9 Fakta tentang Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, Kuala Lumpur

10:49

Semalam kita terima berita yang menyayat hati tentang kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

9 Fakta yang berjaya dikumpulkan:

  1. Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) terletak di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
  2. Ditubuhkan pada tahun 2002.
  3. Diusahakan oleh orang perseorangan di atas lot tanah yang beralamat di No.75, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur.
  4. Pengajian yang mengutamakan hafazan Quran dan pengajian kitab-kitab turath.
  5. Berdaftar dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
  6. Menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
  7. Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah adalah Mohd Zahid Mahmod.
  8. Peraturan pusat tahfiz: Aktiviti memasak tidak dibenarkan.
  9. 14 September 2017 jam 0515 berlaku kebakaran yang mengorbankan 23 nyawa
- Kejadian dipercayai bermula dari pintu asrama yang terletak di bahagian tengah asrama.
- Bomba terima panggilan jam 0541 dan kebakaran berjaya dipadamkan jam 0645.
- Pemeriksaan mendapati mangsa berada di 3 sudut berlainan




Difahamkan bangunan yang terbakar tersebut adalah bangunan penempatan sementara sebelum bangunan asalnya (dalam proses ubah suai) yang terletak 1 kilometer dari bangunan yang terbakar tersebut siap.

Penempatan murid yang terbakar

23 Senarai nama mangsa yang terkorban dalam kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, Kuala Lumpur. 21 murid dan 2 guru.
  1. Muhammad Danieal Md Amin, 14
  2. Ahmad Rijal Mohammad Rodzi, 13
  3. Muhammad Hasrullah Ismaik, 14
  4. Muhammad Haikal Abdullah, 12
  5. Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10
  6. Muhammaf Fahmie Abdullah, 11
  7. Muhammad Afiq Haqimie Hairulizwan, 11
  8. Muhammad Aiman Ramzanudin, 12
  9. Azkar Dariemi F. Zaska, 8
  10. Nik Muhammad Ridzuan Bin Nik Azlan
  11. Azkar Abiedi F. Zaska, 11
  12. Umar Al Khatab Helmi, 6
  13. Amiel Asyraaf Abd Rasid, 11
  14. Muhammad Nizammudin Nasrun, 13
  15. Muhammad Hafiz Iskandar Sulaiman, 11
  16. Muhammad Harris Ikhwan Mohd Sulaiman, 10
  17. Muhammad Taufik Hidayat Norazizan, 16
  18. Ahmad Harith Adam Mohd Nor Hadi, 12
  19. Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13
  20. Muhammad Syafik Haikal Abdullah, 13
  21. Muhammad Zattulah Roslan, 11
  22. Mohd Yusuf Md, 26 (guru)
  23. Mohd Amrul Nizam Sakarno, 25 (guru)

Sumber diperolehi daripada akhbar tempatan dan jabatan bomba

Syurga buat kalian. Moga ahli keluarga mangsa terus tabah.. 

You Might Also Like

0 comments

Ads

Follow me Insta