Sandal Wanita Cantik di Zalora

11:38

Maklum sahaja lah, aksesori bagi wanita walaupun pada bahagian kaki, tidak terhad kepada sejenis sahaja sebaliknya terdapat pelbagai jenis seperti kasut tumit tinggi, kasut tanpa tumit, kasut but, kasut sneakers, kasut sukan, wedges, selipar, sandal dan lain-lain lagi. Ianya dipakai dan digayakan mengikut kesesuaian, keselesaan, acara dan keadaan tertentu.


Sandal merupakan salah satu daripada jenis alas kaki atau pelapik kaki yang lebih dikenali sebagai selipar. Kalau di kampung, pak cik mak cik atuk nenek tak kenalnya sandal, diorang panggil selipar je semua. Diorang tahu selipar dan kasut je. hiks. Sandal adalah alas kaki dalam kategori selipar kerana ciri-cirinya yang lebih terbuka pada bahagian atas dan menampakkan sebahagian besar kaki serta lebih ringan.


Bila keadaan yang sesuai untuk pakai sandal?
  • kaki sakit
  • kaki yang kuat berpeluh
  • musim panas
  • harian
  • pergi pasar
  • pergi pantai/tasik/kolam
  • ketika hamil
  • kerja yang tidak formal
  • makan malam
  • tengok wayang
  • jalan-jalan makan angin


Kebanyakan wanita lebih gemar memakai sandal untuk dipakai secara harian jika tiada acara tertentu sebab ia lebih ringkas dan santai. Senang nak pakai, senang juga nak tanggalkan. Jadi dalam banyak-banyak kategori alas kaki, tidak dapat tidak, sandal wajib ada bagi setiap wanita berbanding alas kaki jenis lain. Sesuai digayakan dengan apa-apa jenis pakaian pulak tu. Selain itu, sandal juga boleh mengurangkan bau kaki sebab ciri-cirinya yang lebih terbuka. Kalau tertutup, semestinya akan membuatkan kaki berpeluh dan mengundang bau yang kurang menyenangkan. Betul tak?


Zaman sekarang, zaman teknologi, dunia di hujung jari ni.. Ramai yang lebih suka beli secara atas talian/online termasuk laa saya.. hehe. Yela.. hanya buka laman web, survey cuci mata, pilih dan buat bayaran. 2-3 hari dah sampai depan pintu rumah. Kalau nak tunggu pergi kedai, payah.. Tak cukup masa.. Lagi-lagi kalau jenis macam saya ni, selagi tak jumpa yang puas hati, selagi tu lah akan jelajah kedai. Penat! hukhuk. Online kan senang.. Banyak pilihan dan tak perlu lagi jelajah kedai. hihi


Haa.. ni saya memang nak mencari sandal la ni.. Yang selalu pakai tu, dah putus. Jadi terpaksa la cari ganti secepat yang mungkin. Kan dah kata tadi, sandal adalah benda yang wajib ada bagi wanita. hehe. Susah betul la kalau takde sandal. Nak cepat pun jadi lambat, nak keluar pun jadi malas. Selalu shopping sandal kat satu website ni je. Banyak pilihan, menarik, bergaya, cantik-cantik, selesa dipakai dan selalu ada diskaun. Lagi murah la jadinya.. hehe


Jom ikut saya survey sandal di sini SHOPPING WOMEN SANDALS atau klik pada pautan ini: https://www.zalora.com.my/women/shoes/sandals/ 


Hasil survey, ni antara yang menarik di mata..

kasut zalora
Cantik. Mudah dipakai. Sesuai digayakan ke mana sahaja dan apa sahaja jenis pakaian
kasut zalora
Cantik. Menampakkan keseksian kaki. Sesuai juga digayakan ke mana sahaja
kasut zalora
Nampak lebih santai dan senang dipakai serta warnanya yang tak mudah kotor
sandal zalora
Cantik. Simple. Senang dipakai. Sesuai digayakan dengan apa-apa jenis pakaian
sandal zalora
Mudah dipakai. Simple. Boleh digayakan untuk aktiviti santai

Ada banyak lagi.... Tapi ni yang berkenan di mata dan menepati citarasa saya.


Macam janggal pulak bahasakan sandal sebagai alas kaki. hoho.. Tapi betul la kan, fungsinya memang sebagai alas kaki. haha.. Oh, ye.. Korang selalu beli sandal kat mana ye?

Ok dah, selamat membeli belah!

You Might Also Like

5 comments

  1. sandal di zalora semuanya cantik-cantik. Rambang mata nak pilih yang mana. apa pun kena pilih yang bersesuaian dengan kaki kita takut nanti sakit pulak di kemudian hari

    ReplyDelete

Followers

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.