26 Kedai Makan Sedap di Bangi - Kajang

08:00


26 tempat makan sedap dan mesti dicuba dalam kawasan Bangi - Kajang. Kedai kedai ni ada yang I pernah pergi sekali dan ada yang tak terkira dah berapa kali pergi.


Walaupun tolak campur darab bahagi, lebih kurang 8 tahun I di Bangi, masih belum berkesempatan nak mencuba semua kedai makan di Bangi ni. hehe.


Tempat-tempat makan sedap di Bangi Kajang yang I senaraikan ni, adalah yang I dah pernah pergi dan dah pernah rasa.


Jemput tengok nota ringkas I berkenaan tempat makan sedap di Bangi - Kajang yang pernah I singgah.

26 Tempat Makan Sedap di Bangi - Kajang yang Mesti Dicuba


1. Restoran Ana Ikan Bakar Petai, bersebelahan Balai Bomba Bandar Baru Bangi

*Mestilah ikan bakar petai yang special kat sini dan sotong celup tepung. Pesan I, elakkan pergi malam minggu. Berpusu-pusu orangnya sampaikan takde tempat duduk selalunya. Kena banyak bersabar kalau makan sini masa orang tengah memenuh. Kalau dah kebulur sangat, elakkan makan sini. Boleh mengamuk korang nanti sebab makanan lambat sampai. hee..

2. ‎Eid Halal Korean Food, Seksyen 9 Bangi

*Kalau kat sini, I suka makan bulgogi. Bulgogi yang sangat sedap! Resepi asli dari Korea haa. Owner dia memang asli Korea okay. Kalau pergi korea, tak tau mana kedai makan halal, boleh makan di Eid yang cawangan utamanya kat sana.


3. ‎Ayam Penyet Ibu, Seksyen 4 Tambahan Bangi

*Rasa pior ayam penyet dari Indonesia. Kat sini, sambal ayam penyet tu yang special. Lain dari yang lain. Sangat sedap! Sambal yang sangat banyak bawang membuatkan rasanya sedap, tak sama dengan sambal lain. Oh ye.. Kalau datang sini jangan lupa bawak kicap sendiri atau boleh beli kedai sebelah. Kicap tak disediakan kat sini. Selalunya yang tak familiar kawasan bangi, susah nak jumpa kedai ni melainkan dengan pertolongan Waze atau Google Map.. Selamat maju jaya!


4. ‎Restoran A. Hassan Ayam Kampung, Seksyen 7 Bangi

*Nak makan tengahari sedap di kawasan Bangi, berlauk pauk kampung, kena singgah sini. Singgah sini pulak, wajib ambil ayam kampung la. Panas-panas dan rangup. Digandingkan pulak dengan air kelapa gelas besar. Aaarghh.. Nikmatnya.. Lauk pauk kat sini memang kena sangat dengan tekak I, Sedap! Rindu kampung, I memang singgah sini.


5. ‎Restoran Azura, Seksyen 3 Bangi
*Kedai ni jadi tumpuan ramai jugak. Tumpuan utamanya adalah pelajar kawasan Bangi la. Bulan puasa pun, still jadi tumpuan. Kalau kat sini, I suka roti canainya. Singgah makan sini, memang I biasa pesan roti canai + makanan lain lagi. Roti canai, wajib.

6. ‎Restoran Wong Solo, Seksyen 9 Bangi
*Rasanya nama Wong Solo tak asing lagi bagi rakyat Lembah Klang kan. Banyak cawangan Wong Solo ni. Sini pun antara kedai makan yang menjadi tumpuan.

7. Restoran ‎Red Wok, Taman Kajang Impian, Bangi
*Salah satu restoran steamboat yang popular di Bangi. Selalu makan steamboat Seoul Garden je kan, alih rasa cuba kat sini pulak. Menunya lagi banyak dai Seoul Garden. Kalau nak pergi waktu cuti atau bulan puasa, wajib tempah ye.. Kalau tak, haa.. gigit kuku je laa.


8. ‎Willy Satay (Sungai Ramal, Kajang & Seksyen 7, Bangi)

*Kalau teringin nak makan sate, boleh cuba di Sate Willy. Sedap jugak! Sate willy agak terkenal di kawasan Bangi dan Kajang, setanding Sate Kajang.

9. ‎Tat Nasi Ayam, Seksyen 15 Bangi
*Kat sini, macam-macam jenis nasi ayam ada, tunggu korang pilih je. Takyah gaduh, banyak pilihan nasi ayam kat sini. hee..


10. ‎Mira Tomyam, Seksyen 7 Bangi
*Kedai masakan Kelantan Thailand. Kat sini yang bestnya tomyam la dan makanan-makanan Thailand. Kalau kat sini, I suka makan tomyam putih, kerang rebus atau bakar, somtam, bubur berlauk dan mee celup. So nice!


11. ‎Restoran Barra, Seksyen 6 Bangi
*Barra ni kedai mamak yang menjadi tarikan kepada pelajar dan mereka yang bujang. Makanan yang menarik dan sedapnya kat Barra ni, nasi goreng kambing barra dan naan cheese mozarella.. Yummy!


12. Laksa Redup Rimba, Taman Tasik Cempaka
*Kalau datang Bangi, tak singgah makan laksa sini, agak rugi la jugak. Laksa sedap uii.. Kecur liur teringat. Tapi kalau hari cuti umum, selamat la korang beratur ye. Tak dicadangkan cendol dia, tak berapa kena dengan tekak I, rasa pelik sikit. Tapi mungkin kena dengan tekak korang kan.

13. ‎Cendol, ABC dan rojak lori, bawah pokok depan kilang, sebelah nurseri, Bangi
*ABC sini memang terbaik! Sangat sedap! Walaupun tak semeriah abc kat tempat lain. Abc yang sangat basic, tapi sedap mengalahkan yang meriah. Rojak kat sini pun sedap. Selalunya pukul 4 petang macam tu, memang dah habis dah la.. Kalau memang rezeki korang, boleh la merasa.


14. ‎RSMY, Seksyen 8 Bangi
*Ni pun kedai mamak jugak. Antara port lepak di Bangi. RSMY terkenal dengan naan cheese nya. Boleh la cuba siapa yang suka makan naan dan cheese.


15. ‎Sup Urat Keting, Seksyen 7 Bangi

*Macam-macam jenis sup ada kat sini. Tunggu pilih dan makan je. Makanan pagi kat sini pun boleh tahan la sedap. Selalu makan nasi dagang kat sini. Walaupun nasi dagang nya bukan nasi dagang Terengganu, tapi tetap sedap rasanya.


16. ‎Rahsia Kopitiam, Seksyen 15 Bangi
*Kedai makanan Johor. Banyak makanan Johor yang korang boleh dapat kat sini. Makanan yang paling meletup kat sini, kacang pool. Tak payah merantau jauh-jauh sampai ke Johor, dekat sini korang boleh dapat rasa dah makanan asli dari Johor. Tempat kegemaran lepak my siblings kalau datang Bangi.

17. ‎Biji Kopi, Bangi Gateway
*Makanan kegemaran huda kat sini, nasi beriani kambing. Kalau teringin nasi beriani, memang tak cari kat tempat lain dah, memang tuju ke sini je. Kuantiti yang banyak dan sedap. Berbaloi dengan harganya.


18. ‎MZ Cafe, Kampung Dato Abu Bakar Baginda, Bangi
*Di MZ Cafe ni, korang boleh dapatkan makanan dari pagi sampai lah ke tengah malam. Sangat banyak pilihan makanan kat sini. Sate, makanan barat, goreng-goreng, roti canai, ish semua la ada kat sini. Oh, MZ Cafe ni juga ada buat perkhidmatan katering dan dewan untuk disewa. Boleh la usha-usha kalau nak buat event apa-apa.


19. Kedai makan dalam ‎Unikeb, sebelah UKM
*Kedai makan ni terletak bersebelahan UKM je. UKM punya jugak sebenarnya, tapi di luar pagar UKM. Tempat ni menjadi tumpuan pelajar dan pekerja kawasan berdekatan situ. Harganya makanannya yang murah dan sedap membuatkan ia menjadi tumpuan pelajar.


20. ‎Pecel Lele Mbak Aan & Dila, Lakulanjaya, Hentian Kajang
*Pecel lel sini memang antara tumpuan penduduk Bangi dan Kajang. Penyet-penyet lain pun ada kat sini, tapi yang paling sedap bagi I pecel lele la.. Ikan takde rasa hanyir dan digoreng garing.


21. ‎Cat Signature Cafe & Studio, Seksyen 8 Bangi
*Sejenis kafe hipster, mengikut arus zaman. Menariknya di sini, korang boleh main-main kucing dan korang jugak boleh makan-makan kat sini. Korang boleh dapatkan makanan Thai yang sedap di Cat Signature Cafe ni. Kalau nak main-main kucing, bayaran yang dikenakan bagi dewasa adalah RM10, manakala kanak-kanak RM3.


22. ‎Nims Little Island Cafe, Sungai Ramal Dalam, Kajang
*Kedai makan ni terletak betul-betul dalam kawasan kampung. Mula-mula bertapak di Bangi, kedai makan ni lah antara yang disebut-sebut oleh senior tempat I belajar. I dan kawan-kawan panggil kedai ni, kedai soda gembira.. Sebabnya... Menu makanan dan minuman sini pelik sikit dan nama-nama menunya pun sangat menarik, dan antara yang I tertarik adalah Soda Gembira. Ada juga soda sedih, soda sukaduka, soda ceria, soda muda. Ish banyak la.. Korang kena pergi sendiri tengok. Kalau korang tak tahu menu tu apa sebenarnya, jangan segan-segan nak bertanya. Nanti kang tak pasal tersalah order. Tapi pesanan I, janganlah pergi sorang. Nampak loner sangat nanti. huhu


23. ‎Restoran D'limau Nipis, Seksyen 8 Bangi
*Pelbagai jenis ikan bakar, sotong bakar pelbagai saiz dan makanan berlauk korang boleh dapatkan kat sini. Paling penting kalau korang makan sini, mesti order air limau nipis special. Air ni paling top kat sini. Teringat pun dah boleh kecur liur. Pesanan I, jangan order air kosong. Tak berbaloi. Kalau nak minum air kosong baik pergi beli air mineral kat tempat lain atau bawak bekal. hee.


24. ‎Nasi Manggey Warung Kita, Sungai Tangkas, Bangi
*Warung Kita ni ada banyak cawangan lain lagi selain Bangi. Nasi Manggey? Mula-mula dengar pun tak tahu nasi apa sebenarnya ni. Bila dah pergi, dah tengok, dah rasa, baru lah tahu. Nasi manggey ni sebenarnya nasi kak wok. Tapi nasi kak wok versi Warung Kita ni, sangatlah sedap. Rasa nya tu.. perfect! Over betul kan. Tak tahulah, bagi I sini lah nasi kak wok tersedap I pernah rasa dengan harganya yang murah. Air yang special kat sini, coconut shake dan air kelapa baldi.


25. ‎Restoran Anje Nasi Beriani Nasi Beriani Gam Johor, Seksyen 15 Bangi
*Pertama kali makan kat sini, terkejut tengok kuantiti nasi nya.. Sangat banyak. Memang tak mampu la perut I nak menelan semuanya. Selalu mintak separuh je nasi. Kuahnya memang umph! Gam Sedap! Tapi takde la sampai ketagih. Kalau korang pencinta nasi beriani, memang patut singgah sini. Waktu kemuncak, lunch hour selalunya memang penuh kedai ni.


26. ‎Restoran BBB Tomyam, Seksyen 1 Bangi
*Makanan di sini kebanyakannya sedap. Jarang la dengar orang Bangi tak pernah makan kat sini. Ni antara tempat kegemaran orang Bangi sebab masakan kat sini boleh dikatakan semua sedap! Cuma kedai ni pernah diarahkan tutup atas faktor kebersihan. Situ je yang kurang sikit. Tapi lepas kena tutup tu mungkin dah okay balik kot sekarang. I pun dah lama tak menyinggah makan sini.



Okay, tu je setakat ni senarai kedai makan di Bangi dan Kajang berserta catitan ringkas setiap kedai tu. Selamat menjamu selera!


Banyak lagi kedai makan sedap di Bangi, antaranya Cili Hijau, Warung Mat Zin, Warung Bunian, April 24, Itik Salai Masthar, Ikan Bakar Tok Bali, Nu-in, Redcard Cafe, Little White Cafe, Bunga Lawang, Caravan Cafe, Cibiuk, Rojak Hj. Sharif, tapi I belum berkesempatan menyinggah.. Ada lagi tempat makan sedap di Bangi yang korang nak cadangkan sebelum I berhijrah ke tempat lain?

You Might Also Like

0 comments

Total Pageviews

RESUME KREATIF UNTUK TEMPAHAN

RESUME KREATIF UNTUK TEMPAHAN
Senang Dapat Kerja Pakai Resume Kreatif

Followers

Warga BPT