Safe Driver or Risky Driver? Tanya Diri, Nilai Sendiri

12:08

Teringat zaman ambil lesen kereta. Saya dibenarkan ambil lesen kereta sedikit lewat daripada
adik-beradik yang lain disebabkan oleh perwatakan dan gaya saya menunjukkan kecenderungan untuk langkah panjang. Kalau lelaki tu, okay la nak langkah panjang kan. Ini perempuan, mak ayah mana la yang tak risau. Ye dok? Hehe. Kalau dapat lesen awal, mungkin dah ke mana-mana dah merayapnya. Berani tak bertempat, sukakan cabaran dan sesuatu yang lasak.

Namun, hakikatnya bila dah boleh pegang stereng kereta, takdelah berani sangat sebenarnya. Lagi-lagi bila masa ujian memandu dulu, 2 kali tak lulus ujian JPJ sebab merempit punya pasal. Nyaris-nyaris nak accident. Mujurlah tak melayang nyawa. Pegawai JPJ pun bukan main kecut perut lagi. Tapi bukan sengaja tau. Tu pun sebab berdebar punya pasal. Bila dah berdebar, banyaklah kesalahan yang dibuat, cuai dan kurang berhati-hati.

Bila dah boleh bawak kereta tanpa sebarang pengawasan ni, bukan main seronok lagi rasanya. Semua tempat rasa nak pergi. Bebas tanpa pengawasan. Seronok tu seronok jugak, tapi bila teringat balik peristiwa masa ambil lesen memandu dulu yang nyaris-nyaris accident membuatkan saya lebih berhati-hati di jalan raya. Suka ke tidak, peraturan jalan raya mesti kena ikut. Risau pisang berbuah dua kali. Risiko untuk terlibat kemalangan tu lebih tinggi kalau tak ikut peraturan jalan raya. Risaukan kemalangan tu satu hal dah, satu hal lagi risau kena saman jugak. Peraturan dibuat bukannya saja-saja, tetapi untuk keselamatan kita juga. Utamakan keselamatan dulu ye guys. Kurangkan risiko kemalangan. Kalau yang jenis clumsy macam saya tu, cuba atasinya dengan bawa bertenang.

Moral of the story, stay calm, focus while driving and follow the rules.

seatbelt on, let’s go! I am a safe driver.
So, adakah anda seorang safe driver?

Tips utama untuk menjadi ‘safe driver’ bagi mengurangkan risiko kemalangan.

Checklist for safe driver. Jom semak!

  • Pastikan pakai seatbelt (Bukan pakai seatbelt bila nampak polis atau JPJ je ye)
  • Patuhi had laju yang telah ditetapkan
  • Patuhi lampu isyarat
    Hijau tandanya jalan
    Kuning tandanya bersedia untuk berhenti (Bukan sedia untuk pecut ye)
    Merah tandanya berhenti
  • Tidak menggunakan lorong kecemasan. (Eh eh suka-suka hati pula ye nak guna.. Lorong kecemasan adalah untuk kecemasan sahaja, bukan untuk keluar dari kesesakan lalu lintas ye..)
  • Tidak memotong di garisan berkembar
  • Memberi signal sebelum menukar lorong
  • Pastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan yang baik
  • Memandu dengan tenang dan penuh fokus
  • Tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu
  • Tidak meletakkan kenderaan sesuka hati terutamanya di kawasan lalu lintas yang sibuk
  • Tidak memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah
Kita sebagai pemandu, lagi-lagi kalau membawa penumpang, sangatlah perlu untuk menjadi pemandu yang selamat daripada sebarang kebarangkalian untuk berlakunya kemalangan. Walaupun begitu, kita tidak tahu apa yang mungkin akan terjadi. That’s why kita memerlukan insurans. Makanya, pemilihan syarikat dan produk insurans atau takaful yang bersesuaian dengan keperluan kita sangatlah penting.

Bermula pada Julai 2017, Bank Negara telah melaksanakan liberalisasi berperingkat tarif insurans. Liberalisasi insurans/takaful motor bermaksud harga bagi produk-produk insurans atau takaful motor ditentukan oleh setiap penanggung insurans dan pengendali takaful dan tidak lagi ditentukan berdasarkan tarif motor (senarai harga yang telah ditetapkan) seperti sebelum ini. Liberalisasi insurans motor membolehkan kita sebagai pengguna menikmati pilihan produk insurans atau takaful motor yang lebih luas pada harga kompetitif. Ini adalah kerana penanggung insurans dan pengendali takaful dapat mengenakan premium atau sumbangan takaful bersesuaian dengan faktor risiko.

Pemanduan yang selamat merupakan salah satu faktor risiko yang diambil kira dalam pengiraan kadar premium insurans atau takaful. Pemandu yang berisiko rendah bakal membayar premium yang lebih rendah berbanding pemandu yang berisiko tinggi. Sebab tu perlunya kita sebagai pemandu ni jadi safe driver. Pemandu yang sentiasa terlibat dalam kemalangan secara umumnya boleh diklasifikasikan sebagai pemandu yang berisiko tinggi kerana cuai dan tidak bertanggungjawab. Ini dapat dilihat melalui gaya dan tabiat pemanduan yang tergesa-gesa, tidak sabar dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Lebih tinggi profil risiko pemandu, maka makin tinggi la premium! Makanya jadilah safe driver kalau tak nak premium tinggi.

Amalkan sikap sentiasa sabar dan bertimbang rasa di jalan raya. Sikap sabar adalah suatu yang sangat penting dan diperlukan ketika memandu. Hilangnya sabar boleh menyebabkan kita bertindak agresif sehingga berisiko menghadapi kemalangan. Mainkan peranan sebagai pemandu berhemah dan selamat di jalan raya. Ingat, berhati-hati dan patuhi undang-undang di jalan raya boleh mengurangkan risiko kemalangan! Pilihan di tangan anda. Amalkan pemanduan berhemah, jom jadi pemandu selamat dan sama-samalah kita kurangkan kadar kemalangan.


*Maklumat yang lebih lanjut mengenai liberalisasi insurans kenderaan bermotor, pelan atau produk insurans yang terbaik dan bersesuaian dengan keperluan kita, boleh layari laman web
PIAM atau MTA.

Untuk pengetahuan, PIAM dan MTA juga menyediakan ‘Pusat Panggilan Bantuan Kemalangan’
(Accident Assist Call Centre/AACC) di talian 15-500 yang beroperasi setiap hari, selama 24 jam
untuk membantu kita sebagai pengguna jalan raya ketika berlakunya kemalangan atau kerosakan kenderaan di jalan raya, selain membantu memberikan maklumat asas mengenai prosedur tuntutan insurans dan menghubungkan pengguna kepada syarikat insurans dan takaful yang berkenaan.


Play your role as a safe driver.











You Might Also Like

2 comments

  1. kita harap sangat semua pemandu jadi safe driver kan. sebab kemalangan bukan melibatkan nyawa kita je, nyawa orang lain di sekeliling pun terlibat sama

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing

    ReplyDelete

Followers

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.