Jualan Online Besar-besaran #MYCYBERSALE 2018
07:24
Yeah! MYCYBERSALE KEMBALI LAGI!!
Hebahan jualan online besar-besaran buat semua terutamanya kaki online shopping.
Sekitar Press Release #MYCYBERSALE 2018 |
Untuk pengetahuan bagi yang tak tahu dan tak pernah tahu, acara jualan online besar-besaran #MYCYBERSALE ini adalah anjuran National ICT Association of Malaysia (PIKOM) dan disokong oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Mycbersale kali pertama telah diadakan pada tahun 2014 dan MYCYBERSALE pada tahun 2018 ini adalah yang kali ke-5 diadakan.
Terdapat lebih dari 1000 peniaga yang menawarkan diskaun hebat sehingga 99%. Antara syarikat-syarikat dan jenama-jenama hebat dan ternama yang turut serta mengambil bahagian dalam #MYCYBERSALE kali ini antaranya adalah Baby Kiko, Little Bookz, Enfagrow, The Ponytale, Fiffy, Sweet Cherry, Simply Siti, Hermo, Shopback, Malaysia Airlines Berhad, Lazada, Shopee, Unilever, CJ Wowshop, Ezbuy, Lelong.my, Carousell, Mr DIY, Cornell, Acson, Watsons, Guardian, Caring Pharmacy, The Body Shop, Clinelle, Ogawa, Althea, Uniqlo, Sugarscarf, Zalora, Xixili, Nichii, Poplook, Giordano, Siti Khadijah dan banyak lagi.
Di #MYCYBERSALE, barangan yang dijual meliputi dari kelengkapan dalam rumah hinggalah ke luar rumah, dari peringkat bayi hinggalah ke peringkat orang tua dan semestinya barangan khusus untuk para jelitawan pun ada. Antara barangan yang ditawarkan di #MYCYBERSALE adalah meliputi barangan:
- bayi dan kanak-kanak
- kecantikan dan kesihatan
- elektronik, automotif
- pembelajaran
- hiburan
- pakaian dan fesyen
- makanan dan minuman
- hadiah dan cenderamata
- runcit
- kelengkapan rumah
- peralatan sukan
- kelengkapan melancong dan pakej pelancongan
- pelbagai lagi
Dan paling menarik selain potongan harga yang kaw-kaw, ada juga cabutan bertuah untuk mereka yang membeli belah di #MYCYBERSALE 2018 ini. Hadiah cabutan bertuah pun tak kurang hebatnya yang antaranya ditaja oleh Acer, Hetch, Demurevalet, Chorussupernatural, Printcious, ATKC Warehouse, Lebelle18, Ms. Read, Public Watch dan banyak lagi. Lebih 70 hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi oleh mereka yang membuat belian di MYCYBERSALE 2018.
Bermula pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang, #MYCYBERSALE akan diadakan pada pertengahan antara Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia setiap tahun. Jadi, simpan dalam memori siap-siap kalau taknak terlepas peluang memborong online dengan harga yang sangat-sangat murah. Tahun depan saya ingatkan lagi ye (jadi reminder).
Sejajar dengan tema #MYCYBERSALE 2018 iaitu "DRIVING GROWTH THROUGH OMNI CHANNEL", selain menjadi suatu fenomena yang ditunggu-tunggu oleh pembeli, #MYCYBERSALE juga memberi manfaat dan peluang kepada para peniaga tempatan dalam menceburi dan mengembangkan lagi perniagaan mereka secara atas talian sekali gus meletakkan Malaysia sebagai pusat eCommerce serantau.
Siapa je yang tak suka membeli-belah dengan harga yang sangat-sangat murah dan jimat dari biasakan. Jadi, nantikan 3 September ini untuk pelbagai barangan dengan harga yang sangat-sangat murah. Mark di kalendar siap-siap supaya tak terlepas sale online besar-besaran ini.
Simpan tarikh ni siap-siap supaya tak terlepas. #MYCYBERSALE 2018 akan berlangsung pada
3-7 September 2018
di laman web https://www.mycybersale.my/
Macam mana nak membeli belah di #MYCYBERSALE?
Klik gambar ini untuk membeli belah di #MYCYBERSALE |
2 comments
syok shopping ni
ReplyDeletehahaha rambang mata sana sini iklan sale hahaha..
ReplyDelete