Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga Malaysia yang budiman..
JOM DERMA DARAH
Kempen Derma Darah hashtag kitasamahero atau nama lainnya adalah 'KitaSama Blood Donation Drive' merupakan kerjasama antara pihak Astro dan Pusat Darah Negara.
JOM DERMA DARAH
Kempen Derma Darah hashtag kitasamahero atau nama lainnya adalah 'KitaSama Blood Donation Drive' merupakan kerjasama antara pihak Astro dan Pusat Darah Negara.
Kempen ini bermula pada 18 Julai 2017 hinggalah 29 September 2017. Untuk pengetahuan anda, kempen ini bergerak dari satu IPT ke IPT yang lain dan terbuka kepada seluruh warga IPT termasuklah orang awam.
Antara IPTA dan IPTS yang terlibat dengan Kempen Derma Darah Kitasamahero adalah:
Bulan Julai 2017
- Universiti Multimedia (MMU) pada 18/07/2017
- Kolej Methodist Kuala Lumpur pada 21/07/2017
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 24/07/2017
Bulan Ogos 2017
- Kolej Taylor pada 01/08/2017
- UniRazak pada 02/08/2017
- The One Academy of Communication Design pada 10/08/2017
- Kolej Saito pada 10/08/2017
- Universiti Tun Abdul Rahman (UTAR) Kampus Sg Long pada 12/08/2017
- Universiti UCSI Kampus Kuala Lumpur pada 15/08/2017
- Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) pada 21/08/2017
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada 22/08/2017
- Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC) pada 24/08/2017
Bulan September 2017
- Universiti Binari pada 06/09/2017
- Kolej Antarabangsa INTI, Subang pada 06/09/2017
- Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada 08/09/2017
- Kolej Universiti KDU, Ultropolis, Glenmarie pada 13/09/2017
- Universiti Perdana pada 14/09/2017
- Kolej Asia Brickfield, PJ pada 18/09/2017
- Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik (APU) pada 19/09/2017
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 25/09/2017
- Universiti Malaya pada 26/09/2017
- Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 28/09/2017
- Universiti Teknologi Mara (UITM) pada 29/09/2017
*Info tarikh dan tempat dirujuk dari Astro
Hanya tinggal dua tempat sahaja lagi yang belum selesai iaitu UPM pada 28hb dan UITM pada 29hb ini. Kepada anda yang berada di sekitar kawasan tersebut, silalah berkunjung untuk menderma darah bagi mereka yang memerlukan. Jangan lepaskan peluang anda..
Darah yang kita derma boleh membantu mereka yang memerlukan seperti:
Darah yang kita derma boleh membantu mereka yang memerlukan seperti:
- Pesakit kanser
- Pembedahan dan pemindahan organ
- Pesakit denggi
- Mangsa kebakaran
- Pesakit Talesemia
- Mereka yang mengalami masalah darah dan hati
Kepada yang sudah menderma, TAHNIAH saya ucapkan.
Kepada yang belom.. mungkin kerana takut, cuba beranikan diri anda untuk menderma
Kita boleh, kita adalah HERO
Saya sudah! Jom sama-sama menderma 😊
Saya tak mampu untuk sumbang pingat kepada negara tercinta,
Tapi saya mampu untuk sumbangkan darah kepada mereka yang memerlukan.
Kita tolong orang, InsyaaAllah nanti orang tolong kita balik.. Semoga Allah permudahkan urusan kita. Sumbangan darah ni mungkin nampak kecil pada sesetengah orang, tapi sangat besar ertinya pada mereka yang sangat memerlukan.
Kalau anda tak berkesempatan untuk menderma darah melalui kempen ini, anda boleh lihat pada laman sesawang Pusat Darah Negara untuk mengetahui destinasi seterusnya atau boleh singgah ke mana-mana hospital berdekatan atau anda juga boleh berkunjung ke MidValley Megamall, Lot 063, Tingkat 3, sebelah Daiso Japan.
Kalau tak cukup darah B positif, cari saya ye. Hikss... 😍

#kitasamahero