan selalu buat hal kat jalan raya.

Sampai lah suatu hari tu, dia buat hal dengan seorang gadis ni. Din tunjuk eksyen bila gadis tersebut menegur kesalahannya di jalan raya.

Selepas daripada itu, din nak kena ambil lesen kereta setelah disuruh berkali kali oleh maknya. Sampai lah waktu nak test JPJ. Din terjumpa lagi dengan gadis tu.

Masa tulah baru dia tahu yang gadis yang dia bertekak haritu rupa rupanya JPJ. Baru tau nak cuak Din. Lagi cuak bila dia akan di test oleh gadis JPJ tersebut iaitu Che Ta.

Disebabkan Din banyak buat salah, Din tak lulus lesen. Berkali kali jugak la dia nak kena ulang test JPJ tu. Bila Din tak lulus lulus lesen dia tu. haha. Mak dia siap buat mandi bunga, bagi minum air tawar lagi. Haha..

Sudah ceritanya, akhirnya lulus la jugak lesen Din. Cerita habis dengan Din terpikat dan simpan perasaan terhadap Che Ta.

Cik Murni dan Che Ta

Disebabkan cerita Din Sardin tu mampu memikat hati beta... Maka terlayan la juga cerita Din Sardin yang lainnya. muehehe...

Lepas telemovie Din Sardin (2015) tu, ada satu lagi telemovie Din Sardin (2017).

Tapi takde kaitan pun. Takde kesinambungan pun. Tapi disebabkan watak Din Sardin (Izzue Islam) dan Che Ta (Mira Filzah) dikekalkan, I layan je la. haha.

Telemovie Din Sardin (2017) ni, pasal Che Ta dan JPJ nak menumpaskan masalah geng geng rempit. Dan Din merupakan kepala geng tu. Disebabkan Din ni dah terjatuh hati dgn Che Ta, dan Che Ta berjaya memujuk, memberi makna hidup kepada Din. Masalah rempit berjaya di selesaikan. Din pun dah berubah, dah nampak hala tuju hidupnya.

Maka bersambunglah telemovie Din Sardin (2017) ni dengan drama Ops Cinta Din Sardin (2017) 20 episod.


Kan Din dah ada tujuan hidup sekarang.. So, dalam drama ni berkisar tentang Din cari kerja dan sampailah jadi JPJ macam Che Ta. Lepas berjaya jadi JPJ, misi Din seterusnya adalah pikat hati Che Ta lah.. hihi

Nak tau macam mana cerita penuhnya, kena tengok lah.. hee
Kang I cerita, jadi berjela jela pulak.

Din Sardin jadi JPJ

Che Ta gadis JPJ

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Din dan Che Ta bersatu

  • Telemovie Din Sardin (2015) pasal Din ambil lesen kereta
  • Telemovie Din Sardin (2017) pasal geng rempit dihapuskan dan hubungan Din dan Che Ta makin rapat
  • Drama Ops Cinta Din Sardin (2017) pasal Din cari kerja dan berjaya jadi JPJ atas galakan dan saranan Che Ta.

4 Cadangan Breakfast untuk Orang Busy

22:20

Ni, sebelum i start bebel ni..
I nak tau lah jugak, kalau breakfast selalunya korang makan apa ye?

Ke memang tak ambil breakfast?

Untuk korang yang sentiasa busy, I cadangkan 4 jenis ni untuk breakfast yang mudah dibawa dan mengenyangkan korang





  • Biskut: (Belvita, Munchy's Oat Krunch)
  • Coklat: (Snickers, Kinder Country/Bueno, Mars)
  • Cereal Bar: (Kellogs, Nestle Fitness, Koko Krunch, Oat Bar, Quaker Chewy, Yogood Muesli Bars, Nature Valley Crunchy, Go Natural Breakfast Bars, Gulfood Energy Bar)
  • Roti: (Massimo, Gardenia, Mighty White, Top Baker) - macam macam jenis ada. Boleh pilih je.

Ni yang I tau laa.. Kalau korang nak tambah lagi, boleh la komen kat bawah.

Nanti I masukkan dalam list

Tapi yang selalu ada dalam handbag I mestilah Belvita. Memang mengenyangkan! 


movie

Cara Mudah Download Movie

16:05

Di petang yang hening ini,
Memandangkan cik Soobeey ni agak lapang sekarang..

Maka bermulalah hobi I yang tak berapa nak berfaedah ni kot. Haha.. Apa lagi tengok movie laaa..

Lagi lagi ada lubuk movie yang macam macam cerita ada ni. Mampu la memenuhi kehendak hantu movie macam I ni. hehe.

Sekarang I nak download movie Baby Driver (2017).

Tengok rating agak tinggi. Harap harap menarik la.

Oh ye, ni I share dari mana sumber I dapatkan movie. Nak download kot phone pun takde masalah.




I selalu jugak download kat phone je, senang nak tengok sambil baring. hehe.

Ni linknya, klik SINI untuk join.. Sumbernya dari Telegram.

Pesanan I,
Kalau korang nak download di handphone, pastikan

  • Line internet okay tanpa sebarang gangguan
  • Memory phone korang mencukupi untuk download movie.

Tengok saiz movie tu, berapa..
Kemudian tengok memory phone korang berapa banyak lagi tinggal.
Kalau macam tak cukup tu, pandai pandai lah korang clearkan cache phone korang tu dan delete la memana gambar dan video yang tak perlu. Contohnya gambar dari group WhatsApp, bukannya semua perlu kan..

Okay, tu saja perkongsian I setakat ni.
Selamat menonton

Semasa

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat

12:25

Innalillahi wainna ilaihi rojiun...

Bertarikh 14 September 2017, berita duka diterima.
Pagi ini kita dikejutkan dengan berita kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiah yang terletak di Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
Kebakaran itu telah meragut lebih 20 nyawa, 3 kritikal dan yang lain cedera.

Moga Allah tempatkan kalian di syurga Firdausi bersama sama dengan orang orang yang disayangi Allah.

Ini bukan kali pertama berita kebakaran pusat tahfiz yang kita dengar. Sebelum ni kebakaran pondok Pak Ya juga meragut banyak nyawa.

Apa yang dikesalkan kerana pihak pentadbiran tidak menitik beratkan faktor keselamatan. Mana mana pusat tahfiz kebanyakannya macam tu lah.

Tapi, telah tertulis untuk mereka berjumpa Ilahi hari ini.

Kematian mereka, Quran penuh di dada. Tapi kita? Macam mana pengakhirannya...

Moga kita berakhir dengan husnul khatimah. Takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat. Takziah juga saya ucapkan pada pihak pengurusan.

Moga kita sama sama ambil iktibar dari apa yang berlaku.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ 

“Kita milik Allah semata dan sesungguhnya hanya kepada-Nya semata kita kembali. (QS. Al-Baqarah [2]: 156).

اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah yang menimpaku, dan berilah aku ganti yang lebih baik daripada musibah yang telah menimpa.” (HR. Muslim, no, 918)

Marilah kita sama sama berdoa kepada keluarga mangsa kebakaran sebagaimana yang diajarkan

أَعْظَمَ اللَّهُ أَجْرَكَ، وَأَحْسَنَ عَزَاءَكَ، وَغَفَرَ لِمَيِّتِكَ

"Semoga Allah memberikan pahala besar untukmu, menguatkan ketabahanmu, mengampuni orang yang meninggalkanmu,

Dari Allah kita datang, kepadaNya jugalah kita kembali.



Alasan Tak Sempat Breakfast

05:17

Kehidupan seorang pelajar, korang pun tau macam mana kan.

Dengan kelas, assignment, perjumpaan dan macam macam hal lagi la. Segala aktiviti zaman belajar ni, I rasa masa makan I tak teratur.

Selalu skip breakfast sampai kadang kadang merasa lah kena serangan gastrik.

Kalau bab waktu makan ni kan, breakfast la yang paling penting. Orang nak kurus dan diet pun disarankan tak skip breakfast tau.

Breakfast ni tak perlu makan berat berat pun. Janganlah sampai makan nasik pagi buta tu nak. Ambil yang macam cereal, biskut, roti elok la untuk sarapan.

Jangan jadikan alasan tak sempat ye. No no no. I sendiri pun slalu cakap tak sempat sampai lah kena gastrik ha. huhu. Kesian perut I.

So, saranan I.. Cubalah macam mana pun untuk tidak skip breakfast. Alaa skrg semua dah mudah dan banyak pilihan yang jenis senang di bawa ke mana mana tu.

Breakfast I yang paling mudah, biskut! Biskut kan ada jenis pack kecik kecik tu. Senang. Sebelum keluar bilik, capai lah 1 pack, sumbat dalam beg. Dalam bas atau kereta sementara nak sampai tu, boleh lah makan. Hihi.

Carilah biskut yang mengenyangkan dan memberikan tenaga. Permulaan hari mesti nak kena bertenaga kan.

Okay, j

Nuffnang

Masalah Nuffnang Selesai!

01:25

Alhamdulillah....... Akhirnyaaa...

Iklan Nuffnang dah berjaya menembusi blog Soobeey.

Bila nampak je iklan Nuffnang keluar dekat blog, terus mulut ni mengeluarkan suara nyanyi

Alhamdulillah syukur nikmat, kepada Tuhan yang memberi rahmat

Syukur tak terkata lepas bermacam-macam cara buat. Kalau tak, dekat manage blog my Nuffnang tu, takde keluar tick warna hijau tu, walau dah berapa puluh kali mencuba copy paste code iklan tu. DI tengah malam yang dingin ni, usaha rombakan blog soobeey ni membuahkan hasil. Hasilnya macam gambar di bawah ni. Semua iklan dah berjaya melekat dalam blog.


Nuffnang bermasalah


Tengok bawah ni, satu iklan Nuffnang dah muncul. Suka tak terkata sampai tempek gambar kat sini sebagai bukti. haha.
Iklan Nuffnang dah keluar
Iklan Nuffnang

 Apa yang dapat I simpulkan, ceyh skema ngat aih macam buat karangan tips la kononnya

  • Rajin-rajin lah update blog kalau taknak Nuffnang merajuk, buat macam macam hal
Harini I buat lebih dari satu post, barulah nak melekat iklan ni. So, kalau korang tetiba jadi macam I ni, cuba lah try update blog banyak kali dalam sehari tu ye. Simple simple pun takpe.
  • Cek line internet korang. Kalau macam siput sedut tu, masalah besar jugak. Nanti loading tak sudah
  • Cek link blog yang sekarang tu sama tak dengan yang ditulis dalam manage blog Nuffnang tu
  • Update survey dekat manage blog Nuffnang tu. Lepas tu baru la copy paste code code iklan tu
  • Pastikan! Cek semua copy paste code iklan tu betul tak pada tempatnya. Double triple cek selagi tak yakin. haha
  • Kalau tak menjadi jugak, jangan malu malu bertanya pada Nuffnang sendiri. Tak reti bahasa Omputih, bahasa Melayu pun Nuffnang faham je. 

Ha, dah.. tu je kot I rasa.

Oh ye, lepas dah buat semua ni, nak tengok iklan Nuffnang korang berjaya ke tak menempatkan diri kat blog korang. I sarankan korang tengok tengah malam dalam pukul 1-5 pagi (waktu orang Malaysia tidur) haa.... masa masa macam tu dia akan muncul. haha.

okay tu saje, bebelan cik Soobeey harini.
I sayang Nuffnang. Tengok i taip Nuffnang pun mula denganhuruf besar tau. mueehehe. Setia yang amat. Sayangilah daku Nuffnang. Jangan merajuk lagi....



Followers

Total Pageviews

Google+ Badge