Drama JPJ - Ops Cinta Din Sardin

05:03

Drama Melayu yang I terlayan tanpa sengaja.

Ada la satu malam tu, I kebosanan.. Buka la tv9. On tu, sedang elok cerita tu baru mula. Tengok Mira Filzah pulak berlakon. I dah la minat Mira Filzah. So tengok laa...

Tengok punya tengok. Best jugak cerita ni. Tambah tambah ada pulak Kaza dan Delimawati. Jadi lagi terhibur dengan loghat dan telatah diorang. Hehe

Cerita tu tajuknya Din Sardin, telemovie di tv9. Dilakonkan oleh:

  • Izzue Islam sebagai Din Sardin
  • Mira Filzah sebagai Che Ta
  • Niena Baharun sebagai Cik Murni
  • Kaza sebagai ayah Din
  • Delimawati sebagai mak Din

Din Sardin 2015

Cerita telemovie Din Sardin (2015) ni kisahnya berkisar tentang seorang kaki motor yang bernama Din. Dia seorang yang berlagak dan selalu buat hal kat jalan raya.

Sampai lah suatu hari tu, dia buat hal dengan seorang gadis ni. Din tunjuk eksyen bila gadis tersebut menegur kesalahannya di jalan raya.

Selepas daripada itu, din nak kena ambil lesen kereta setelah disuruh berkali kali oleh maknya. Sampai lah waktu nak test JPJ. Din terjumpa lagi dengan gadis tu.

Masa tulah baru dia tahu yang gadis yang dia bertekak haritu rupa rupanya JPJ. Baru tau nak cuak Din. Lagi cuak bila dia akan di test oleh gadis JPJ tersebut iaitu Che Ta.

Disebabkan Din banyak buat salah, Din tak lulus lesen. Berkali kali jugak la dia nak kena ulang test JPJ tu. Bila Din tak lulus lulus lesen dia tu. haha. Mak dia siap buat mandi bunga, bagi minum air tawar lagi. Haha..

Sudah ceritanya, akhirnya lulus la jugak lesen Din. Cerita habis dengan Din terpikat dan simpan perasaan terhadap Che Ta.

Cik Murni dan Che Ta

Disebabkan cerita Din Sardin tu mampu memikat hati beta... Maka terlayan la juga cerita Din Sardin yang lainnya. muehehe...

Lepas telemovie Din Sardin (2015) tu, ada satu lagi telemovie Din Sardin (2017).

Tapi takde kaitan pun. Takde kesinambungan pun. Tapi disebabkan watak Din Sardin (Izzue Islam) dan Che Ta (Mira Filzah) dikekalkan, I layan je la. haha.

Telemovie Din Sardin (2017) ni, pasal Che Ta dan JPJ nak menumpaskan masalah geng geng rempit. Dan Din merupakan kepala geng tu. Disebabkan Din ni dah terjatuh hati dgn Che Ta, dan Che Ta berjaya memujuk, memberi makna hidup kepada Din. Masalah rempit berjaya di selesaikan. Din pun dah berubah, dah nampak hala tuju hidupnya.

Maka bersambunglah telemovie Din Sardin (2017) ni dengan drama Ops Cinta Din Sardin (2017) 20 episod.


Kan Din dah ada tujuan hidup sekarang.. So, dalam drama ni berkisar tentang Din cari kerja dan sampailah jadi JPJ macam Che Ta. Lepas berjaya jadi JPJ, misi Din seterusnya adalah pikat hati Che Ta lah.. hihi

Nak tau macam mana cerita penuhnya, kena tengok lah.. hee
Kang I cerita, jadi berjela jela pulak.

Din Sardin jadi JPJ

Che Ta gadis JPJ

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Din dan Che Ta bersatu

  • Telemovie Din Sardin (2015) pasal Din ambil lesen kereta
  • Telemovie Din Sardin (2017) pasal geng rempit dihapuskan dan hubungan Din dan Che Ta makin rapat
  • Drama Ops Cinta Din Sardin (2017) pasal Din cari kerja dan berjaya jadi JPJ atas galakan dan saranan Che Ta.

You Might Also Like

2 comments

Followers

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.