Cerewet Cari Pasangan
16:46
Assalamualaikum w.b.t
Sukar memilih pasangan hidup? Adakah
kerana terlalu cerewet? Selalunya siapakah yang cerewet? Diri sendiri atau ibu
bapa?
Jangan terburu-buru membuat pilihan |
Hari ini jika diperhatikan ramai
wanita yang andartu. Ooops! Jika ianya disebabkan belum sampai jodoh,
tidak mengapa, perbanyakkan lagi doa kepada Allah. Tetapi sekiranya andartu
disebabkan cerewet, atau dalam erti kata lain terlalu memilih, harus cek
balik diri kita, kenapa terlalu memilih?
Seandainya terlalu memilih disebabkan belum jumpa yang sekufu imannya, belum jumpa yang baik akhlaknya, ianya OK. Tidak Mengapa. Tetapi jika terlalu memilih kerana harta (tiada kereta besar, rumah besar, tiada asset), itu KO. Tenangkan diri, fikir2kan sejenak. Apa makna sebuah pernikahan bagi diri kita? Apa yang kita faham? Pernikahan bagaimanakah yang kita impikan?
Seandainya terlalu memilih disebabkan belum jumpa yang sekufu imannya, belum jumpa yang baik akhlaknya, ianya OK. Tidak Mengapa. Tetapi jika terlalu memilih kerana harta (tiada kereta besar, rumah besar, tiada asset), itu KO. Tenangkan diri, fikir2kan sejenak. Apa makna sebuah pernikahan bagi diri kita? Apa yang kita faham? Pernikahan bagaimanakah yang kita impikan?
Saya akui, saya juga pernah diperkatakan
seorang yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Sebenarnya saya tidak
cerewet tetapi hanyalah cerewet kerana belum jumpa seseorang yang saya nampak
boleh membimbing saya dan keluarga ke jalan yang Allah redhai. Pemilihan saya
semuanya dengan petunjuk dari Allah s.w.t, iaitu melalui istikharah dan perbincangan
ibu bapa. Saya rasa sangat perlu untuk memilih dalam soal agama kerana
inilah jambatan kita untuk ke syurga, dengan meraih redha Allah bersama-sama. Sesungguhnya,
akhirat itulah matlamat utama kita. Itulah kehidupan yang sebenar2nya. Jika tak
sekufu atau tak bersefahaman dalam agama, tak ke porak poranda hidup.
Nauzubillah min zalik.
Namun, jika dah jumpa yang baik
agama serta akhlaknya. Segerakanlah pernikahan tersebut.
ثَلاَثَةٌ
حَقٌّ عَلَى اللهِ عَوْنُهُمْ: اَلْمُجَاهِدُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ، وَالْمُكَاتَبُ
الَّذِي يُرِيْدُ اْلأَدَاءَ، وَالنَّاكِحُ الَّذِي يُرِيْدُ الْعَفَافَ
(Hadits hasan: Diriwayatkan
oleh Ahmad (II/251, 437), an-Nasa-i (VI/61), at-Tirmidzi (no. 1655), Ibnu Majah
(no. 2518), Ibnul Jarud (no. 979), Ibnu Hibban (no. 4030, at-Ta’liiqatul Hisaan
no. 4029) dan al-Hakim (II/160, 161), dari Shahabat Abu Hurairah radhiyallaahu
‘anhu. At-Tirmidzi berkata, “Hadits ini hasan.”
Maksudnya:
Terdapat 3 golongan manusia yang
berhak mendapat pertolongan Allah:
(1) mujahid fi
sabilillah (orang yang berjihad di jalan Allah)
(2)
seorang hamba yang berusaha sedaya upaya untuk memerdekakan
dirinya
(3)
orang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya
Namun sangatlah perlu dalam segala
urusan, termasuklah urusan pernikahan untuk mengutamakan kedua ibu bapa.
Sesungguhnya itu lebih mendatangkan keberkatan dalam hidup. Jangan buat
keputusan sendiri. Bawa berbincang dengan keluarga (terutamanya ibu bapa), kerana
keredhaan Allah itu, terletak pada keredhaan ibu bapa.
رضى الله
في رضى الوالدين ، وسخط الله في سخط الوالدين
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899 (Kitab al-Birr wa al-Shalah, Bab berkenaan keutamaan pada keredhaan
ibubapa)
Maksudnya:
Keredhaan
Allah itu terletak pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah itu terletak
pada kemurkaan ibu bapa.
Takutkan..?
nampak tak betapa besarnya peranan ibu bapa. Betapa mulianya mereka,
sehinggakan Allah kata, nak dapat redha Allah, dapatkanlah redha ibu bapa.
Tak
perlulah kita menjadi cerewet pada sesuatu yang tidak munasabah. Cukuplah dengan
bersederhana dan sama2 perbaiki diri ke arah yang lebih baik. Kalau kita nak
yang terbaik, kita perlu untuk jadi yang terlebih baik dahulu.
Usah bersusah hati, kerana…semuanya
telah ditakdirkan. Dan setiap sesuatu ciptaan itu, ada pasangannya. Berdoalah..
Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan
berpasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami).
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang
jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk
perempuan-perempuan yang jahat, dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik
untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk
perempuan-perempuan yang baik.
Doa untuk yang sedang menunggu
jodoh
|
رَبِّ
لَا تَذَرْنِي فَرْدًا
|
Surah Al Anbiya`, ayat 89
Maksudnya:
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan
aku hidup seorang diri”
|
Jadi, cara yang paling baik dan
berkat ialah dengan berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati
agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat. Serahkanlah
100% keyakinan pada qada’ dan qadar Allah Ta’ala. Janganlah terlalu cerewet
pada hal yang tidak sepatutnya, terikut-ikut dengan persekitaran umum sekarang
yang banyak terpengaruh dengan cara dan etika bangsa barat yang hanya mementingkan
kepuasan dan keselesaan nafsu yang tiada noktah. Atau mungkin anda lah calon
andartu seterusnya. Cerewetlah dalam memilih agama berbanding yang lain. Wallahua’lam..
2 comments
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
nice sharing ... memang perlu cerewet ni. tapi jangan tak kena cara sudah :)
ReplyDeleteJemput join segmen, Klik Sini.