TRAILER OPERASI X MOVIE FILEM TERBAIK 2018 DARI DREAM PICTURES PRODUCTION RAIH RATUSAN RIBU JUMLAH TONTONAN DI YOUTUBE

19:09


Dream Pictures Production telah melancarkan satu filem aksi terbaru 2018 yang gempak berjudul OPERASI X dan ia telah ditayangkan serentak di semua pawagam Malaysia bermula pada 1 November 2018. Sebelum tengok apa-apa wayang, perkara wajib yang mesti dilakukan adalah tengok trailernya dan kena tengok siapa yang terlibat dalam lakonan itu. Dari trailer kita akan nampak gambaran sesebuah filem itu berbaloi dikorbankan duit untuk ditonton atau tidak kan? Saya dah tengok trailer filem Operasi X. Sah-sah semua pelakon filem Operasi X ni hebat-hebat dengan penampilan istimewa Datuk Yusof Haslam lagi. Dari pandangan saya, boleh dikatakan ini adalah TRAILER OPERASI X MOVIE FILEM TERBARU 2018 YANG GEMPAK! Ia sebuah filem aksi yang menarik dan mendebarkan. Dijangkakan filem Operasi X ini filem aksi terbaik 2018. Satu tarikan saya dari trailer yang berdurasi 1 minit 23 saat itu adalah kata-kata yang keluar dari mulut Awie yang melakonkan watak sebagai ketua Geng Belut iaitu “The King of The Smugglers”. Ada apa dengan The King of The Smugglers ni, kena la tengok cerita penuhnya.


Memandangkan filem ini adalah gandingan antara Awie dan Aaron Aziz sebagai pelakon utama, timbul persoalan ADAKAH OPERASI X MOVIE FILEM TERBAIK 2018 GABUNGAN AWIE DENGAN AARON? Saya jangkakan filem ini adalah sebuah filem hebat yang kerana ia dibintangi barisan pelakon yang hebat dan banyak pengalamannya dalam industri perfileman iaitu Dato Aaron Aziz, Dato Awie, Datuk Yusuf Haslam, Nasir Bilal Khan , Hairul Azreen, Hefny Sahad dan ramai lagi. Bukan calang-calang pelakon filem Operasi X ini. Semuanya pelakon otai dan hebat-hebat. Ditambah pula filem ini adalah sebuah cerita aksi yang diinspirasikan daripada kisah benar iaitu kisah rompakan besar di Pulau Pinang.


Operasi X


Satu perkara lagi yang buat saya tertarik dari trailer filem Operasi X ini adalah pada muzik dan sound effect dalam cerita tu. Memang BOOM! Lagu OST Operasi X (Lari) dinyanyikan oleh Dato Awie dan McFaz ni pun best juga. Cari je kat youtube, di channel Dream Pictures Production. Setakat hari ini 03 November 2018, lagu “Lari” nyanyian Awie untuk filem Operasi X ini sudah mencecah 13K jumlah tontonan. Apa yang mengejutkan lagi, jumlah tontonan trailer Operasi X hingga ke hari ini sudah mencecah sebanyak 155K. Ini yang membuatkan hati lagi meronta-ronta nak pergi tengok Operasi X.


Walaupun saya tak tengok lagi cerita ni, tapi saya nak ucapkan tahniah dan syabas terlebih dahulu kepada tulang belakang filem Operasi X ini yang terdiri daripada team production dan pelakon-pelakon, kerana mampu menghasilkan filem yang dijangkakan boleh menarik minat ramai orang terutamanya mereka yang sukakan filem jenis aksi.


TULANG BELAKANG FILEM OPERASI X:

Pengarah: Sandosh Kesavan
Penerbit Zarina Sham
Penerbit Eksekutif: Ali Nathan Latiff
Kesan Khas: Fly Studio
Pereka Bunyi: El Praga
Penyunting: Elson Tommas
Muzik: Jay
Pengarah Fotografi: Norhanisham Muhammad
Seni: Muhammad Faisal Othman
Skrip: Atiqah Jani


INFO FILEM OPERASI X:

Bahasa: Melayu
Sari kata: Bahasa Inggeris
Kategori: P13
Tarikh Mula Tayangan: 01 Nov 2018
Jenis: Aksi / Jenayah
Durasi: 1 Jam 47 Minit


Selamat menonton! Dah tengok jangan lupa komen.


You Might Also Like

2 comments

Total Pageviews

RESUME KREATIF UNTUK TEMPAHAN

RESUME KREATIF UNTUK TEMPAHAN
Senang Dapat Kerja Pakai Resume Kreatif

Google+ Followers

Followers

Warga BPT