Instagram

Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Saturday, 11 April 2015

Komen Cerita Hati Perempuan

Assalamualaikum.

Terasa rajin terlebih pulak nak share cerita cinta drama Melayu yang huda duk tengok, tertunggu-tunggu tiap minggu. Cerita apa lagi yang sedang hangat digembar-gemburkan peminat2 drama sekarang, mestilah cerita 'Hati Perempuan'. 

Emangnya hati perempuan itu gi mana ya? terfikir2 jugak, macam mana ye? Huda pun perempuan jugak. Tapi tak tau la pulak macam mana. Lepas tengok separuh suku episod cerita ni, baru lah terfikir... OOhh.. macam tu la kot hati perempuan, susah nak buat keputusan, keliru dengan perasaan sendiri. Betul laa kot. Sikit2. ngeh3.. 

Lagi kisah ‘Hati Perempuan’ huda nak share. Ni just pendapat peribadi I je. Lain orang, lain pandangan kan. hihi.

I nak review atau dengan kata lain komen mengomen sikit tentang cerita dan watak2 khayalan ni.. sabor je la bace yer.. hoho

-          Cerita ni sangat2 best..!

komen drama hati perempuan
Hitam itu menawan
-          mane la nak dapat laki gitu mak oii.. hensem, ade asset, keluarga baik2 pulak ( mak ayah dia la), caring, TAPI yang paling I tak suka, Aahhh!! Janganlah desak I.. Tak suka betul la orang desak2 ni. And… paling tak suka orang yang rasa dia jer yang betul, annoying betul la nak berdebat dengan laki macam ni. Confirm2 la I yang bukan lawyer ni kalah nak berdebat dengan u. Haa, tengok.. kan dah start nak berangan… astaghfighrullah… wake up2! Dongeng sume ni.. hihi.

-          Walaupun u beraset duhai Yang Mulia TENGKU ZARIL, but u disqualified sebab tak jaga batas pergaulan. Agama is always no. 1 dalam memilih pasangan hidup ni. Hoho..

-          Hum, Yuhanis pulak.. payah kan nak faham perempuan ni. Kejap suka orang tu, pastu suka orang ni, eh, tibe2 tersuka orang lain pulak. Payah. Perempuan sendiri pun sebenarnya tak berapa faham sangat dengan perasaan dia sebenarnya. Sabor je lah duhai lelaki ye.

-          Yang penting, lelaki2 sekalian, kalau betul2 nak, berhajatkan ‘si dia’ jadi permaisuri hati korang, isteri korang yang sah, mestilah tunjuk betul2 kesungguhan korang tu. Nak melamar tu pun, biar beradab sikit, bincang dengan family dulu, then pergi jumpa mak ayah ‘si dia’ tu. Barulah gentleman. Jangan nak Barat sangat ye. Bagi2 cincin macam tu. Melutut bagai.. Kita ada agama.. :p

-          Suka dengan watak Yuhanis, yang bertegas dengan lelaki. Mukanya pun manis aje. Walaupun kadang2 nampak la jugak kekayuan lakonannya. Tapi dia pandai cover balik kekayuan tu. Good job!.

-          Then, bagus watak Yuhanis ni, ada prinsip, tegas dengan keputusannya, nak2 dengan lelaki. Tak boleh bagi muka sangat kat laki ni. Tapi kalau la dah nampak dia tu baik, family pun dah setuju, terima aje laa.. takyah nak degil sangat dalam semua benda. Hihi.

-          Oohh, haa.. kenapa ye mata I ni senak, silau milau bila tengok scene dalam rumah tengku tu.. macam tak kena je lighting die.. memang sakit betul mata tengok, bepinar2 rasanya bebola I ni. Bukanlah sesape nak mengomen pasal lighting2 pulak kan. Tapi, serius! Tak suka tengok part dalam rumah tu. Putih sangat. Huhu
 
komen drama hati perempuan
Asyik nak bertekak je.. dua2 ego.. oh dunia!

Okay.. tu je dulu komen I setakat ni.. Jom sambung berangan.. layyann.. episode seterusnya..

Komen anda? 



Sinopsis Drama 'HATI PEREMPUAN'

Assalamualaikum w.b.t.

Siapa peminat tegar drama Melayu? Setegar apakah minat korang? Hehe.
Saya pun minat jugak drama2 Melayu ni,  nak2 drama pukul 7 kat tv3 tu. Selalunya drama pukul 7, memang best2..

Saje je kan siar waktu maghrib. Waktu maghrib dah la singkat je. Memang tak la nak tengok waktu maghrib. Haipp! Kena piyat nanti kan. Rules kat rumah, NO HIBURAN, NO TV waktu maghrib. Akur. Itu yang terbaik. Hihi. Lagipun, memang tak sempat la nak tengok waktu maghrib.

Apa payah, sekarang kan boleh tengok online. Apa lagi, saya TONTON je laa. Klik je tonton.com.my . As simple as A, B, C. Tapi line kena kuat la. Hihi.

Bagi yang suka tengok drama melayu macam saya ni, jom baca sinopsis cerita ni. Sekarang ni, cerita pukul 7, kat tv3 yang sedang bermain, tajuknya ‘Hati Perempuan’. Not bad untuk buat kita berangan sampai ke bulan. kihkihkih..

Hati Perempuan
'Hati Perempuan'
Sinopsis

“Hati Perempuan” berkisarkan mengenai Yuhanis (Mia Ahmad), seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala, Tengku Zaril (Syarul Ridzwan), jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan di seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak pada Yuhanis. Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan (rasa dia sorang je yang betul dalam dunia ni).

Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis, sedangkan mereka sentiasa berselisih faham sewaktu berurusan. Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus (Hafreez Adam). Namun Tengku Zaril tidak berputus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan.

Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isterinya melainkan Yuhanis. Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya turut memerima pinangan keluarga Tengku Zaril. Yuhanis kini terperangkap dalam soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah juga pada rakan sekerjanya, Nizam (Aidil Aziz) dan Daniel, bekas kekasihnya. 

Bakal bersatukah dua jiwa ini jika Tengku Zaril, hatinya masih kosong dengan erti cinta sebenar manakala Yuhanis masih berpaut pada cinta yang lama?

Ikuti perjalanan kisah Yuhanis dan Tengku Zaril membina bahagia di slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis pada jam 6.55 malam di TV3.
Yuhanis dan Tengku Zaril
Watak Utama Si Manis dan Si kacak 'Hati Perempuan'
Saksikan drama “Hati Perempuan” yang akan mencuri hati para peminat drama Melayu mulai 30 Mac. Karya novelis Nur Ain Al-Abas dan arahan Kas Roshan dengan gandingan Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad sebagai peneraju utama. 

Drama 28 episod ini turut membariskan bintang yang semakin berkilau seperti Hafreez Adam, Aidil Aziz, Bella Nazari, Hafeez Mikail dan Nazmi Adhwa. 

Ok.. Tataa.. Selamat berangan! hehe..
Takdela, selamat menonton semua.. :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...