11 Kebaikan Minuman Air Sarang Burung Walet yang Berbaloi Diamalkan

16:40

Minuman air sarang burung Walet merupakan sejenis minuman tradisi masyarakat Cina yang dipercayai mempunyai banyak khasiat dari segi kecantikan dan kesihatan.


Diketahui umum, sarang burung Walet terhasil melalui air liur burung yang kemudiannya mengeras bila terkena udara. Ia menjadi makanan tambahan dalam mengekalkan keremajaan kulit, menguatkan sistem imun badan, membaiki masalah dalaman dan banyak lagi selain ianya bagus untuk kanak-kanak dan wanita mengandung. Amalan meminum air sarang burung ketika hamil dipercayai boleh menguatkan badan ibu dan anak di dalam kandungan.


Kandungan Mineral yang didapati pada Sarang Burung Walet:

- Antioxidants
- Amino acids
- Collagen
- Carbohydrate (glycoprotein, mucin)
- Iron
- Inorganic salt (potassium, sodium, calcium, magnesium, sulphur, phosphorus, silica, etc)
- Fiber


11 Manfaat Minuman Sarang Burung Walit:

1. Awet muda
2. Menguatkan sistem ketahanan badan
3. Menguatkan ingatan atau memperbaiki memori
4. Meningkatkan keupayaan penyerapan kalsium
5. Membantu memperbaiki masalah penghadaman
6. Mempercepatkan proses pembaikan luka pembedahan
7. Membantu menguatkan tulang
8. Merangsang pembentukan tisu
9. Kesihatan mata
10. Mengurangkan batuk
11. Menyegarkan badan


Siapa nak kekal muda, nak awet muda, nak kulit tegang toink toink, glowing bersinar sinar tu, bolehlah mula mengamalkan minuman air sarang burung Walit. Boleh buat sendiri di rumah atau beli yang dah siap untuk diminum.


Minuman air sarang burung siap untuk diminum antaranya:

Bird's nest drink


Bird nest drink


Air minuman sarang burung walit


Air sarang burung



Bila Waktu Terbaik untuk Minum Air Sarang Burung Walet:

Minuman kesihatan air sarang burung walit ni sebaiknya diminum ketika perut kosong. Bangun pagi sebelum makan apa apa, minum la sebotol air sarang burung walet tu. Amalkan tiap hari (kalau banyak duit 🤣) atau sekali seminggu atau sebulan sekali.


Tapi tak semua orang ngam dengan minuman air atau sup sarang burung walet ni.
Sesetengahnya mengalami allergic reaction, anaphylaxis. Try sikit dulu. Kalau ada reaction seperti rasa sesak nafas, then mata bengkak, bibir bengkak, rashes pada badan, muntah muntah, segera berhenti dari minum air sarang burung tu dan cepat cepat pergi jumpa doktor. Bab allergic ni jangan buat main ya. Dan lepas lepas tu, elakkanlah makan atau minum apa-apa yang berkait dengan sarang burung.


Selamat mencuba!

You Might Also Like

0 comments

Ads

Follow me Insta