Althea A'Bloom Produk Terbaru di Althea

10:35

Althea A'Bloom produk baru panas-panas di Althea. Untuk yang belum mengetahui tentang Althea, Althea adalah satu gedung membeli belah secara atas talian yang memasarkan produk-produk kecantikan dan kosmetik dari Korea. Semua barang yang dijual di laman web Althea adalah berasal dari Korea.


Jikalau anda adalah peminat Oppa, ahjussi, K-
dan segala yang berkait dengan Korea, adalah menjadi satu kemestian untuk anda melawat laman web Althea dan membuat belian. Salah satu tarikan bagi Korea adalah orang-orangnya yang mempunyai kulit yang cantik. Selain daripada penjagaan makanan dan bersenam, orang-orang Korea juga sangat menjaga kulit mereka dengan menggunakan produk-produk yang memberi manfaat pada kulit.

Di Althea, produk-produk yang dijual di situ adalah produk yang berkualiti dan sentiasa up to date selain sentiasa memperkenalkan kepada pelanggannya produk-produk terbaru.

Untuk kali ini, Althea muncul lagi dengan produk terbaru iaitu Althea A'Bloom. Nak tahu apa yang ada dalam produk terbaru Althea A'Bloom ini? Wooww!!

Althea A'Bloom Keluaran Terbaru


Althea A'Bloom yang terbaru ini mempunyai 4 jenis item iaitu 4 jenis mask sheet yang berbeza fungsinya, giant meringue puff, 3 in 1 baby meringue puff dan yang paling unik BHA blackhead blaster.


4 Jenis Mask Sheet yang berbeza fungsinya

Menariknya mask sheet Althea A'Bloom yang bersaiz 25mg/0.88 oz ini adalah semuanya bersumberkan buah-buahan dan ilustrasi pada cover mask sheet ni juga sangat menarik dan pasti membuatkan anda tertarik.

1. Anti Blemish Peach Mask


Mask ini berfungsi untuk membersihkan serta melegakan kemerahan, kerengsaan dan kulit sensitif.

Kandungan ekstrak buah pic dan minyak tea tree pada mask sheet ini mampu untuk mengawal pengeluaran minyak, memberi kelembapan yang secukupnya pada kulit dan melembutkan serta melicinkan kulit. Di samping melindungi skin barrier untuk kulit tampak glowing.

Kandungan bahan-bahannya:
Prunus Persica (peach) fruit extract, Melaleuca Alternifolia (tea tree) leaf extract

Sesuai untuk: semua jenis kulit (terutamanya untuk jenis kulit berminyak)

2. Nourishing Avocado Mask


Mask Avocado ini kaya dengan antioksida untuk menyihatkan dan melindungi kulit dari keadaan persekitaran yang merbahaya serta mengelakkan kedutan pada kulit.

Kandungan ekstrak avocado dan bunga raya untuk melembutkan kulit sehingga tampak glowing.

Kandungan bahan-bahannya:
Adenosine, Persea Gratissima (avocado) fruit extract, Hibiscus Sabdariffa flower extract

Sesuai untuk: semua jenis kulit (terutamanya untuk jenis kulit kering)

3. Moisturizing Watermelon Mask


Sesuai dengan character watermelon iaitu buah yang banyak air, semestinya mask jenis ini membantu kulit untuk sentiasa lembap

Kandungan ekstrak tembikai yang ada pada mask ini ditambah dengan lavender mampu memberi keseimbangan kelembapan pada kulit yang menjadikan kulit kekal lembut dan anjal.

Kandungan bahan-bahannya:
Citrullus Vulgaris (watermelon) fruit extract, Lavandula Angustifolia (lavender) extract

Sesuai untuk: semua jenis kulit (terutamanya untuk jenis kulit kombinasi)

4. Brightening Lemon Lime Mask


Mask jenis ini berfungsi untuk mencerahkan kulit dan menghindari kulit dari kelihatan kusam.

Kandungannya lemon dan lime yang kedua-duanya kaya dengan vitamin C, mampu memudarkan bintik-bintik hitam dan kandungan green tea di dalamnya mampu membantu menenangkan kulit.

Kandungan bahan-bahannya:
Niacinamide, Citrus Limon (lemon) fruit extract, Citrus Aurantifolia (lime) fruit extract, Camellia Sinensis leaf extract

Sesuai untuk: semua jenis kulit (terutamanya untuk jenis kulit kombinasi)

Giant Meringue Puff


Berfungsi untuk meratakan sapuan foundation secara menyeluruh dengan cepat. Boleh digunakan secara kering atau dibasahkan terlebih dahulu. Material nya high density latex free foam menjadikannya sangat lembut dan sesuai digunakan pada semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.

Untuk kelihatan glossy, basahkan terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Jika ingin kelihatan matte pula, gunakannya secara kering.

3 in 1 Baby Meringue Puff


Saiznya yang kecil memudahkan untuk dibawa ke mana-mana. Fungsinya sama seperti giant meingue puff, bezanya hanyalah pada saiznya. Saiznya yang kecil memudahkan untuk sapuan pada kawasan seperti mata. Juga sesuai pada semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. Dan boleh digunakan secara basah ataupun kering.

BHA Blackhead Blaster


Yang ni unik dan menarik. Hilangkan blackheads dan whiteheads tanpa sebarang rasa sakit. Hasilnya pun cepat. Sangat mebakjubkan.


Cara pakai BHA blackhead blaster ni senang je. Basuh muka dan lap. Kemudian sapu BHA blackhead blaster ni pada tempat yang ada blackheads atau whiteheads secara bulatan. Untuk lebih berkesan, tuamkan bahagian tersebut dengan tuala suam supaya pori-pori terbuka.

Kandungan bahan-bahannya: Natural BHA (white willow bark extract), charcoal, apricot seed, tea tree leaf oil

Senarai harga produk Althea A'Bloom

1 Giant meringue puff RM11
3 baby meringue puff (in 1 box) RM15
1 BHA blackhead blaster (8g) RM19
All masks sheet RM2 each one

Tapi kalau nak beli mask byk terus pun ada. 1 paket ada 10 mask, harga hanya RM18. Murah tak murah? Murah kan. Serious talk, mask A'bloom ni memang best pakai. Dah la murah. Yang paling suka pakai moisturising watermelon mask. Segar je rasa muka.

Meringue puff A'bloom pun comel2 sangat. Warnanya pun cantik. Macam nak makan je. Lembut pulak tu.

Untuk pengetahuan, kesemua produk Althea A'Bloom ini adalah best sellers dan anda boleh dapatinya di bahagian Althea Exclusive. Ha, nampak tak kat mana dia berada? Bahagian ekslusif tau.

Apa yang saya suka apabila membeli-belah di Althea?

- bungkusannya kemas, rapi dan cantik
- penghantarannya cepat walaupun dari Korea
- barang samapi dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakan
- produk yang berkualiti dan murah
- promosi kaw kaw

Bagaimana caranya untuk membeli produk-produk Althea?

Senang sahaja, anda hanya perlu klik ke laman web ini atau anda boleh download application Althea di peranti pintar anda.

Selamat mencuba!

You Might Also Like

1 comments

Followers

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.