Fernleaf 100% Susu Lembu dari New Zealand

14:55

Fernleaf peneraju jenama tenusu dunia sejak 1893 lagi. 


Unboxing Fernleaf UHT Milk 



Buka-buka cooling bag ni.. tiba-tiba....


Tadaaa... Dalam cooling bag ni, ada lembu dari New Zealand seekor berserta padang rumput yang hijau segar megar nampaknya. Selain lembu dan padang rumput, ada jugak susu lembu full cream dan chocolate, pun dari New Zealand. Excited pulak dapat lembu hitam putih yang comel ni.. Selalu tengok lembu Malaysia warna koko je kan.. hehe.


unboxing fernleaf
Hasil dari cooling bag Fernleaf


rumput subur
Hai! Saya lembu dari New Zealand



Fernleaf UHT Milk
Hai! Saya datang ke Malaysia untuk kongsikan manfaat susu saya


Fernleaf UHT Milk
Susu berkualiti tinggi 

Tahukah anda?

Susu berkualiti tinggi datangnya dari padang rumput yang tumbuh subur secara semula jadi.
Keadaan geografi New Zealand yang mempunyai kadar hujan yang baik serta cahaya matahari yang banyak menjadikan tanah di situ subur. Ia merupakan satu kelebihan besar bagi lembu yang dipelihara di New Zealand. Selain dapat meragut rumput yang tumbuh sumbur secara semula jadi, lembu-lembu di New Zealand juga mendapat cahaya matahari yang baik. Lembu-lembu di New Zealand juga dipelihara dengan baik dan dibiarkan bebas meragut rumput sesuka hati tanpa dikurung dalam kandang. Lembu pun bahagia je kan tak dikurung (siapa je yang suka dikurung). Hasilnya, susu yang dikeluarkan dari lembu-lembu di sana mendapat vitamin dan zat yang cukup.

susu penuh krim
Mengandungi nutrien penting yang diperlukan badan


Tahukah anda apa yang perlu ada pada susu yang kita minum setiap hari?

Kalsium.
Ya, badan kita memerlukan kalsium setiap hari untuk kesihatan badan terutamanya untuk menguatkan tulang dan gigi bagi orang dewasa manakala bagi kanak-kanak ia penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Tapi kalsium semata belum memadai untuk tubuh badan kita sentiasa sihat. Badan kita bukan sahaja memerlukan kalsium tetapi memerlukan juga Vitamin D. Kalsium dan Vitamin D ni ibarat kawan karib. Tanpa Vitamin D, kalsium tidak dapat berfungsi dengan baik.


Apa kaitan Vitamin D dengan Kalsium?

Vitamin D berfungsi untuk membantu memudahkan lagi proses penyerapan kalsium dalam badan. Dah nampak kaitan antara Kalsium dan Vitamin D? Jadi kalsium semata tanpa Vitamin D akan menjejaskan proses penyerapan kalsium.

Susu Fernleaf 100% dari New Zealand membekalkan protein, kalsium, vitamin A dan vitamin D.


Susu Fernleaf adalah susu UHT (Ultra-high Temperature). Susu mentah perlu menjalani proses pempasteuran (kaedah pemprosesan makanan berbentuk cecair pada suhu tertentu selama beberapa saat atau minit dengan penyejukan segera). Ianya bertujuan untuk membasmi bakteria dan memanjangkan hayat susu tanpa sebarang bahan pengawet di samping dapat mengekalkan rasa dan nutrien sebenar. Ia selamat diminum dan 100% Mmmmm........


Fonterra
Susu untuk seisi keluarga

Ramai yang ingat, susu hanyalah untuk kanak-kanak. Jadi ramai lah orang dewasa lelaki dan perempuan tak minum susu. Jangan macam tu ye.. Susu bukan untuk kanak-kanak je tapi untuk semua manusia yang hidup. Lagi-lagi kaum wanita.. Wanita lebih berisiko tinggi untuk mendapat penyakit osteoporosis (tulang rapuh). Kalau sekarang umur dalam bawah 40 memang tak rasa lagi. Kalau diabaikan, merasa la sakit tulang rapuh ni. Mintak jauh laa.


perasa coklat
Full cream dan chocolate fav huda

Tak suka rasa susu?

Untuk pengetahuan semua, Fernleaf datang dengan 3 rasa yang berbeza iaitu full cream, low fat dan chocolate. Jadi kalau yang taku suka rasa susu tu, boleh minum yang chocolate (kurang rasa susu). Tak payah pun nak minum susu ni.. Tak perlu bancuh pun. Beli yang kotak, grab je setiap hari sebelum pergi belajar atau kerja. Ibu bapa pun boleh bekalkan anak-anak susu ni (simpan siap-siap dalam beg sekolah anak-anak)


susu lembu
Riang ria seisi keluarga bersama Fernleaf


5 Tips galakkan anak-anak minum susu:

1. Satu keluarga wajib minum susu ni. Budak-budak mudah terpengaruh dan ikut apa yang mereka lihat di sekeliling mereka. Jadi bila semua pakat minum susu, dia pun akan ikut minum jugak. Kalau ada kucing, tunjuk pada mereka yang kucing pun minum susu.

2. Biarkan mereka pilih susu yang digemari. Citarasa setiap orang tu berbeza-beza. Kanak-kanak selalunya lebih suka susu yang berperisa. Biarkan mereka pilih perisa yang digemari.

3.  Hidangkan susu kotak yang sejuk.

4. Ceritakan khasiat susu kepada mereka. Kenapa perlu minum? Kalau tak minum jadi macam mana? Tunjukkan dari mana datangnya susu ni (lembu). Kanak-kanak sukakan sesuatu yang visual.

5. Gunakan kreativiti untuk menhidangkan susu. Gunakan kepelbagaian sebagai contoh: hidangkan bersama cereal berserta buah-buahan (warna warni), hidangkan dengan hiasan mainan kegemarannya (sebab nak suruh minum susu, letak la mainan sekawan lembu) dan lain-lain lagi.  




SAYANGI TULANG DAN GIGI ANDA. ERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN DENGAN FERNLEAF

#100Mmmmm
#FernleafUHT
#Fernleaf
#UHTmilk






















You Might Also Like

1 comments

Followers

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.