[ VIRAL ] KEMAMPUAN LELAKI 3 JARI INI BUAT RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENANGIS!

14:40

Assalamualaikum semua! Selamat Hari Pekerja diucapkan kepada semua sama ada yang kerja makan gaji atau kerja sendiri. Sempena Hari Pekerja, pada 1 Mei ini, saya nak kongsikan satu kisah inspirasi yang nampak mustahil, tapi realitinya tidak.



Saya ikuti kisah viral saudara Nizam, yang merupakan pengasas Jamumall. Seorang Orang Kelainan Upaya (OKU), yang mampu menjadi pengasas jenama sendiri. Apa beza beliau dengan kita? Apa yang dia ada tapi kita tak ada?


kisah viral


Kisah Viral tentang saudara Nizam sangat terkesan kepada saya dan kita sebagai orang yang dikurniakan fizikal yang lengkap rasa tertampar dengan setiap kata-kata yang diluahkan beliau. Dalam keadaan fizikal dia seperti itu, dia mampu membahagiakan keluarga, mampu menyenangkan keluarga. kita (saya sendiri lah, tak nak tuju kat orang lain) tertanya-tanya kenapa saya tak boleh berjaya, macam dia? Sepatutnya kalau fikir ikut logik, yang cukup fizikal boleh bergerak semua ni, lagi lah sepatutnya boleh buat lebih lagi kan?


Kuncinya adalah beliau ada kemahuan yang kuat. Beliau ada BIG WHY. Beliau ada rasa tanggungjawab pada keluarga. Beliau tak nak dipandang teruk oleh orang ramai. Paling kurang beliau rasa nak keluar dari kesusahan yang dia rasa dan nak bantu orang lain. Kisah saudara Nizam ini banyak terkesan dalam hidup saya. Kalau seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) pun boleh Berjaya, kenapa tidak kita?


Betullah kata pepatah Melayu, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tapi kemahuan tu bukan sekadar kemahuan angan-angan, ianya perlulah kemahuan yang sangat tinggi sehingga kita kena berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya.


Luahan di Facebook beliau, sangat terkesan di hati ramai orang.

Di usia 30, dengan keadaan cacat, aku bersyukur dengan kehidupan. Aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd dan membina platform jualan jamumall.com. Aku happy mampu beli apa aku nak, mampu makan yang mewah, mampu travel ke Dubai, Korea, Japan, Australia dan banyak negara aku dah sampai. Yang paling best, aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga, tanggung family dan bersedekah setiap hari.

kisah viral

Bukan nak riak... tapi aku tau ramai sebenarnya orang di luar sana nak jadi macam aku. Nak banyak duit macam aku, nak bahagiakan family mereka macam aku. Tapiii adakah mereka sekuat aku??


Lihatlah aku...

kisah viral



kisah viral

Kehidupan aku dulu tak macam ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. Makan perlu disuap, mandi perlu diuruskan, duduk perlu diangkat dan tidur perlu dijaga. Bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian.

kisah viral

Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari, bukan tiga hari, bukan seminggu, bukan sebulan tetapi bertahun tahun!!! Ada ketika saya rasa sangat terkesan bila ada ketika bila saya haus, lapar, penat, takde orang di sisi. Tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa, nafas, sedikit kekuatan jari dan akal mesti ada sesuatu manfaat yang nak aku buat.

kisah viral

Aku cuba merenung dan mengimbas kehidupan ramai orang di luar. Kalaulah aku diberi tubuh fizikal sempurna, boleh berjalan, berlari, melompat, pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada orang lain.

Aku melihat ramai yang malas untuk ubah hidup sendiri. Ramai yang suka bagi bermacam alasan bila bekerja, ramai yang cepat give up bila ada cabaran!!

Ramai cuba memilih untuk kerja senang, taknak susah. Lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat. Sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun-tahun atas dasar ego, boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah. Paling terkesan nak bagi duit mak dan ayah, family pun tak mampu... Aku sedih!!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka.

kisah viral

Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur. Bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan jangan sia-siakan. Aku bangkit untuk beri manfaat pada orang lain. Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal, aku dapat melihat kegembiraan, senyuman ramai orang-orang disekeliling aku.

kisah viral

Kini aku sedar, untuk berjaya dalam kehidupan, pekerjaan, mahupun bisnes bukan mudah. Tetapi atas keinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, keberanian yang tinggi, suka belajar dan improve diri, dan juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa aku ke tahap sekarang.

pengasas jamumall sdn bhd

Dan semua value yang ada dalam diri aku, akan aku bawakan ke dalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit, bersemangat dan berjaya!!!

siti jamumall



kisah pengasas jamumall

Akhir kata, kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan orang sekeliling.. Anda ada berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kita je mampu ubah diri kita!!

kisah OKU viral


Nak lebih rasa semangat beliau, tengok lah video bawah ni. Sangat terkesan!




Jom follow Khairul Nizam

FB https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/
PAGE https://www.facebook.com/Jamumallcom/

IG: https://www.instagram.com/hyekhairul/

Website https://jamumall.com/


Semoga kisah inpirasi ini mampu menyuntik semangat kita semua supaya tidak berputus asa dengan kehidupan dan tidak mudah menyerah kalah. Kita juga mampu berjaya.

You Might Also Like

4 comments

  1. Being physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.

    ReplyDelete
  2. Beliau boleh berjaya jadi apa alasan kita untuk tidak mahu berusaha

    ReplyDelete
  3. Hilang upaya tak beerti tak boleh berjaya. Beliau sudah buktikan

    ReplyDelete
  4. Asssalamualaikum. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah dipilih sebagai salah seorang pemenang Abam Kie's Birthday Giveway. Untuk maklumat lanjut dan cara menuntut hadiah, sila layari pautan di bawah ini. Tahniah dan terima kasih!

    http://www.zukidin.com/2019/05/keputusan-abam-kies-birthday-giveaway.html

    ReplyDelete

Followers

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.