RenoSkin Medic Serum Melegakan Gatal Ekzema

11:16

Korang selalu tak gatal gatal kulit?
Pengalaman sendiri berhadapan dengan masalah ekzema. Ya Allah... Tuhan saja yang tahu betapa gatalnya. Rasa macam nak toreh toreh dengan pisau je tempat gatal tu. Tapi takde la buat macam tu. Huhu. Tapi... Kalau garu garu biasanya memang sampai berdarah la. Mana tak buruk rupa kulit.

Gatal ekzema ni jadi lagi teruk bila kulit terlampau kering sampai kulit tu macam tanah tandus. Berkeping keping. Merekah.

Ekzema ni ada dua jenis, ekzema basah dan ekzema kering. Ekzema basah ni sejenis kegatalan pada kulit yang mengeluarkan cairan seperti nanah dan sentiasa dalam keadaan basah dan bernanah.
Ciri-cirinya timbul biji biji yang mengandungi nanah di dalamnya.

Ekzema kering ni pulak sejenis kegatalan pada kulit yang tidak mengeluarkan cairan. Kulit menjadi sangat kering dan merekah.
Ciri-cirinya, kulit menjadi merah, menebal dan bersisik

Ekzema basah lebih rumit sebab gatal dan sakit tapi tak boleh nak menggaru. Kalau garu dikhuatiri boleh menyebabkan  biji biji mengandungi nanah pecah dan melambatkan proses untuk baik. Ekzema kering memang sedap la menggaru.. Sampai boleh berdarah ha..

Kawasan yang sering terjadinya ekzema adalah pada bahagian kaki, peha, muka dan kepala. Ekzema basah kena ikhtiar untuk keringkan dulu bahagian ekzema basah tu dulu. Kalau ekzema kering kena ikhtiar lembapkan kulit.

Punca Ekzema
Ekzema boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti alergi makanan (telur, udang, kacang, ikan, kerang, susu dan sebagainya), alergi cahaya matahari dan lain lain lagi.

Malah ekzema kebiasannya akan menjadi bertambah teruk jika terkena debu, sabun yang tidak sesuai, minyak wangi, klorin dan lain lain. Jadi, kenali punca pencetus ekzema agar kegatalan ekzema dapat dielakkan. Lain orang, lain punca pencetusnya.

Jadi, huda dapat solusi untuk masalah ekzema dan kulit sensitif ni dengan minyak. Setakat pakai ni, alhamdulillah la, kulit jadi kurang gatal dan kurang kering. Pencapaian yang baik la setakat ni. Takde garu garu sampai berdarah. Minyak ni adalah antara benda wajib ada dalam handbag huda. Pergi mana mana wajib bawa. Haru kalau takde. Hukhuk. Oh ya, huda punya gatal jenis ekzema yang kering.

Sebelum ni, cara huda atasi masalah gatal ekzema ni.. Bila keadaan terlampau gatal..
Huda akan basuh tempat gatal tu dengan air hangat (kononnya nak matikan kuman kuman). Kemudian lapkan dengan tuala kering yang bersih. Lepas tu sapu losyen. Boleh la lega kejap.. Hehe

Sekarang sejak dah ada minyak ni tak guna dah cara rumit yang selalu guna tu. Hehe.

Penawar ekzema

Ni lah minyak yg huda cakap tu. RenoSkin Medic Serum. Huda panggil minyak sebab memang sejenis minyak pun. Tapi tekstur minyak ni, tak berminyak dan melembapkan kulit. Baunya pun best! Bukan bau macam minyak urut yang selalu tukang urut zaman dulu dulu guna tu.

Kenapa huda selesa dan suka minyak ni?
- 100% dihasilkan dari bahan semula jadi
- ‎Bebas steroid
- ‎Dihasilkan melalui penyelidikan saintifik oleh pakar bio-kimia
- ‎Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- ‎Tidak memedihkan kulit
- ‎Baunya yang unik
- ‎Harganya yang berpatutan

Bahan yang terkandung dalam RenoSkin Medic Serum
- ekstrak buah zaitun
- ‎herba semula jadi rosemary
- ‎minyak kelapa dara asli

Selamat ke?
Diyakini selamat untuk digunakan. Jangan risau, minyak ni didaftarkan di bawah kilang bertaraf GMP dan mendapat kelulusan KKM. Ni nombor pendaftaran KKM bagi RenoSkin Medic Serum NOT 161106450K.

Testimoni



Berapa harga RenoSkin Medic Serum?
RenoSkin Medic Serum ni datang dalam bentuk botol yang mudah digunakan. Hanya perlu picit sahaja. Satu botol mengandungi 80ml dan harganya hanya RM65 (semenanjung), RM69 (Sabah dan Sarawak).

Mana nak dapatkan RenoSkin Medic Serum ni?
Boleh berhubung di nombor ini (016-4907155) untuk sebarang pertanyaan dan pembelian atau ingin menjadi agen atau stokis.

Korang ada masalah kulit? Cara korang nak hilangkan gatal tu pulak macam mana?

Boleh la cuba yang versi minyak ni pulak ye. InshaaAllah kita ikhtiar, Allah yang sembuhkan.

You Might Also Like

2 comments

Followers

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.