Filem Operasi X Sinopsis dan Review

22:05


Yeay! Akhirnya dapat jugak tengok filem lakonan artis-artis terbaik dan meletop Malaysia. Hari Selasa haritu masa cuti Deepavali, berkesempatan juga meluangkan masa menapak ke GSC Mid Valley. Sampai-sampai je di GSC, tak cari cerita lain dah.. Dalam kepala memang dah set, nak tengok Operasi X. First tarikan nak tengok cerita ni sebabnya ada Dato’ Awie. Setakat ni lakonan Awie tak pernah mengecewakan. Walaupun cerita ni cerita aksi, tapi aku dah boleh rehatkan kepala aku dari berfikir bila tengok ada Awie. Dah boleh tahu, cerita ni takkan mengecewakan, takkan buat aku stress, tak buat banyak fikir. Eloklah tu, memandangkan hari cuti mestilah nak santai-santai je kan. Cerita ni bukan cerita aksi penuh tau, tapi cerita yang mengandungi aksi yang tidak terlalu berat.


Kalau korang masih belom tengok, jangan berlengah lagi untuk dapatkan tiket Operasi X sekarang! Ceriakan hari dengan filem hasil karya tempatan yang tidak akan mengecewakan. Tengok Official Trailer Operasi X dulu seround.


Meet my ex roomate

Meh aku share sinopsis filem Operasi X ni.

SINOPSIS



Filem Operasi X terbitan Dream Pictures Production, yang dibintangi barisan pelakon legend dan pelakon baru yang terkenal di Malaysia iaitu Dato Aaron Aziz, Dato Awie, Datuk Yusof Haslam, Hanna Aqeela, Hairul Azreen, Hefny Saad, Nasir Bilal Khan dan ramai lagi. Filem ini berkisarkan tentang realiti kehidupan polis yang perlu sentiasa bijak dan berhati-hati dalam menjalankan tugas serta realiti di kebanyakan negara termasuklah Malaysia iaitu kewujudan geng kongsi gelap dan pengedaran dadah. Andai tersilap langkah, nyawa orang tersayang boleh tergadai.


Filem Operasi X ini adalah sebuah filem hasil karya penulisan skrip oleh Atiqah Jani yang memaparkan kisah penuh emosi tentang persahabatan, cinta, kekeluargaan, pengorbanan dan tugas yang harus diselesaikan. Dalam cerita ini, Aaron Aziz sebagai ASP Redzuan telah kehilangan sahabatnya dari kecil iaitu Inspektor Aman yang telah terbunuh di depan matanya sendiri ketika dalam tugas menyelesaikan satu kes. Kehilangan sahabat membuatkan ASP Redzuan rasa serba salah yang menebal di dalam diri kerana tidak dapat menyelamatkan sahabatnya dan ini telah memberi tekanan kepada dirinya. Lalu ASP Redzuan membuat keputusan untuk meninggalkan tugasnya dan memutuskan untuk membawa diri ke sebuah pulau dan segala bentuk komunikasi dengan dunia luar juga diputuskan. Identitinya sebagai anggota polis juga dirahsiakan dari pengetahuan orang sekeliling.


Di Pulau tersebut, Redzuan telah tertarik dengan seorang gadis pulau yang sangat ayu dan cantik. Sesuai dengan namanya, Cikgu Ayu. Dia telah membuat keputusan untuk menjadikan Cikgu Ayu sebagai suri hidupnya dan telah melamar cikgu Ayu. Sedang Redzuan memencilkan diri di pulau yang indah tersebut, jauh dari segala kekusutan dan dunia kejar mengejar, Geng Belut yang diketuai oleh Belut iaitu Awie makin aktif dalam aktiviti kongsi gelap dan pengedaran dadah.


Bukan Redzuan sahaja yang kehilangan orang tersayang, malah Belut juga kehilangan adik kesayangannya yang terkorban bersama-sama dengan Inspektor Aman dalam satu pertempuran yang sama. Sebagaimana Belut, Redzuan juga menyimpan dendam dengan pembunuh orang kesayangannya. Sehinggalah Dato’ Mokhtar dan DSP Anwar dari Bukit Aman datang menemui Redzuan di pulau yang didiaminya setelah sekian lama menjejakinya. Kehadiran Dato’ Mokhtar dan DSP Anwar telah membongkarkan dalang yang mengakibatkan kematian sahabatnya.


Selain itu, kehadiran mereka adalah untuk menjemputnya pulang bagi mengetuai satu operasi rahsia untuk menumpaskan Geng Belut yang mempunyai perkaitan dengan dalang kematian sahabatnya. Operasi itu adalah operasi rahsia yang dinamakan sebagai Operasi X dan dianggotai oleh mata-mata yang terlatih dengan kepakaran masing-masing iaitu Janggut si hacker, Nash pakar penyamaran, Pablo terlatih dengan seni mempertahankan diri dan Ali Mat pemandu handalan.


Sinposis dan Review Operasi X

Apa yang menariknya filem OPERASI X?


Dari segi teknikal, gambar dan bunyi.. Aku memang kagum betul dengan cerita ni.. Memang puas hati sistem bunyi dia.. Gambar pulak serius cantik! Tak terkira aku berapa kali aku puji gambar cantik masa tengah tengok cerita ni. View dan angle memang superb! Oh, sebut pasal view.. View dalam cerita ni yang dekat pulau tu cantik betul. Teringin nak pergi.. tenang je tengok..


Dari segi lakonan pelakon-pelakon, memang tidak dapat dinafikan lagi semuanya berpengalaman dalam bidang lakonan dan pandai memainkan watak masing-masing. Dalam cerita ni, aku paling suka dengan watak Belut. Lagi menggelegak gelak bila Belut mengata kat Awie, lelaki poyo. Selain Belut, aku suka watak dan perwatakan mata-mata ahli operasi x tu. Best pulak tengok jadi mata-mata macam tu, tapi pasti risikonya sangat tinggi.


Dalam wayang tu, awal awal cerita tu main semua dah berdekah gelak.. Nampak tak nampak betapa menariknya filem operasi X ni.


Nak tahu apa itu Operasi X?
Bagaimana Operasi X beroperasi?
Apa tugas mata-mata Operasi X?
Macam mana dengan lamaran Redzuan kepada Cikgu Ayu?             
Siapakah dalang kematian sahabat ASP Redzuan dan adik Belut?


Kenalah tengok kesudahannya macam mana..
Selamat menonton! Dah tengok jangan lupa komen.


You Might Also Like

1 comments

  1. tak sempat pergi filem ni hihihi menarik jer bca review

    ReplyDelete

Followers

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.