Review: Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream

23:16

Hai.. Harini soobeey rajin nak kongsi tentang sejenis produk krim pelembap yang agak bagus. Krim apa tu?


Untuk pengetahuan umum (taknak tahu pun takpe, tak penting haha), kulit soobeey jenis combination, kadang-kadang kering, kadang-kadang berminyak. Jadi soobeey memang akan elakkan guna produk yang melekit dan berminyak. Tak selesa kalau melekit dan berminyak. Jerawat pun senang nak keluar. Sebelum ni huda guna pelembap dari Neutrogena yang memang khusus untuk combination skin. Sepanjang pakai memang takde masalah. Memang jerawat pun taknak keluar dan kulit tak melekit macam pakai losyen tu. Kali ni, soobeey tukar pelembap lain pulak. Saja-saja nak alih rasa. hehe.. Krim pelembap yang soobeey pakai sekarang, ni haa kat bawah ni.. Ada yang pernah pakai?

Product Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream ini terdapat dalam dua saiz di pasaran, saiz kecil mengandungi 28gm manakala saiz besar 110gm. Yang soobeey beli ni bersaiz kecil. Senang nak bawa pergi mana-mana.

Moisturizing Cream

Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream
Berat 28g
Made in the U.S.A
Boleh didapati di Watsons atau Guardian
Harga RM19.30 tapi boleh dapat lebih murah kalau beli di Watsons dengan member card Watsons. 

Apa yang dinyatakan pada produk Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream ini?
  • Mengandungi Vitamin E (1000 I.U. d-Alpha Tocopheryl)
  • Menghasilkan dan mengekalkan kesihatan kulit
  • Membantu mengembalikan nutrien bagi kulit kasar
  • Melembutkan kulit
  • Melembapkan kulit
  • Melindungi kulit daripada matahari dan angin
  • Tidak Melekit
  • Tidak berminyak


Abaikan kulit tangan I yang penuh dengan pigmentation tu.. Acah macam minah saleh la pulak 😅
Tapi haa.. macam tu la krimnya. Warna putih, pekat tapi tak melekit dan cepat resap pada kulit.


Memandangkan krim pelembap ini mengandungi Vitamin E (1000 I.U. d-Alpha Tocopheryl), dan Vitamin E merupakan antioksida, jadi ia memang berkesan menghilangkan parut dan jeragat. Ingat ye, Vitamin E boleh menghilangkan parut dan jeragat. Kuncinya kena rajin je.

Ok, mungkin ada yang tak tahu apa itu Vitamin E (1000 I.U. d-Alpha Tocopheryl). Vitamin E (1000 I.U. d-Alpha Tocopheryl) adalah vitamin yang bersumberkan dari minyak soya ataupun gandum. Fungsi utama Vitamin E adalah untuk melawan radikal bebas dan melindungi kulit dari kesan penuaan. Memandangkan kita sekarang banyak terdedah dengan UV dan pelbagai pencemaran alam serta kotoran-kotoran di sekeliling, penggunaan Vitamin E setiap hari adalah sangat penting! Kalau taknak cepat nampak tua la..


Review dari soobeey
sendiri selepas menggunakan krim pelembap Organic Aid Vitamin E:

Krim pelembap Organic Aid Vitamin E ini sangat berkesan menghilangkan parut dan melembapkan kulit kering. Texture krim ni agak tebal... tapi tapi.. bila sapu je pada kulit tak rasa tebal pun dan memang kulit jadi lembut sangat. Dan yang paling pentingnya memang seperti yang dinyatakan, krim ni memang tidak melekit dan tidak berminyak.  Cumanya bila dah tengahari tu je rasa berminyak sikit pada T-Zon. Tapi takde masalah.. Lagipun tengahari kan memang nak kena cuci muka, ambil wuduk. 

Kebiasaannya soobeey guna krim ni dua kali sehari iaitu waktu pagi lepas mandi pagi dan waktu malam sebelum tidur. Tapi kalau ada hari yang kulit huda jadi kering dan menggelupas, soobeey akan sapu krim ni juga. Cepat baik balik. Kulit soobeey kadang-kadang jadi menggelupas dan kering salah satu puncanya adalah pakai pencuci muka yang jenis foam/berbuih, memang kulit soobeey akan menggelupas di kawasan pipi, hidung dan dahi. Siapa yang jenis kulit kering elakkan pakai pencuci muka jenis berbuih ye. Kalau boleh cek dulu pH pencuci muka tu, jangan sampai boleh menambahkan masalah dan merosakkan kulit kita.

Untuk krim ni, soobeey bagi rate 8/10. Korang patut cuba!

Peringatan:

Oh ye, disebabkan bekasnya macam tu, jadi kebersihan amatlah perlu dijaga. Pastikan tangan betul-betul bersih sebelum mencalit krim tu. Dan disebabkan krim pelembap ini tiada SPF (Sun Protection Factor) yang boleh melindungi kulit kita dari sinaran UV matahari, jadi sangatlah perlu untuk pakai sunblock atau sunscreen. Kalau yang krim yang ada SPF, kita digalakkan pakai sunblock, inikan pula yang tiada SPF.


Patut cuba produk ini sebab:

  • Harganya berpatutan dan berbaloi
  • Tidak melekit dan berminyak
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Ada saiz kecil dan ringan untuk dibawa ke mana-mana
  • Berkesan melembapkan kulit dan menghilangkan parut
  • Kulit jadi lebih lembut


Jom kongsi, korang pakai pelembap apa?
Mana tau, nanti soobeey nak tukar yang lain pulak, boleh masuk dalam list.
Apa krim pelembap kegemaran korang? 

You Might Also Like

2 comments

  1. Wah tq sgt2. Kak sya baru nak Cuba produk ni harap sesuai dgn kulit kak sya.

    ReplyDelete
  2. kulit sobey sama mcm saya lah. cuci muka jenis berbuih, kulit mengelupas jugak, pastu saya tukar milk cleanser, jadi okey. saya mcm nak try moisturizer nih tapi takut😅

    ReplyDelete

Followers

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.