Sekarang musim peperiksaan
SPA bagi kebanyakan jawatan kan. Tak pasti la kalau huda sorang je yang
perasan. Hikss. Peperiksaan SPA sekarang sudah upgrade, jawab online je. Tak perlu
nak kena hadir ke mana-mana. Bagus la tu kan, memudahkan semua orang. Cuma yang
payahnya kalau line tak stable. Aishh, kalau line teruk.. memang betul-betul
menguji kesabaran la.
Okay, huda taknak berleter
panjang-panjang. Harini huda nak share sikit berkisar tentang pembahagian
soalan bagi peperiksaan SPA. Kebiasaannya ujian tu merangkumi 3 bahagian,
iaitu:
i)
Psikometrik
ii)
Pengetahuan am
iii)
Daya menyelesaikan masalah
Bagi yang tak tau atau
kurang pasti ujian psikometrik tu macam mana, ni huda share sikit apa yang huda
tahu dan faham. Nama psiko tu macam dah seram kan. Ngeh3x..
Ujian Psikometrik ni adalah
ujian untuk menguji pandangan kita terhadap sesuatu topik. Ianya adalah untuk
mengetahui bagaimana personaliti kita. Nak tengok sejauh mana personaliti kita.
Nak menilai tahap leadership kita, bekerja dalam kumpulan macam mana, jujur ke
tidak. Haa.. macam tula lebih kurang. Selalunya ianya dijawab dengan dua
pilihan jawapan iaitu Ya atau Tidak.
Pengetahuan am pula adalah pengetahuan am mengenai Malaysia,
alam sekeliling dan jawatan yang dipohon. Jadi... korang kena tahu lah apa yang
patut, perkembangan malaysia sekarang, projek-projek kerajaan, sejarah dan
lain-lain yang berkaitan.
Penyelesaian masalah pula adalah soalan yang menghendaki kita
selesaikan masalah la, tentang kira-kira iaitu matematik (matematik ikut atas
jawatan, tinggi jawatan tinggi la matematik nya). Bahagian ini mungkin mempunyai
pecahan topik seperti kemahiran logik, kemahiran menginterpretasi data dan
konsep-konsep matematik. Gunakanlah segala pengetahuan yang ada, gunakan
kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.
Kertas peperiksaan online |
Kepada yang akan menghadapi peperiksaan SPA, huda ucapkan
selamat maju jaya, semoga dipermudahkan menjawab. Selamat menjawab dengan baik!