5 Bahasa Badan yang Selalu Tidak Dipedulikan
02:01
Assalamualaikum and hi..!!
Post2 yang lepas saya ada share
tentang bahasa kan.. boleh tengok sini.. Kali ni pun, entry saya pasal bahasa. Tapi
bukan bahasa Melayu, bukan juga bahasa asing. TAPI bahasa badan. Atau orang
panggil sebagai ‘body language’.
Kali ni saya nak share macam mana
cara terbaik untuk buat orang tak menyampah dengan korang bila sedang bercakap.
Cer cek.. korang ada buat macam ni tak.. Kalau buat, korang memang a good
listener dan ramai orang suka.
![]() |
Improve your communication skills |
5 tips
bahasa badan ketika berinteraksi, yang boleh buat orang suka bercakap dengan
anda. You must do this! Kalau taknak orang menyampah, taknak hilang kawan.
1)
Murahkan
senyuman
Tolong… Senyumlah jika sedang
berinteraksi dengan orang face to face. Tak payah pun nak senyum ni. Tak kena
bayar pun kan. Nak2 bila memulakan percakapan, mesti senyum. Senyum itu
menunjukkan u gives a positive response. Ni tak, awal2 dah muka masam mencuka,
macam mana. Spoil mood la. Please avoid it! Bila
kita senyum, orang pun akan senang hati. So, please smile when u have a
conversation with someone.
2)
Jaga
pandangan mata
Ini bahagian paling penting.
Jangan hilangkan eye contact. Macam mana tu? Maksudnya bila kita tengah
bercakap dengan seseorang, pandang matanya. Kalau taknak pandang pun, buat2
pandang. Tengok dahinya atau mukanya. Menunjukkan kita berminat dengan apa yang
dibincangkan, dituturkannya. Dia pun akan fikir kita ni betul2 berminat dengar
apa yang dicakapkan. Dia pun confident je kalau nak mengadu apa2 pun, tak rasa
macam sembang dengan batu belah batu bertakup.
Bila dah habis sembang pun, jangan terus blah macam tu je. Maksudnya jangan terus
pandang ke lain. Akhiri perbualan dengan menggerakkan mata dan badan perlahan-lahan
ke arah lain.
3)
Menghadap
badan ke badan
Bila bercakap tu, kalau boleh
hadapkan badan kita 100% ke arah orang yang kita sembang tu. Jangan membelakangi atau tengok dari sisi atau lagi teruk
jelling je. Jangan ye. Berikan sepenuh perhatian kepada orang yang kita
sembang tu. Inilah yang semua orang nak, dan semua orang suka.
4)
Kurangkan
pergerakan badan
Sebolehnya kurangkan sebanyak
mungkin pergerakan ketika mendengar. Termasuklah pergerakan seperti menggaru2,
bermain2 dengan pen, bermain dengan jari, menggeliat dan lain2. Tak bagus. Itu menunjukkan
kita tak berminat untuk mendengar apa yang dicakapkan.
Haa, yang ni pun jangan. Selalunya
ramai suka buat ni, bermain dengan gadget, handphone, tablet, laptop dan yang
sewaktu dengannya. Elakkan. Walaupun masa tu,
ada mesej masuk, ada emel. Ketepikan sebentar ketika sedang bercakap. Daan jangan
tengok jam. Melainkan kita betul2 ada hal lain. Apa korang rasa, bila kita
sembang dengan seseorang tu, dia asyik tengok jam je? Tak best kan? Kadang2
rasa dia tak suka sembang dengan kita kan. So, don’t do it!
5)
Gerakkan
tangan
Gerakkan tangan ketika kita memberi
respon. Ini menunjukkan kita bersemangat dan berminat dengan topic yang
dibincangkan tu.
TAPI jangan
bersilang tangan atau istilah lain berpeluk tubuh. Tak bagus. Nampak sangat
kita bosan dan tak berminat dengan topic yang dibincangkan. Pernah tengok tak
orang berdebat? Macam mana tangan diorang? Macam Karam Singh Walia dah kan..
Itu kerana mereka begitu berminat dan memberi sepenuh perhatian terhadap topic yang
dibincangkan. Tangan juga membantu menjadikan percakapan kita lebih lancar sebenarnya.
Cubalah kalau tak percaya.
Pasti! Lepas korang buat semua ni,
dengan mudahnya orang akan suka dengan korang. Dan senang diajak berbincang
atau berbual atau mengadu masalah (tapi bukan untuk mengumpat ye) Strictly ‘NO’.
Dan anda layak digelar kaunselor tak diiktiraf. Hihi.
Jadi, inilah cara nak tawan
hati dan mempengaruhi orang.. Body language sangat penting ye.. nak2 bila
korang sentiasa berhadapan dengan orang ramai. For student, business person,
receptionist and others. We need it!
Kita sendiri pun nak orang focus, dengar
bila kita bercakap kan? Samalah orang lain pun nak kita focus bila bercakap
dengan dia. So, buat sesuatu yang kita rasa nak orang buat kat kita macam tu.
Mudahkan.. Selamat mencuba! J

0 comments