12 buku cerita eksklusif karya penulis dan pelukis ilustrasi terkenal dunia, Cressida Cowell,
akan dikeluarkan oleh McDonald’s sepanjang tahun ini
akan dikeluarkan oleh McDonald’s sepanjang tahun ini
PETALING JAYA, 19 Februari 2019 – Setiap bulan, jutaan keluarga melawati restoran McDonald’s di Malaysia
untuk menikmati hidangan, bergelak ketawa, beramah mesra dan sama-sama berkongsi kegembiraan.
Diwujudkan dengan meletakkan keluarga sebagai keutamaan, program Happy Meal Readers oleh
McDonald’s Malaysia bertujuan memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia
menerusi pendekatan ‘Scale for Good’.
Menerusi program Happy Meal Readers, McDonald’s bekerjasama dengan Cressida Cowell, penulis dan pelukis
ilustrasi terkenal dunia yang menghasilkan siri buku popular How to Train Your Dragon, untuk melancarkan satu
siri buku bertajuk Treetop Twins Adventures. Terdapat 12 cerita yang akan dipaparkan menerusi buku bersiri ini
yang dihasilkan secara eksklusif untuk McDonald’s. Setiap bulan, sebuah buku akan dikeluarkan sepanjang
tahun ini. Untuk pasaran Malaysia, buku-buku ini boleh didapati dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
Bagi menjadikan pengalaman membaca lebih menyeronokkan, buku-buku ini juga boleh didapati dalam versi
digital menerusi aplikasi Happy Studio yang boleh dimuat turun dari Play Store dan Apple Store. Dengan
menggunakan aplikasi ini, seisi keluarga dapat sama-sama membaca dan berinteraksi tentang cerita yang
ditulis, sekaligus meningkatkan lagi pengalaman membaca dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Pengarah Pemasaran McDonald’s Malaysia, Eugene Lee berkata, komitmen dalam memupuk budaya membaca
telah banyak menyokong usaha syarikat dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan.
“McDonald’s Malaysia ingin menggalakkan keluarga agar meluangkan lebih banyak masa bersama-sama.
Program Happy Meal Readers ini membolehkan ibu bapa membaca buku dan menikmati masa berkualiti
bersama anak-anak. Kami berharap program ini dapat menerapkan minat membaca dalam kalangan
kanak-kanak dengan menjadikannya sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan untuk seisi keluarga,” kata Lee.
Menurut Lee, Program Happy Meal Readers ini juga merupakan tanda sokongan McDonald’s terhadap aspirasi
kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara membaca di bawah Program Dekad Membaca
Kebangsaan.
“Kami mengucapkan syabas atas usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam
menggalakkan rakyat Malaysia untuk membaca. Kami juga amat gembira dapat turut serta mengambil bahagian
dalam usaha ini dengan mengetengahkan manfaat membaca kepada ibu bapa dan kanak-kanak.”
Dengan setiap pembelian Happy Meal, keluarga juga boleh memilih untuk mendapatkan sebuah buku atau satu
permainan di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara.
###
Latarbelakang McDonald’s
McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di
seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang hampir 37 tahun
McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih
270 restoran di seluruh negara. McDonald’s menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di semua rangkaian
restorannya termasuklah latihan dan perkembangan karier.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:-
Afni Adnan, McDonald’s
|
Wan Shariena Bahrom, McDonald’s
|
+603.7843.3234
|
+603.7843.3236
|
Jacalyn Kow, LUMOS PR
|
Azwa Rahmat, LUMOS PR
|
+6012.961.8271
|
+6011.1131.3106
|
azwa.rahmat@lumospr.net
|