Movie Tempatan Paling Best 2018

17:23

Selamat Tahun Baru 2019!

Sempena tahun baru 2019 ni, aku nak flashback sikit movie tempatan sepanjang tahun 2018.

Senarai movie tempatan pada tahun 2018 yang dapat menarik perhatian ramai:
-Busker
-Makrifat Cinta
-Munafik 2
-Polis Evo 2
-Hantu Kak Limah
-Paskal
-Dukun
-KL Special Force
-Pulang
-Badang
-Crossroads: One Two Jaga
-Gol & Gincu 2
-Lee Chong Wei: Rise of The Legend
-Qhaliq
-Rise: Ini Kalilah
-Langsuir
-Operasi X
-7ujuh

So antara semua ni.. Pada pendapat dan pandangan empat mata aku, movie Malaysia yang paling best pada tahun 2018 adalah PASKAL.

So this is my review for PASKAL movie. The best movie for 2018.

PASKAL


Sebab utama aku rasa movie ni paling best mestilah sebab genre nya. Action movie. Cerita aksi aksi ni memang aku suka. Cerita action Malaysia yang paling menjadi menurut aku.

Sebab lain aku suka movie ni, banyak pengajaran yang boleh dapat dari movie ni seperti nilai pengorbanan, kasih sayang, persahabatan, kerja berpasukan dan lain-lain lagi.

Berkorban untuk negara dan terpaksa berkorban tinggalkan keluarga.. Haa ni satu lagi yang aku suka tentang paskal. Di samping pengorbanan dan perjuangan untuk negara, paskal turut menyelitkan elemen kekeluargaan.

Elemen kekeluargaan selalunya memang berjaya buat hati tisu macam aku ni tersentuh. Lagi lagi kalau melibatkan mak ayah. Huhu. Sedih weh.. Mak sorang2 kat rumah takde orang jaga.. Sakit pulak tu.. Siap dah tempah tanah kubur lagi. Huhu

Adat bila dah kerja sebagai pelindung dan penyelamat negara, semestinya akan bergerak dan berkerja dalam team. Bila bekerja dalam team, keakraban tu mesti terjalin. Elemen persahabatan juga dipaparkan dalam movie paskal ni. Sekali lagi aku rasa sebak bila elemen persahabatan muncul dalam movie ni. Sahabat yang sanggup berkorban, mempertaruhkan nyawanya untuk melindungi sahabatnya. Sedih part orang ketuk pintu, then wife joshua bukak pintu.. sambut tamu yang kat muka pintu dengan tangisan bila tengok barang husband dia. Sebak weh.. Sebab aku pun ada sahabat yang sanggup susah senang, ringan tulang untuk tolong, selalu ambik berat.. mau tak sebak. Terkesan la jugak kat aku.

Secara keseluruhannya movie paskal ni memang tidak membosankan dan sarat dengan nilai nilai murni yang boleh diambil sebagai iktibar. Harap harapnya adalah paskal 2 pulak nanti. Movie ni memang buat mata aku berair. Tak bergenang dah, tapi mengalir terus.

Kesimpulannya hati aku tisu atau memang movie ni bagus? Haha
Jawapan aku, kedua duanya 😁.

Korang pulak? Sepanjang 2018, movie tempatan mana yang korang rasa best?



You Might Also Like

3 comments

Followers

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.