Pengganti Uber, Pesaing Grab | MULA

14:45



Rasa sedih bila dapat tahu Uber telah ditamatkan perkhidmatannya dan digantikan dengan Grab. Bila kita dah selesa dengan sesuatu tu, memang payah nak beralih pada yang lain. Masa perkhidmatan Uber masih ada sebelum ni, soobeey antara pengguna Uber yang tegar. Tegar sebab soobeey takde transport sendiri dan kalau nak bergerak ke mana-mana, soobeey akan guna public transport dan uber.


uber grab


Ye, masa tu memang ada pilihan antara Uber dan Grab. Ni antara yang terkenal la kat Malaysia kan. Tapi soobeey tetap pilih Uber berbanding Grab sebabnya:

  • Lebih murah
  • Banyak promo code
  • Driver yang friendly (mostly friendly)
  • Apps lebih mudah difahami (mesra pengguna)

Antara sebab utamanya soobeey selalu guna Uber adalah kerana harga tambangnya yang jauh berganda lagi murah. Memang murah sangat la. Selalu jugak dapat free ride. Jadi, bila Uber dah takde ni, payah la sikit orang-orang yang berkeadaan seperti soobeey ni nak bergerak. Nak taknak terpaksa lah guna jugak perkhidmatan Grab.


Sejak takde Uber ni, memang Grab je la soobeey guna. Tapi memang tak boleh banyak bergerak sangat la. Sebab mahal. Lari bajet. haha.. Grab bukannya takde promo, ada je.. Tapi tak menepati promo yang soobeey nak. Promo Grab yang soobeey selalu dapat, contohnya diskaun untuk makanan di kedai kedai tertentu. huhu. Soobeey nak promo yang boleh kurangkan harga tambang tu. So, sedih la sikit kat sini. haha


Cuma satu je yang soobeey rasa best bila guna Grab ni, sebabnya ada choice pickup point dan drop point yang jelas. Contohnya kalau berada di KL Sentral. KL Sentral kan banyak pintu, jadi bagi soobeey yang macam rusa masuk kampung ni agak keliru la pintu-pintu mana ni. Grab memudahkan untuk soobeey tahu kat mana patut tunggu. Dah disenaraikan kat situ pintu pelepasan, pintu ketibaan dan sebagainya. Hanya pilih je, tak perlu nak gerakkan pin kat map tu.


Tapi tapi tapi... ni soobeey baru tau.. Grab ada pesaing baru selain dari MyCar iaitu M.U.L.A. MULA ni baru je lagi hidup dan tapaknya di Penang. Setakat ni, MULA baru berkembang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Disebabkan aplikasi ini masih baru, sedikit masalah yang dihadapi bagi yang nak mula berkembang ni adalah masalah kekurangan pemandu/driver. Korang yang nak berjinak-jinak cari duit sampingan tu, bolehla jadi pemandu MULA.


Setakat ni, feedback yang soobeey dapat daripada kawan-kawan soobeey yang pernah menggunakan MULA ni, semuanya bagi respon positif. Diorang kata boleh lah buat ubat pengganti Uber. Sebab harga tambangnya lebih kurang Uber. Murah. hehe


Dan apa yang soobeey rasa menariknya MULA ni, sebab adanya MULA Pink, iaitu perkhidmatan yang khusus untuk kaum hawa. Untuk wanita sahaja. Ala macam KTM tu, kan ada lady coach. Lebih kurang la ni fungsinya. Jadi bagi wanita yang keluar sorang-sorang, risaukan keselamatan, boleh guna MULA Pink. Dan setakat yang huda tengok, MULA ni semacam agak selamat dengan adanya SOS Button yang boleh sambung kepada PDRM dan lokasi kita pun akan diketahui. 


Kalau nak tau lebih lanjut boleh singgah ke laman sesawang M.U.LA atau klik pada gambar di bawah.



Mula ride car service

Korang dah pernah guna MULA? Ada pengalaman nak dikongsi? =)

You Might Also Like

4 comments

  1. Bestnyaa ada MULA PINK tu. Apapun baguslah ada MULA ni, pesaing untuk GRAB so then GRAB dah tak boleh lupa diri nak ketuk customer mahal2 dah, hehe.

    ReplyDelete
  2. Uihhh.. pengasas dia sama dengan Uber x? biasanya depa ni dah tau sistem akan buat lg. hee

    ReplyDelete
  3. wahhh bleh try Mula nie..seyes..grab mahal kot..

    ReplyDelete
  4. pernah dengar pasal grab ni tapi tak pernah guna... terimakasih sudah sharing

    ReplyDelete

Followers

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.