Kempen Derma Darah Kita Sama Hero

17:17

Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga Malaysia yang budiman..

JOM DERMA DARAH

Kempen Derma Darah hashtag kitasamahero atau nama lainnya adalah 'KitaSama Blood Donation Drive' merupakan kerjasama antara pihak Astro dan Pusat Darah Negara.

Kempen ini bermula pada 18 Julai 2017 hinggalah 29 September 2017. Untuk pengetahuan anda, kempen ini bergerak dari satu IPT ke IPT yang lain dan terbuka kepada seluruh warga IPT termasuklah orang awam.

Antara IPTA dan IPTS yang terlibat dengan Kempen Derma Darah Kitasamahero adalah:

Bulan Julai 2017
  • Universiti Multimedia (MMU) pada 18/07/2017
  • Kolej Methodist Kuala Lumpur pada 21/07/2017
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 24/07/2017
Bulan Ogos 2017
  • Kolej Taylor pada 01/08/2017
  • UniRazak pada 02/08/2017
  • The One Academy of Communication Design pada 10/08/2017
  • Kolej Saito pada 10/08/2017
  • Universiti Tun Abdul Rahman  (UTAR) Kampus Sg Long pada 12/08/2017
  • Universiti UCSI Kampus Kuala Lumpur pada 15/08/2017
  • Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) pada 21/08/2017
  • Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada 22/08/2017
  • Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC) pada 24/08/2017
Bulan September 2017
  • Universiti Binari pada 06/09/2017
  • Kolej Antarabangsa INTI, Subang pada 06/09/2017
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada 08/09/2017
  • Kolej Universiti KDU, Ultropolis, Glenmarie pada 13/09/2017
  • Universiti Perdana pada 14/09/2017
  • Kolej Asia Brickfield, PJ pada 18/09/2017
  • Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik (APU) pada 19/09/2017
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 25/09/2017
  • Universiti Malaya pada 26/09/2017
  • Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 28/09/2017
  • Universiti Teknologi Mara (UITM) pada 29/09/2017
*Info tarikh dan tempat dirujuk dari Astro

Hanya tinggal dua tempat sahaja lagi yang belum selesai iaitu UPM pada 28hb dan UITM pada 29hb ini. Kepada anda yang berada di sekitar kawasan tersebut, silalah berkunjung untuk menderma darah bagi mereka yang memerlukan. Jangan lepaskan peluang anda..

Darah yang kita derma boleh membantu mereka yang memerlukan seperti:
  • Pesakit kanser
  • Pembedahan dan pemindahan organ
  • Pesakit denggi
  • Mangsa kebakaran
  • Pesakit Talesemia
  • Mereka yang mengalami masalah darah dan hati
Kepada yang sudah menderma, TAHNIAH saya ucapkan.
Kepada yang belom.. mungkin kerana takut, cuba beranikan diri anda untuk menderma
Kita boleh, kita adalah HERO

Saya sudah! Jom sama-sama menderma 😊

kempen derma darah
Bakal Menantu B+

kempen derma darah
Siap dapat sijil dan cenderahati dari Astro lagi 😄

Saya tak mampu untuk sumbang pingat kepada negara tercinta,
Tapi saya mampu untuk sumbangkan darah kepada mereka yang memerlukan.

Kita tolong orang, InsyaaAllah nanti orang tolong kita balik.. Semoga Allah permudahkan urusan kita. Sumbangan darah ni mungkin nampak kecil pada sesetengah orang, tapi sangat besar ertinya pada mereka yang sangat memerlukan.

Kalau anda tak berkesempatan untuk menderma darah melalui kempen ini, anda boleh lihat pada laman sesawang Pusat Darah Negara untuk mengetahui destinasi seterusnya atau boleh singgah ke mana-mana hospital berdekatan atau anda juga boleh berkunjung ke MidValley Megamall, Lot 063, Tingkat 3, sebelah Daiso Japan.

Kalau tak cukup darah B positif, cari saya ye. Hikss... 😍

#kitasamahero



You Might Also Like

18 comments

  1. Teringin jugak nak derma darah sebab tak pernah derma. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la derma. Hehe. Tak sakit pun. Kalau takut jarum, jangan tengok masa cucuk tu. Hehe

      Delete
  2. darah B ye... akak darah A.... br sekali seumur hidup derma darah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. Akak darah A.. Jarang jarang jugak jumpa orang darah A. Hehe
      Boleh la kak.. Derma lagi. Hihi

      Delete
  3. ehhe. selalu g pdn je. makan2 free kkiki.

    ReplyDelete
  4. aira pun sebelum ni selalu jugak derma darah, aira darah 0+. BTW, aira baru masukkan soobeey dalam bloglist. keep in touch k!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai aira. Hihi.
      Soobeey tak masukkan aira dalam bloglist lagi. Nt Soobeey add. Baru berpeluang nk hadap blog. Hehe

      Oooh.. O+ selalu payah nak dapatkan.. Boleh la aira derma lagi. Hehe

      Delete
  5. Tak pernah cuba untul mnderma darah.huu sbb CR fobia tgok darah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.. Fobia.. Kalau fobia takleh la nak paksa,kang jadi lain pulak. Hehe.

      Takpe CR hero bahagian lain pulak. Hehe

      Delete
  6. heheh tak berani nk terjebak lagi.. tgk jarum pun dh cabut lari.. adehh

    ReplyDelete
  7. Kita lah hero! Jyeahh..x lepas2 lg nk derma drh buat kali kedua..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh yeke.. Kenapa tak lepas tu. Hehe. Tak cukup berat ke?

      Delete
  8. Semoga Allah membalas budi sis dengan mendermakan darah untuk menyambung nyawa yang lain.. =)

    ReplyDelete

Followers

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.