MAGGI® & KPM Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat

11:06

Lancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® Ke-23


PUTRAJAYA, 20 Mac 2019 – Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI®
(MSSCC) kembali buat tahun ke-23 berturut-turut! Sebagai satu inisiatif bersama
MAGGI® dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), MSSCC tahun ini akan
mempertingkatkan mutu pertandingan dengan menerapkan cabaran baharu
bertujuan memberi inspirasi kepada pelajar bagi memupuk Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT). Acara MSSCC tahun 2019 telah dilancarkan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Presint 11 dan dirasmikan oleh Encik Suhaimi Sun bin
Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian
Pendidikan Malaysia.


Thumbs up! Encik Suhami Sun Bin Abdullah, Ms Kimberly Oh and Chef Abdul Muluk showcasing the final product: A delicious and well-balanced dish.  

Dengan tema ‘Anda dan MAGGI®. - Membawa kesan positif kepada masakan
harian’, MSSCC 2019 juga menawarkan satu platform persaingan untuk chef muda
memperlihatkan kemahiran memasak mereka dalam mencipta sajian masakan
rumah. Di samping itu, MSSCC juga menyemai minat memasak dalam kalangan
pelajar di Malaysia. Menerusi pengalaman tahun lalu, MSSCC 2019 akan
memperlihatkan struktur pertandingan serta elemen baru yang akan dipertingkatkan.


Launching the 23rd MAGGI® Secondary Schools Cooking Competition (MSSCC)! 
[from left to rightChef Abdul Muluk, Corporate Executive Chef of MAGGI®; Tuan Haji Othman bin Hashim, Principal of SMKA Putrajaya Presint 11; Encik Suhaimi Sun Bin Abdullah, Deputy Director, Sports and Arts Education Division, Ministry of Education Malaysia; Mr Lester Khan, Head, Shopper & Consumer Engagement of MAGGI®; Ms Kimberly Oh, Marketing Manager of MAGGI® and Encik Amat Roslan, Deputy Director Putrajaya Federal Territory Education Department, flanked by students taking part in the competition.


Menurut Cik Kimberly Oh, Pengurus Pemasaran MAGGI®, “Kami teruja kerana
dapat memberi peluang sekali lagi kepada anak-anak muda Malaysia untuk
menunjukkan kepakaran kulinari mereka menerusi MSSCC! Berbeza dengan tahun
sebelumnya di mana pelajar akan mencipta sajian berdasarkan resipi sedia ada,
pertandingan tahun ini menampilkan Cabaran Masakan Kreatif yang memerlukan
pelajar untuk memanfaatkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah
mereka dari permulaan pertandingan. Para pelajar akan diberi bahan mentah rahsia
yang memerlukan mereka menggunakan kreativiti serta kemahiran untuk
mempersembahkan idea hidangan mereka. Terdapat juga penekanan yang lebih besar iaitu persembahan serta kemahiran berkomunikasi yang para pelajar perlu
mempersembahkan resipi sajian yang telah mereka hasilkan.”

Launching the 23rd MAGGI® Secondary Schools Cooking Competition (MSSCC)! 
[from left to rightChef Abdul Muluk, Corporate Executive Chef of MAGGI®; Tuan Haji Othman bin Hashim, Principal of SMKA Putrajaya Presint 11; Encik Suhaimi Sun Bin Abdullah, Deputy Director, Sports and Arts Education Division, Ministry of Education Malaysia; Mr Lester Khan, Head, Shopper & Consumer Engagement of MAGGI®; Ms Kimberly Oh, Marketing Manager of MAGGI® and Encik Amat Roslan, Deputy Director Putrajaya Federal Territory Education Department, flanked by students taking part in the competition.


“Kami sentiasa berusaha untuk memupuk kepentingan mengamalkan gaya hidup
sihat menerusi pemakanan yang sewajarnya. Ini selaras dengan matlamat jenama
kami untuk mencipta detik-detik bahagia untuk individu dan keluarga menerusi
makanan yang enak,” tambah beliau.


Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan
dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, “Kami mengalu-alukan
kerjasama daripada pihak lain, terutama sekali sektor swasta untuk bersama-sama
melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih sihat. Kami gembira kerana dapat
meneruskan kerjasama yang sekian lama terjalin dengan MAGGI® untuk memupuk
tabiat makan yang sihat dalam kalangan pelajar kita.”


Encik Suhaimi Sun Bin Abdullah participating in various activities during the MSSCC 2019 launch.


“Kami yakin bahawa elemen baharu dan menarik ini menggalakkan pelajar kita
untuk memperlihatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan menyediakan
platform yang kukuh untuk membolehkan mereka mengembangkan keupayaan
mereka,” ujar Encik Zainal.


Bagi Cabaran Memasak Kreatif yang akan berlangsung di kedua-dua peringkat
negeri dan kebangsaan, para peserta diberikan pelbagai bahan ramuan masakan.
Langkah ini bertujuan untuk mencabar kreativiti dan kemahiran memasak dalam
kalangan chef muda ini. Chef-chef muda perlu menentukan sajian masakan mereka
dengan bahan berdasarkan kreativiti mereka.


Pertandingan tahun ini akan memperkenalkan satu kaedah baharu dalam aspek
pengadilan dan pemberian markah di mana para pelajar akan dinilai berdasarkan
kemahiran kulinari dan kemahiran teknikal seperti penyajian makanan, persembahan
makanan, kaedah masakan serta khasiat nutrisi sajian. Pelajar juga diberi peluang
untuk mempersembahkan konsep disebalik sajian yang akan dihidangkan kepada
panel pengadil dan penonton sekaligus menyemaikan minat memasak melalui
persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.


MAGGI® telah melancarkan program MSSCC pada 1997 dengan matlamat untuk
memupuk minat memasak dalam kalangan anak muda Malaysia dan menggalakkan
amalan pemakanan yang sihat dan tabiat memasak yang baik. Setakat ini, lebih
10,000 sekolah serta 340,000 pelajar telah mengambil bahagian dalam acara ini dan
mendapat pengetahuan dan kemahiran berkenaan makanan, nutrisi dan pemakanan
sihat.


Semasa upacara pelancaran, tetamu jemputan telah menyertai pelbagai aktiviti,
termasuk paparan interaktif Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Suku suku
Separuh, 5 Warna Sehari dan Piramid Makanan Malaysia. Menerusi permainan dan
aktiviti ini, peserta berpeluang untuk memperlihatkan kemahiran mereka sambil
belajar tentang pentingnya pemakanan yang sihat dan diet yang seimbang. Wakil-
wakil media juga diberi peluang untuk menguji kreativiti mereka dengan dua cabaran
menyelesaikan masalah yang berlainan, ‘KREATIF Cooking’ dan ‘KREATIF Setting’.


Untuk maklumat lanjut tentang MSSCC, sila layari laman web
https://www.maggi.com.my/bm/msscc-2019.


Mengenai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI®
Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® diperkenalkan pada tahun 1997 dengan matlamat untuk
memupuk minat memasak dalam kalangan pelajar sekolah menengah sambil meningkatkan kesedaran
terhadap pentingnya makanan yang berkhasiat dan diet yang seimbang.

Projek ini adalah kerjasama antara MAGGI®, Kementerian Pendidikan, guru Ekonomi Rumah Tangga, Unit
Teknikal dan Vokasional Negeri, dan Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri.

Lebih 340,000 pelajar telah menyertai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® sejak acara tersebut
dimulakan. Format yang menarik dan mencabar terus menarik penyertaan tahun demi tahun.



Mengenai Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé
beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap
matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina
masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan
kami. Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami
menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti
kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk
Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk
ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari
www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia




Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Maxine Lim
Nestlé (Malaysia) Berhad
Tel: (+603) 7965 6650
 +6012-353 1337
E-mel: Maxine.Lim@my.nestle.com Alya


Nurina atau Yasmin Kadir
acorn communications
Tel: (+603) 7958 8348
 +6010-2218216 (Alya) atau
 +6017-237 9048 (Yasmin)
E-mel: acorncommunications@acornco.com.my

You Might Also Like

1 comments

Followers

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.