Tak Boleh Komen di Blog Sendiri

20:18

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan sekalian


Sehari dua ni tak banyak post yang Soobeey buat sebabnya soobeey tengah runsing dan musykil kenapa tak boleh reply komen kat blog sendiri dan kenapa tak boleh post komen kat blog sendiri. Tak ke pelik tu.. Tuan punya blog sendiri tak boleh komen. Haa.. itu yang buat soobeey berfikir tak sudah dalam pencari puncanya.


Mula-mula soobeey tak perasan dan tak tau pun masalah tu wujud. Sampai lah satu ketika, ada la beberapa blogger tinggalkan komen pada post soobeey dan niat hati soobeey nak berkenalan dan bermesra la dengan blogger lain tu. Jadi, soobeey pun tekan la button reply dekat bahagian komen tu.. Bila dah siap-siap buat ayat nak balas tu, nak kena tanda pula kita ni balas sebagai siapa kan... Contoh pemilik akaun Google ke, ada OpenID ke atau lain-lain. Kemudian, soobeey pilih la akaun Google macam selalu. Selepas tu,tekan la reply tu. Tapi yang peliknya komen soobeey tu tak muncul muncul, walaupun dah berulang kali soobeey mencuba. Soobeey pun cuba lagi dan lagi la. Tak puas hati sebab tak boleh komen kat blog sendiri. Lepas tu timbul kemusykilan sebab dekat bahagian reply as tu, walaupun dah klik akaun Google tapi dia jadi macam tak sign in. Jadi macam gambar bawah ni.

Masalah komen di blog
Nampak macam tak ada masalah kan, tapi selalunya akan keluar nama pada akaun Google tu

Timbul lah macam-macam persoalan dalam kepala ni, "kenapa tak boleh? apa yang tak kena? setting tak kena ke? template aku bermasalah ke?" - Monolog hati soobeey. Apa lagi, mulakan misi mencari puncanya. Cari punya cari ada 3 kemungkinan boleh jadi puncanya.

  1. Template blog bermasalah
  2. Ada extension Google Chrome yang mungkin menghalang
  3. Disable atau Block 3rd-Party Cookies
Langkah seterusnya yang soobeey buat adalah tukar template. Sebab soobeey tak pandai sangat nak cari kod-kod yang salah tu. Jadi tukar yang baru lagi senang. Maka terhasil lah wajah baru pada blog soobeey ni..

Lepas tu soobeey cuba komen lagi. Namun, hampa.. Usaha menukar template tak membuahkan hasil. huhu. Seterusnya soobeey cuba cari punca kedua. Semak semua extension yang soobeey pakai. Dan buang mana yang rasa bermasalah dan tidak perlu. Selesai buat semua tu, cuba lagi untuk komen. Ternyata, sekali lagi, Gagal.

Haa, yang ni.. kemungkinan punca masalah yang terakhir tu.. Dan alhamdulillah yang terakhir ni menjadi.. Leganya lah rasa hati ni. Hilang kekusutan di kepala ni. Jadi tahu lah soobeey masalah nya sebab soobeey tak benarkan 3rd-Party Cookies tu.. 

Baiklah, mana nak cari biskut pihak ketiga ni? Senang je.. ni Soobeey tunjukkan kat bawah ni ye..

masalah komen di blog
1. Pergi pada settings Google Chrome, dan akan keluar macam gambar atas ni. Klik Content settings
masalah komen di blog
2. Akan keluar macam ni. Lepas tu klik Cookies tu
masalah komen di blog
3. Tengok pada Block third-party cookies tu. Kalau bertanda warna biru tu, itu yang masalahnya
masalah komen di blog
4. Klik pada warna biru tadi tu dan akan bertukar jadi warna kelabu macam ni. Tujuannya untuk tutup fungsi tersebut
masalah komen di blog
5. Cuba komen atau balas komen di blog anda



Kalau menjadi, ia akan keluar nama akaun Google kita macam gambar atas ni. Cuba tengok gambar mula-mula dalam post ni, tak keluar nama kan? Jadi, seharusnya ia keluar nama macam ni lah.. Baru lah boleh komen dan berbalas komen.

Itu saja untuk penyelesaian masalah tidak boleh komen di blog sendiri. Semoga bermanfaat! Selamat komen dan berbalas komen..





You Might Also Like

6 comments

  1. Thanks Huda :)
    Settle problem saya..bermanfaat sangat info ni..

    ReplyDelete
  2. finallyyyyyyy!!! setahun sis tertanya kenapa sis takleh komen dalam blog sendiri hahahahah thankyouuuuuuuuuu Huda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha.. kusut kepala kan fikir kenapa. alhamdulillah.. dah selesai. hihi..

      Delete

Followers

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.