Jumlah Sumbangan Tabung Harapan Malaysia Mengejutkan!

17:33

Berita Terkini pada 31 Mei 2018 pada jam 3 petang, sebanyak RM7,075,508.79 telah dikumpul dalam Tabung Harapan Malaysia yang hanya bermula dari RM100.


Bermulanya penubuhan Tabung Harapan Malaysia ini adalah apabila
seorang rakyat Malaysia yang prihatin telah menulis surat kepada Jabatan Perdana Menteri yang bertajuk 'Sumbangan Ikhlas bagi Membayar Hutang Negara Malaysia' bersama wang bernilai RM100 sebagai sumbangan dalam membantu kerajaan menyelesaikan hutang negara.

sumbangan bagi hutang malaysia
Pencetus Penubuhan Tabung Harapan Malaysia


Ekoran 
sumbangan yang diberikan oleh Sabahbathi Rajalingam, dan hutang negara yang mencecah RM1 trilion, ramai rakyat Malaysia yang prihatin juga turut ingin mengikuti jejak langkah beliau dan mencadangkan kerajaan membuka satu akaun khusus untuk rakyat Malaysia bagi menyalurkan sumbangan kepada kerajaan.


Dan semalam, Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng telah mengumumkan penubuhan Tabung Harapan Malaysia bagi memudahkan rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan dan mengelakkan penipuan.
            penubuhan tabung harapan malaysia


Bagi sesiapa yang prihatin, dan ingin memberikan sumbangan demi membantu kerajaan bagi menyelesaikan hutang negara, satu akaun khusus telah dilancarkan pada 30 Mei 2018 bagi mereka yang berbesar hati untuk memberikan sumbangan kepada Malaysia. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun seperti di bawah:



account tabung harapan malaysia





Menteri kewangan menyatakan akan mengumumkan jumlah wang hasil sumbangan rakyat Malaysia setiap hari pada jam 3 petang. Untuk mengetahui update terkini jumlah sumbangan Tabung Harapan Malaysia boleh follow akaun twitter @HafizAWANI.

Selain itu, menurut menteri kewangan Malaysia, sumbangan kepada Tabung Harapan Malaysia boleh diberi pengecualian cukai individu dan syarikat tanpa had dengan syarat mereka yang menyumbang mestilah menyimpan resit sumbangan tersebut.


Anda rakyat prihatin?
Tak mampu sumbang, doakan kesejahteraan Malaysia dan umat Islam.
Sumbangan ini bukanlah satu kewajipan. Nama pun sumbangan kan.. Tapi ternyata, rakyat Malaysia sangat bermurah hati dan berjiwa patriotik. Syabas! 

You Might Also Like

4 comments

  1. rakyat prihatin.. sama sama kita bersihkan nama negara kita. sama2 kita bangunkan balik. berapa pun sumbangan insyallah ada sahamnya disana kelak =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah.. Alhamdulillah.. Semoga semuanya makin baik.. =)

      Delete
  2. terkejut gak bila wujud tabung ni. harap semua dipermudahkan untuk malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Dalam masa beberapa hari je, dh banyak tu dikumpul.. Amiin.. =)

      Delete

Followers

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.