Punca dan Rawatan Ekzema
22:02
Apa itu Ekzema?
Ekzema secara umumnya adalah masalah berkenaan dengan kulit tanpa mengira usia.
Ekzema merupakan sejenis penyakit kulit yang menyebabkan kegatalan, keradangan, kemerahan dan bersisik. Secara saintifiknya, ia dikenali sebagai atopic dermatitis.
Selalunya ekzema dikaitkan dengan kulit kering. Apabila kulit kering, kegatalan dan keradangan lebih mudah berlaku. Tapi ada jugak ekzema basah. Ekzema basah ni tempat gatal tu keluar biji biji gelembung air. Ekzema kering pulak, tempat gatal tu jadi kering dan bersisik.
Ekzema Kering |
Ekzema Kering |
Ekzema Basah/berair |
Punca Ekzema
Keturunan dan mempunyai pelbagai pencetus lain yang boleh menyebabkan alahan seperti
- pemakanan
- pakaian
- penggunaan sabun
- minyak wangi
- suasana/persekitaran
- jangkitan kuman
Lain orang lain punca pencetusnya..
Kalau macam I punca pencetusnya yang pasti bukan seafood. Sebab I seafood lover dan takde masalah kalau makan seafood banyak mana pun. hihi..
Setakat ni punca pencetus alahan/triggered I yang I pasti ada 4 iaitu hama, aircond, sabun dan air mandi kotor.
Kalau tidur atas cadar atau tilam lama, haa siaplah... Mungkin disebabkan hama. I jadi cepat gatal dan merah sampai garu garu teruk kalau salah tidur kat tempat macam tu.
Aircond pun boleh jadi pencetus kegatalan I. Bukan miang ye, tapi gatal gatal. huhu. Rasa macam nak garu guna garfu je. huhu.. Mungkin sebab bila dalam aircond kulit I jadi kering, bila kulit kering tulah jadi pencetus gatalnya.
Kalau sabun dan air mandi tu jarang-jarang I kena.
So, I akan pastikan 3 perkara ni:
- cadar mesti selalu bersih, basuh 1 atau 2 minggu sekali. Pastikan bila baring tu, takde rasa miang miang gatal.
- pakai losyen pelembap atau krim sebelum masuk tempat aircond untuk mengekalkan kelembapan kulit.
- pilih sabun mandi yang tak mengeringkan kulit dan elakkan yang banyak kimia
Cara pakai losyen pelembap atau krim ekzema
Cara segera:
- Pastikan tangan dibasuh bersih terlebih dahulu.
- Kalau krim jenis kena calit tu, pastikan calit guna lain lain jari (tiap kali nak calit balik) atau guna spatula untuk ambil sedikit krim tu. Kalau yang jenis kena picit dalam tiub tu, takde masalah sangat. Cuma jaga kawasan permukaan tiub tu supaya sentiasa bersih.
- Sapu krim mengikut arah tumbuh bulu.
- Sudah sapu, jangan lupa basuh tangan.
p/s: Seeloknya sapu selepas mandi. Sudah lap lap badan tu, haa sapu laa
Cara leceh, cara I sendiri:
- Ambil sapu tangan yang material dia macam tuala mandi tu (yang bersih ye). Celup dalam air suam. Perah dan lap lap pada kulit tempat gatal tu. Atau boleh juga basuh tempat gatal tu dengan air suam dan lap sampai kering. Tujuannya adalah nak mematikan kuman kuman yang menyebabkan gatal tu.
- Pastikan tangan bersih.
- Sapukan aloe vera/gel aloe vera pada tempat gatal tu bagi menyejukkan tempat gatal dan mengelakkan keradangan. Biarkan kering.
- Sapukan pula krim/losyen ekzema pada tempat gatal tu mengikut arah tumbuh bulu.
- Basuh tangan lepas sapu tu.
Untuk jenis ekzema kering, sesuatu yang melembapkan dan sedikit berangin (menthol) yang boleh menyejukkan kulit, jika disapu pada tempat ekzema, rasanya sangat menenangkan dan boleh mengurangkan rasa gatal dan keradangan.
Krim/Losyen Ekzema
Ni yang I pakai la dan I rasa sesuai dan selesa dengan I.
Aloe Vera Gel Guardian. Bebas alkohol, pewarna dan pewangi |
Herbal Blend Shaklee. Multipurpose Cream, mentholated. Bebas Paraben |
Ada banyak lagi krim yang best untuk ekzema. Contohnya:
- Sebamed
- Eczy
- Cetaphil
- Herbava
- Sudocream
- Triderma
Dan banyak lagi... Boleh la cuba mana yang sesuai.
Setakat ni I rasa Krim Herbal Blend paling best untuk ekzema. Sebab ada menthol. Jadi berangin sejuk. Boleh mengurangkan rasa gatal.
p/s: Sentiasa bawa krim/losyen ke mana mana pun anda pergi.
In case korang tertinggal krim dan tetiba ekzema menyerang... Pergi cari air dan sapukan pada tempat gatal tu.. bagi kulit lembap.
Dan pastikan kuku sentiasa pendek
Dan pastikan kuku sentiasa pendek
0 comments