Cara draftkan Post Instagram
06:29
السلام عليكم
Hii semua.. Bercakap pasal instagram, saya pasti ramai
antara kita yang ada akaun instagram kan (pelik pulak rasanya sebut akaun, macam
akaun bank pulak. hihi. Abaikan). Yela, dunia semakin canggih, media sosial pun makin
laris la. Orang ada, kita pun nak ada jugak, tak nak ketinggalan langsung. Sampai
semua media sosial nak kena ada, facebook, twitter, friendster, instagram,
blog, vlog, haa apa lagi.. banyak sangat daa. Tak menang tangan nak layan
semua. Macam mana orang yang ada semua-semua ni bahagikan masa ye, terfikir la
jugak. hihi.
Ok, dah. Stop MEMBEBEL. Straight to the point. Bebel panjang-panjang
pun, macam la ade orang nak dengar kan. Hoho..
Haa, korang pernah tak terfikir, nak post gambar kat
instagram, nak taip-taip captionnya dulu, tapi taknak post lagi. Tapi
disebabkan TAK ADA draft post kat instagram macam kat blogger ni, jadi terpaksa
la post jugak. Atau sampai sudah tak jadi postnya kan. Huhu.
JANGAN RISAU… Meh saya nak share something. Tapi mungkin
awak-awak semua dah tau kan. Takpelah, saya nak share jugak, mungkin ada yang
tak tahu.
Ni la applicationnya, boleh search di Play Store, taip jer 'TAKEOFF' |
Dengan application ni,
awak-awak boleh la tetapkan masa bila nak postkan gambar-gambar kat Instagram
tu. Untuk yang berbisnes, memang application ni sangat membantu. Haa, kerja pun jadi mudah kan..
Ok guys, tu je saya nak
share setakat ni. Angkat kaki dulu… Selamat berinstagram ye semua.. hihi
p/s: semua benda ada pro
and cons. 'takeoff' ni pun begitu jugak. Selamat menjelajah la ye. :)
0 comments