Jakel Ostia Bangi
02:04Assalamualaikum dan hai semua!
Harini nak berkongsi tentang Jakel baru.
Jakel adalah jenama yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia terutamanya ketika menjelang hari raya dan hari perkahwinan.
Jakel merupakan sebuah syarikat kain terulung, berkualiti dan digemari ramai. Jakel juga disebut sebut sebagai syurga kain. Sebut saja kain apa, pasti ada. Jakel dah berkembang maju sekarang. Bukan setakat kain je ada, servis menjahit dan pemasangan karpet atau langsir juga disediakan oleh Jakel. Senang kata semua yang melibatkan kain lah..
Untuk pengetahuan semua, Cawangan Jakel Bangi akan dibuka dan mula beroperasi pada hari Khamis, 25 Januari 2018.
Akhirnya Jakel bertapak juga di Bangi. Lokasinya yang terletak bersebelahan dengan Plaza Tol Bangi, pastinya memudahkan mereka yang menetap di Bangi, Kajang, Putrajaya, Seremban dan kawasan berdekatan dengannya untuk berkunjung.
Sebelum adanya Jakel Ostia Bangi ini, Jakel telah membuka tapak jualannya yang sementara di tanah lapang bersebelahan dengan Warta Bangi atau sekarang dikenali dengan nama KIP Mall.
Jakel cawangan Bangi ni saya rasa unik berbanding Jakel yang lain, sebabnya ia merupakan gedung kain yang menumpukan kepada kain bagi pakaian pengantin. Dan dengan ini Jakel Ostia Bangi bakal menjadi pusat pakaian pengantin terbesar di Malaysia. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jakel di atas pembukaan Jakel baru, yang ke-22.
Psst..
Jangan lepaskan peluang anda untuk menghadiri pembukaan/grand opening Jakel Ostia Bangi ye.. Siap ada penampilan istimewa Dato' Siti Nurhaliza lagi.
GRAND OPENING JAKEL OSTIA BANGI
Tarikh: 25 Januari 2018
Hari: Khamis
Jam: 10 pagi
Lokasi: Bersebelahan Plaza Tol Bangi
Sempena pembukaan ni mesti banyak hadiah dan promosi promosi yang menarik dan berbaloi kepada pengunjung dan pembeli. Jom ramai ramai serbu Jakel Ostia Bangi hari ini! Siapa yang nak kahwin tu, jangan lupa singgah ye..
Ingat kain, ingat Jakel!
Gambar kredit kepada Facebook Jakel
6 comments
Wahh, best laa org bangi. Banyak dah kemudahan dan mall yang best kan.
ReplyDeleteA'ah kak.. Hehe.. Bangi baru nak membangun. Mall pun baru je ada, baru buka. Takyah pergi Putrajaya dah. Hehe
Deletewow ! harini ke
ReplyDeleteA'ah.. Hehe.. Dah pergi dah.. Rambang mata dibuatnya. Dengan promosi kaw kaw. Happy hour lagi.
Deletesemalam bukak !!!! ya rabbi penuh kete lalu depan tu rupanya new branch. memang tidaklaa nak nyelit situ tapi nanti nak pi jugak. masuk Jakel tak sah kluar tak bawak pape hehe..
ReplyDeleteAlahai dah terlepas semalam sob3~
ReplyDelete