6 Persediaan Sebelum VIVA

01:15

viva examination




VIVA??

VIVA atau sebutannya 'vaiva' adalah pembentangan bagi pengajian di peringkat sarjana atau final year project yang dihadiri oleh 4 orang (kebiasaannya) sebagai pengerusi, pemeriksa dalam, pemeriksa luar dan penyelia. Tapi biasanya penyelia tak mainkan peranan apa pun dalam tu. duk diam dan memerhati je. Tanpa komen, lagi lagi la nak tolong back upBack up ni jarang berlaku, malah ada sesetengah viva, tanpa penyelia pun.

Bila sebut je pasal viva semua pelajar kebiasaannya akan kecut perut. Betul tak? Tak baik tipu 😝Sebab pengalaman atau cerita-cerita dari senior atau orang-orang yang dah lepas viva lah yang buat kita jadi kecut perut kan. Tapi trust me, viva ni takde la teruk dan menakutkan sangat seperti yang digembar-gemburkan, jikalau korang memang buat sendiri tesis atau projek tersebut dan jikalau korang memang buat persiapan sebelum tu. Kalau tak, haru la jugak.. 😂



Apa tujuan VIVA?


  • Untuk memastikan tesis tersebut adalah hasil kerja kita
  • Untuk memastikan yang kita faham apa yang kita buat, kita tulis dalam tesis tu



Apa persediaan sebelum VIVA?



  1. Dapatkan tarikh viva atau pastikan bila sepatutnya kita viva.

    Macam mana nak tahu? Pergi je jenguk, tanya di pusat siswazah atau pejabat yang uruskan hal berkenaan viva ni. Bila dah tahu, senang la nak prepare. Biasanya dalam sebulan dua lepas hantar tesis untuk viva. Paling lama, 6 bulan lepas tarikh hantar tesis untuk viva.

  2. Pastikan viva tersebut dihadiri oleh siapa.

    - Siapa pengerusi?
    - Siapa pemeriksa dalam?
    - Siapa pemeriksa luar?

    Boleh selidik sedikit sebanyak orangnya macam mana, perwatakan macam mana, garang ke tidak, banyak cakap ke tidak.. Tanya-tanya kat orang yang kenal dengan mereka tu. Rajin-rajin la bertegur sapa, senyum.

  3. Ambil tahu segala info tentang viva.

    Berapa minit diperuntukkan untuk kita bercakap pasal tesis tu. Kalau tak tahu, boleh tanya kawan-kawan atau senior yang dah lepas. Selalunya dalam 10-15 minit je. Selebihnya tu, komen, teguran, pertanyaan, persoalan dari pemeriksa.

    Apa yang perlu dibentangkan dalam viva?
    Antara isi pembetangan viva selalunya adalah berkenaan:
    - Penyataan masalah kajian (isu yang menjadi fokus kajian)
    - Persoalan kajian / hipotesis
    - Objektif kajian
    - Metodologi kajian
    - Penemuan / sumbangan / hasil kajian
    - Output penerbitan (disenaraikan jika ada)

  4. Praktis present.

    Boleh cuba praktis depan cermin atau depan kawan-kawan dengan masa yang diperuntukkan. Biar ngam-ngam takde lah nak kena skip skip banyak benda.

  5. Ulangkaji dan ulang baca tesis yang ditulis berulang kali sampai lumat.

    Umumnya, viva ni adalah berkisar tentang tesis yang kita tulis je. Jadi, soalan yang ditanya pun adalah apa yang ada dalam tesis kita je, tak keluar dari tu. Sebab tu kena hadam tesis betul-betul dan cuba agak apa yang akan ditanya berkenaan dengan tesis kita tu.

  6. Buat senarai soalan yang mungkin ditanya dalam viva nanti dan cuba jawabnya dengan baik dan yakin

    Antara soalan asas yang ditanya dalam viva tu adalah:
    - Tesis / kajian ini tentang apa?
    - Apa yang dilakukan? (pasal metod yang digunakan)
    - Apa hasil kajian? penemuan kajian?
    - Kenapa kajian ini penting dilakukan?
    - Apa beza kajian ini dengan kajian-kajian yang lain?

Viva ni sebenarnya nak bantu pelajar.. Dalam viva ni lah, pelajar akan diasak dengan pelbagai soalan dan persoalan. Tak kurang juga komen dan teguran sama ada yang membangun atau menjatuhkan. Semuanya adalah untuk hasil tesis yang terbaik dan berkualiti. 

Kuncinya: Kena yakin dan betul-betul faham tentang tesis yang ditulis tu

Fikir yang positif je, inshaaAllah fikiran positif sangat-sangat membantu, disertai dengan perbanyakkan baca doa penerang hati, mintak dengan Allah banyak-banyak supaya dilancarkan lidah dalam berkata-kata.

JAMPI MUJARAB: Banyakkan baca 'YA LATIIF' dan hembuskan ke arah mereka yang menghadiri viva tu, terutamanya pemeriksa. (Tapi janganlah bagi nampak hembus tu 😂) Niatkan supaya dilembutkan hati mereka. Nak lagi mujarab sebut nama terus.

Contohnya: Ya Latiif, Prof ..... , kemudian hembus) Kalau tak boleh hembus, cukup sekadar niat.

Boleh digunakan jugak untuk present atau apa sahaja, dengan niat untuk lembutkan hati orang tersebut.

Jangan kecewa kalau lepas viva, kena baiki banyak atau sedikit. Itu sangat-sangat normal. Hampir tiada yang lulus viva tanpa sebarang pembetulan. So, chill je keyh!


SELAMAT MAJU JAYA!!!

You Might Also Like

4 comments

  1. For students Selamat maju Jaya dlm menghadapi viva😊 visit my blog: www.keunggulanwanita.com

    ReplyDelete
  2. baru taw pasal viva ni hihihi... ingat mula2 viva tu kereta hahahah

    ReplyDelete

Followers

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.