Kelebihan dan Kekurangan Penginapan Airbnb
19:44Korang suka melancong/travel?
Bagaimana korang mencari dan memilih tempat penginapan?
Hotel atau Airbnb?
Hotel semua dah sedia maklum macam mana. Tapi korang pernah tak menginap airbnb kalau travel memana?
Airbnb adalah suatu syarikat yang mengendalikan servis penginapan secara atas talian/online untuk memudahkan orang ramai mencari tempat penginapan dan memberi peluang kepada sesiapa untuk menjana pendapatan melalui sewaan rumah atau bilik untuk tempoh masa yang singkat. Mudah kata, airbnb ni macam hotel la jugak. Ada sistem yang tersendiri. Ada waktu check in, check out. Yang bezanya tempat penginapan tersebut dimiliki oleh orang perseorangan.
Apa yang huda suka dan menarik tentang penginapan Airbnb?
- Cantik, selesa dan bersih
- Macam rumah (kebanyakannya ada kelengkapan rumah yang lengkap seperti tv, microwave, water heater, iron, hair dryer, pinggan mangkuk, periuk, dapur, peti ais dan lain lain lagi)
- Selamat (ada pengawal dan ada access card untuk masuk dan menggunakan kemudahan yang ada dalam kawasan tersebut)
- Check in dan check out tak perlu jumpa sesiapa (host/tuan & penjaga rumah) melainkan kalau ada masalah
- Harga yang sangat berbaloi (kenapa berbaloi? Sebab harga lebih kurang harga hotel tapi ada kelengkapan macam kelengkapan rumah. Kebiasaannya tempat yang dijadikan penginanapan airbnb ni adalah kondo. So, kalau kondo korang boleh guna semua kemudahan yang ada kat kondo tu)
- Kalau takde orang book lepas hari kita book tu, kita boleh mintak late check out sampai sejam dua tanpa apa apa caj tambahan
- Dapat feedback daripada tuan rumah tentang kita. Tapi kita pun kena bagi feedback kepada tuan rumah tu juga, dan review apa apa je tentang penginapan kita di situ. Sebagai panduan kepada pengguna Airbnb yang lain. Ni antara feedback yang huda dapat daripada tuan rumah tempat yang huda pernah menginap
Apa yang huda kurang suka tentang penginapan Airbnb?
- Kena faham direction yang diberi dengan betul betul. (Arahan cara ambil kunci, pulangkan kunci dan pergi ke parking). Kalau host tu bagi arahan yang mengelirukan pening jugak nak mencari
- Disebabkan proses check in dan check out sendiri, korang kena ambil sendiri kunci dan access card mengikut arahan yang diberikan. (Selalunya kunci dan access card kena ambil dalam mail box kondo tersebut mengikut no rumah)
- Rasa macam main explorace nak dapatkan kunci, nak ke parking, nak pulangkan kunci. Kalau korang faham arahan yang diberi, jumpa kunci, jumpa parking..Syabas, You did it! Korang memang bijak dan cerdas.
Kalau korang bukan jenis yang penyabar, huda sarankan check in hotel saja la.
Untuk mendaftar akaun Airbnb, boleh klik di sini .
Tips ringkas check in Airbnb
- Kalau nak respon yang cepat, pilih instant book
- Selaraskan harga mengikut kemampuan kita. Lagi senang nak cari ikut poket korang
- Tick entire place kalau kita nak satu rumah (kalau tak, carian akan tunjukkan jugak tempat yang sewa bilik sahaja). Kalau nak privacy mestilah satu rumah terus kan
- Kalau tak faham atau kurang jelas dengan arahan yang diberikan, jangan segan silu untuk bertanya. Tanya je terus, takde masalah
- Kalau masa book dinyatakan ada wifi, tapi bila korang dah check in, takde pun password wifi diberikan, jangan segan atau takut takut nak text host. Mintak dengan dia password wifi tu.
Okay, tu je nak kongsi setakat ni. Kalau korang betul betul kaki travel, nak bercuti, pilihlah Airbnb. :)
Ada apa apa tak faham tentang Airbnb, boleh tanya huda.
*Acah expert sangat la pulak. Haha
6 comments
Tq kongsi.huda
ReplyDeleteSama-sama Cik Ash :)
Deletebaru lepas travel guna airbnb buat pertama kali ketika ke penang baru ni. memang best. Dahlaa murah , dengan host yang sporting pula tuu.. Dan sangat suka pada konsep rumah yang kita boleh pilih.
ReplyDeletebest kan.. Murah tapi cantik.. kalau dapat host sporting lagi la best! hehe
DeleteTapi biasanya host memang sporting. Berbaloi kan.. hihi
Hi huda..sy first time nk try..xpi mase nk booking tu..dye ade minta zip code..mana nk dpt zip code tu ye😅
ReplyDeleteHi unknown, sorry sangat lambat reply. tak keluar notification.. zip code tu adalah poskod kita. yang 5 angka tu. contoh 43600, poskod untuk Bangi. =)
Delete