15 Amalan Doa Terbaik Sepanjang Bulan Ramadhan

20:13

Tiap kali datangnya Ramadhan mungkin ada antara kita yang tak tahu nak doa apa kan? 
Ramai yang tahu Ramadhan adalah bulan mustajab doa tapi tak tahu nak doa apa?

Ramadan 2019


Ini antara senarai doa yang boleh diamalkan sepanjang bulan Ramadhan.

1. Ini berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w dan memang dianjurkan membacanya sepanjang bulan Ramadhan, terutamanya pada lailatul qadr iaitu 

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun. Engkau menyukai sikap memohon ampun. Maka, ampunkanlah kami.


2. Doa Nabi s.a.w dari riwayat Ibn Majah, memohon ilmu yang bermanfaat kepada diri sendiri dan bermanfaat untuk orang lain. Memohon rezeki yang baik dan menyenangkan hati. Memohon diterima segala amal.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً، وَرِزْقًا طَيِّبًا

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, amal yang diterima dan rezeki yang baik.


3. Doa ibu bapa

اَللهُمَّ اغْفِرْلِىْ ذُنُوْبِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا

Allah ampunkanlah segala dosa ibu dan ayahku Kasihani mereka seperti mereka menjagaku semasa kecil


4. Memohon pengakhiran kehidupan yang baik

أَللّٰهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَا تِمَةِ وَلَا تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوْءِ الْخَا تِمَةِ

Ya Allah akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah dan janganlah engkau akhiri hidup kami dengan su’ul khotimah

أَللّٰهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ عُمُرِىْ وَخَيْرَ عَمَلِىْ خَوَاتِمَهُ وَخَيْرَ اَيَّامِىْ يَوْمَ لِقَآئِكَ

Ya Allah! Jadikanlah sebaik-baik umurku hingga akhirnya, dan sebaik-baik perbuatanku hingga kesudahannya dan sebaik-baik masaku hingga menjumpai-Mu.


5. Doa pasangan yang baik dan anak penyejuk mata

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

(Surah al-furqan: 74)

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa


6. Doa memohon ketetapan iman

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).”

(Surah Ali Imran: 7)

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ

Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu


7. Doa memohon kebaikan dan dijauhi kejahatan

اللَّهُمَ حَبَّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا، وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ، وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ

(Surah Al-Hujurah: 7)

Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada keimanan dan jadikanlah ia indah di hati kami, bencikanlah kami pada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan, serta masukkanlah kami dalam golongan orang yang mendapat petunjuk.


8. Doa memohon diberi kecukupan

حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

(Surah At-Taubah: 129)

Cukupkanlah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang agung.


9. Doa memohon dijauhi hasad dengki dan dendam

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ , وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ

(Surah Al-Hashr: 10)

Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat Pelembut dan Pengasih.


10. Doa memohon zuriat keturunan rajin mendirikan solat

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء

(Surah Ibrahim: 40)

Ya Tuhanku, jadikanlah daku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku


11. Doa memohon cinta dan kasih sayang

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu amalan yang dapat menyampaikanku kepada cintaMu


12. Doa memohon perlindungan dari azab kubur, seksaan kubur dan fitnah Dajjal

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ وَفِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَشَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

(HR Muslim no. 588)

Ya Allah, aku memohon perlindungan kepada-Mu dari seksaan kubur, seksaan neraka, penyimpangan ketika hidup dan mati, dan kejahatan Dajjal.


13. Doa memohon kekayaan harta

اللَّهُمَّ أكْثِرْ مَالِي، وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أعْطَيْتَنِي وَأطِلْ حَيَاتِي عَلَى طَاعَتِكَ، وَأحْسِنْ عَمَلِي وَاغْفِرْ لِي

Ya Allah, perbanyakkanlah hartaku dan anakku, serta berkatilah kurnia yang Engkau beri. Panjangkanlah umurku dalam ketaatan pada-Mu dan baguskanlah amalku serta ampunilah dosa-dosaku.


14. Doa memohon ampun, dirahmati, diberi rezeki dan petunjuk

رَبِّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاجْبُرْنِي ، وَارْفَعْنِي ، وَارْزُقْنِي ، وَاهْدِنِي.

Ya Allah ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, tinggikanlah darjatku, berilah rezeki dan petunjuk kepadaku.


15. Doa memohon syafaat nabi

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ ، وَالصَّلاَةِ القَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الوَسِيلَةَ وَالفَضِيلَةَ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ

Ya Allah, Tuhan Pemilik panggilan yang sempurna (azan) ini dan solat (wajib) yang didirikan. Berilah al-wasilah (darjat di syurga) dan al-fadhilah (keutamaan) kepada Muhammad s.a.w. Dan, bangkitkanlah beliau sehingga bisa menempati kedudukan terpuji yang engkau janjikan.”

(HR. Bukhari, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa’I, dan Ibnu Majah).


Selain tu, boleh doa apa sahaja yang kita nak. Yakinlah pada pertolongan Allah. Nyatakan sejelas-jelasnya apa yang dimahu, bila dan sebagainya. Tidak ada yang mustahil bagi Allah. Yang penting kena yakin.

Doa bahasa Melayu pun takde masalah. Allah faham semua bahasa. 

Ramadhan Kareem. Selamat berpuasa, selamat menunaikan ibadah.

You Might Also Like

2 comments

Followers

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.