7 Cara Kurangkan Sakit Kepala (Migrain)

12:26

Selalu sakit kepala ke tu?
Ketahuilah, sakit kepala yang dialami itu belum tentu migrain. Ini kerana sakit kepala ada banyak jenis dan bukan semua sakit kepala adalah migrain.


Migrain selalunya adalah sakit kepala yang diikuti dengan sensitiviti pada cahaya, bunyi atau bau. Kebiasaannya ia merupakan sakit kepala yang berdenyut dan sakitnya juga adalah pada sebelah kepala.


Antara tanda-tanda lain migrain adalah sakit pada bahagian mata, sensitif pada cahaya atau bunyi, pening, rasa loya dan muntah. Migrain juga dipercayai merupakan sakit kepala yang diwarisi. Kebiasaan mereka yang diserang migrain mempunyai sejarah keluarga yang migrain juga.


Sakit kepala ni dah jadi sebati dalam hidup I. Dari sekolah sampai la sekarang. Sakit jer kepala ni. Kalau lah kepala ni boleh ditukar, nak aje ditukarnya.. Lagi lagi kalau migrain menyerang. Rasa nak cabut je kepala ni. Sebab yang sakit dan terasa berat tu, semuanya di kepala.


Apa yang I buat kalau migrain menyerang?

7 Cara Kurangkan Sakit Kepala (migrain):

1. BERHENTI



Berhenti dari buat apa jua aktiviti yang sedang dilakukan waktu itu. Kalau tengah tengok phone, off atau silent phone dan letak jauh jauh. Kalau tengah ngadap laptop, off laptop, menjauh dari laptop.


2. LARI DARI CAHAYA



Menjauh dari segala sumber cahaya. Tak kesah la cahaya matahari ke, lampu ke, handphone ke atau cahaya dari laptop. Apa apa jenis cahaya la. Stay away from light. ‎Berada dalam mode gelap. Tutup lampu, tutup langsir, tutup semuanya yang ada cahaya. (Ini tertakluk pada yang sensitif pada cahaya).


3. ‎MINYAK ANGIN ATAU BALM BERANGIN



Sapu minyak angin. Tak kesah la yang jenis minyak atau balsem. Vicks ke, minyak angin cap kapak ke, minyak angin freshcare ke. Ikutlah apa apa yang berangin untuk disapu pada bahagian kepala yang sakit dan belakang tengkuk, juga hidung. Aku sapu bukan kat kepala je, tapi sampai ke bahu, dada haa.. Tapi selalu pakai minyak angin freshcare ataupun vicks vaporub Best!


4. ‎GULA GULA BERANGIN



Makan sesuatu yang berangin. Sebab I selalunya kalau diserang migrain, memang rasa nak muntah dan selalunya memang akan muntah. Jadi gula gula yang berangin memang sentiasa kena siap sedia dalam handbag. Selalunya wrigley's doublemint yang selalu I makan. Sebab mint tu buat rasa segar. Bukan yang jenis chewing gum ye. Kalau korang rajin nak buang, ok je makan yg chewing gum. I selalunya malas. Sebab selalunya gula gula berangin tu akan ada dlm mulut sampai tertido.
Kadang tu, memang nak kena muntah jugak dulu, baru lega. Lepas tu baru makan gula gula berangin ni.


5. ‎COOLING PATCH



Ambil kain lembap atau sesuatu yang sejuk untuk diletakkan pada bahagian dahi dan belakang tengkuk. Pakai ais pun boleh. Apa apa saja yang sejuk. Boleh juga cuba pakai cooling pad migraine ice (boleh beli di shoppee atau lazada) macam ni atau cooling patch (drugstore seperti watsons, guardian dan farmasi ada jual). Rasa lega sikit kalau buat macam ni. Memang tak hilang sakit tu, tapi mampu membantu meredakan serangan migrain tu.


6. ‎WET TISSUE



Tutup mata dengan kain lembap atau wet tissue


7. ‎‎TIDUR



Bila dah buat semua yang atas ni. Kena tidur. Tidak dapat tidak, KENA TIDUR. Kosongkan fikiran. Jangan fikir apa pun, kerja ke masalah ke apa ke. Berhenti dulu dari fikir semua yang menambahkan sakit kepala. Fikiran betul betul nak kena lapang. Sebab tu kena tidur.


*kalau tak tahan sangat sakit kepala tu, makan ubat dulu then baru buat yang no 4 - 7

*‎kalau berdaya dan boleh buat, I akan buat dan minum air lemon suam sebelum buat yang no 3. Senang je.. Perah je lemon dalam segelas besar air suam dan minum. Terasa segar sampai ke kepala. Kalau takde lemon, limau nipis pun boleh.


Seperti yang dinyatakan di awal post ni, yang "migrain dipercayai diwarisi" (I read somewhere) sepertinya betul. Tidak dapat dinafikan bagi kes I. Sebabnya I baru tahu yang ayah I pun ada migrain zaman muda muda dulu. Betul atau kebetulan? Tidak dapat dipastikan. Hakikatnya I adalah mangsa serangan migrain 😆


Post ni ditulis lepas beberapa jam reda dari serangan migrain. Sebelum idea lari berkejaran dan I tak sempat nak kejar (tak cukup stamina), baik tulis cepat cepat. Alhamdulillah siap jugak post ni. Semoga share kali ini bermanfaat untuk mereka yang diserang migrain sepertiku.

You Might Also Like

6 comments

  1. Suami Sy biasa kena buat yg last sekali tu la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah.. biasanya memang tidur je la solution nya.. hehe

      Delete
  2. terima kasih atas sharing ni huda...

    ReplyDelete
  3. Ella selalu jugak kena migrain, boleh kata setiap bulan mesti ada sekali kena. Memang tak suka bila migrain ni, rasa nak hantuk2 je kepala haha.. Biasa Ella tidur je terus :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. sakit yang rasa macam nak tukar kepala lain je.. :D
      memang tidur je solutionnya ;)

      Delete

Followers

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.