Rumah Tumpangan Ronald McDonald

15:24


McDonald ada rumah tumpangan??

Ye.. McDonald ada rumah tumpangan.. Macam homestay la boleh dikatakan.

Ronald McDonald House Charities Malaysia
Kalau singgah McDonald, korang akan nampak banner dengan logo pegang tangan ni (tu pun kalau korang alert la). Nanti singgah McDonald jangan lupa tengok ye..

Berita baik untuk keluarga pesakit PAED di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Semua kenal dan tahu McDonald kan? Tipu kalau tak kenal. Hari-hari makan McD kan. hee.

Ni haa nak bagitau Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (public charity) akan membina rumah penginapan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pula, yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2019.


Rumah penginapan sementara ini dengan kemudahan yang lengkap seperti bilik air, bilik tv, dapur, bilik makan, bilik komputer, bilik basuh dan kawasan padang permainan disediakan khusus untuk keluarga pesakit kanak-kanak (PAED) yang mendapatkan rawatan di HUSM.

Jom tengok video bawah ni untuk nampak lebih jelas gambarannya.




Dengan adanya rumah penginapan sementara ini yang mempunyai 18 buah bilik, ia memudahkan dan memberi keselesaan kepada keluarga pesakit kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di HUSM. Keluarga pesakit tak perlu runsing lagi tentang penginapan dalam masa yang sama nak fikirkan keadaan pesakit lagi.


Selain di HUSM yang akan dibuka pada tahun 2019 ini, rumah tumpangan Ronald McDonald ini telah pun ada di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Rumah yang sangat selesa dan menarik ini boleh didiami tanpa bayaran (bagi keluarga yang kurang berkemampuan) atau dengan bayaran serendah RM5 sehari sebagai sumbangan. Selain itu, rumah ini juga dibuka 24 jam setiap hari, sepanjang tahun.


Satu usaha yang murni dan sangat bermanfaat untuk orang ramai. Syabas dan terima kasih Persatuan Kebajikan Ronald McDonald. Maklumat dan gambaran yang lebih terperinci boleh dilihat di laman sesawang Ronald McDonald House Charities ini.


You Might Also Like

3 comments

Followers

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.