Susah Tidur Malam? 8 Cara Atasinya

02:18


Topik ni penting bagi mereka yang selalu ada masalah tidur malam atau insomnia. Susahnya lah nak tidur malam. Bermacam-macam cara dah cuba tapi masih susah nak tidur malam. Kalau tidur pun, mesti kerap terjaga tengah malam. Siapa yang alami masalah macam ni?

Ye, I adalah antara salah seorang yang mengalami masalah sukar tidur malam (insomnia). Jadi post kali ni, I nak kongsi cara mudah tidur malam dan dapatkan tidur yang lena. Check it out!

"Insomnia is the inability to fall asleep or stay asleep at night" - helpguide.org

"Characteristics include not being able to fall asleep, not staying asleep throughout the night, and waking up too early in the morning" - everydayhealth.com

Cara mudah tidur malam
Picture credit to National Sleep Foundation


Penyebab insomnia adalah berbeza-beza pada setiap orang. Boleh jadi disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan yang boleh menggangu tidur, pengambilan minuman berkafein berlebihan, stress dan lain-lain lagi.

Untuk tidur lena di malam hari, mestilah bermula dari rutin dan aktiviti kita pada waktu siang.


8 PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN UNTUK TIDUR MALAM YANG LENA

1. Senaman

cara elak insomnia
Picture credit to SteadyHealth.com

Lakukan senaman di petang hari paling. Asalkan badan bergerak dan keluar peluh. Tak kisah la nak jogging ke, berjalan ke, main bola ke, badminton ke.. Asalkan boleh buat badan berpeluh dan penat. Bila badan penat, lebih mudah untuk tidur di malam hari.

2. Diet




makanan yang membantu tidur lena
Picture credit to TheIndianSpot

Elakkan makan beberapa jam sebelum waktu tidur. Pengambilan makanan berat sebelum tidur boleh menyebabkan ketidakselesaan pada tubuh. Elakkan makanan pedas-pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih ulu hati dan mengganggu tidur. Elakkan juga minum air terlalu banyak sebelum tidur supaya tidak terjaga di tengah malam untuk ke tandas.

3. Tidur



cara atasi insomnia


Elakkan tidur di petang hari. Boleh kalau nak tidur sekejap pada waktu siang (naps/qailullah), tidur sebentar sebelum Zohor. Pastikan tidur antara 15-30 minit sahaja. Kalau lebih dari 30 minit, kebarangkalian untuk payah tidur malam tu, tinggi.

4. Kafein


caffeine dan masalah tidur


Boleh ambil minuman berkafein tetapi pastikan ambil sebelum makan tengahari. Sebab kafein ni akan berada di dalam badan kita selama 6 - 7 jam. Jadi kalau kita ambil kafein pada waktu petang atau malam, memang akan susah tidur malam sebab kafein tu masih ada dalam badan. Pengambilan kafein yang berlebihan boleh menyebabkan insomnia.




5. Suasana bilik tidur


bilik tidur yang selesa
Picture credit to DrDoni.com


Pastikan keadaan bilik tidur sunyi, gelap (tutup semua sumber cahaya) dan suhunya tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Keadaan suhu bilik yang panas boleh mengganggu tidur.


6. Keadaan tempat tidur



avoid eating in bed


Katil atau tilam tempat tidur mestilah bersih dan selesa. Sebolehnya pakai cadar cotton. Perlu diingat juga, tempat tidur hanyalah untuk tidur. Elakkan sebarang aktiviti lain di tempat tidur seperti makan, tengok movie, baca buku, buat kerja dan lain-lain. Ingat! Tempat tidur hanyalah untuk tidur.




7. Skrin eletronik


phone cause insomnia


Elakkan penggunaan alat eletronik seperti smartphone, tv, tablet dan laptop sekurang-kurangnya sejam sebelum tidur. Skrin peralatan elektronik seperti ini memancarkan cahaya biru (blue light) yang boleh mengganggu pengeluaran hormon melatonin (dihasilkan oleh pineal gland pada otak). Level melatonin ni meningkat apabila mata kita mengesan pengurangan cahaya. Memudahkan kita untuk tidur. Body-clock kita juga dipengaruhi oleh melatonin.

Jadi kalau kita guna peralatan elektronik yang mengeluarkan cahaya biru ni, mata kita tak boleh nak kesan pengurangan cahaya dan ini mengganggu pengeluaran melatonin yang membolehkan kita tidur. (mata kita still detect cahaya dan hantar signal pada otak yang keadaan masih cerah, belum boleh tidur.. haa macam tu lah lebih kurang).




8. Haiwan peliharaan


tidur dengan kucing



Jangan tidur bersama haiwan peliharaan. BIG NO. Banyak gangguan daripada haiwan peliharaan ini yang boleh mengganggu kualiti tidur kita. Japgi mencakar la, mengiau la dan macam macam hal lagi la.. Kan dah kacau tidur tu..



Kalau korang dah cuba semua ni, tetapi masih mengalami masalah insomnia... Jangan takut, jangan segan, buat temu janji dating dengan psikiatrik (psikiatrik bukan untuk orang gila je ye).

Sesetengah orang yang ada masalah ni adalah kerana masa silamnya (bad history). Trauma dengan sesuatu. Jangan risau, psikiatrik boleh membantu.. Diorang dah dilatih untuk menjadi pendengar yang baik dan dilatih untuk membantu mereka yang bermasalah seperti ini. Jangan dibiarkan masalah ini, ianya boleh mendatangkan masalah lain di kemudian hari. #WeCareforYou


You Might Also Like

0 comments

Followers

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.