Tak Bersalah ke Buat Orang Meninggal?

18:13

                                                     السلام عليكم

Hai guys.. Korang pernah tak terima gambar-gambar hantu pepagi buta? (Tak kisah la pagi ke, petang ke, malam ke) Tak pun terima video. Tengah-tengah syok menghayati video tu, tetiba keluar gambar hantu mengejut. Uishh, rasa macam nak marah je kat orang hantar tu kan. Rasa nak menangis pun ada. Korang pun mesti pernah kena macam ni kan..? Macam mana korang rasa ye? 
Tak tau la siapa yang pencetus buat kerja tak berfaedah macam tu. Sudah-sudah la buat kat orang macam tu. Tak baik tau. Silap-silap hari bulan, yang korang kenakan tu ada penyakit jantung, tak ke parah. Boleh meninggal orang dibuatnya. 

Saya pun turut terkesan jugak sebenarnya. Sekarang jantung saya dah tak kuat, dah lemah dah. Semuanya kesan kerja-kerja tak berfaedah tu la. Sekarang kalau la ada orang hantar video apa-apa ke, memang sampai ke sudah la saya takkan tengok. 

Nah, saya belanja gambo hantu kesayangan korang. hihi. 
Ooppss! Jangan salah faham. Saya bukanlah seorang yang penakut, cerita-cerita hantu lagi kan saya tengok. Dating dengan hantu lagi kan pernah. huhu. Lain tau kalau kita tengok cerita hantu, walaupun terkejut, tahap terkejut tu tak seteruk bila terima prank macam ni, Sebab bila kita tengok cerita hantu, kita awal-awal dah set minda kita (ni cerita hantu, akan ada part terkejut-terkejut, be ready) So kita dah ready.

p/s: Tolonglah, saya merayu kawan-kawan kat luar sana, janganlah buat kerja-kerja macam tu lagi, walaupun niat anda hanya ingin bergurau. Pleaseee.....! Saya tak tahan dah dengan kejutan-kejutan macam tu. Peratus pesakit jantung untuk meninggal disebabkan prank korang tu, mungkin tinggi. Dan peratus untuk orang normal, terkena lemah jantung pun tinggi.

Saya tau awak semua baik kan.. Terima Kasih kerana memahami.. :)

Have a nice day guys.. :)




You Might Also Like

0 comments

Followers

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.