Instagram

Monday, 11 September 2017

Scrub Hilangkan Whitehead & Blackhead

Review yang jujur dari cik Soobeey tentang scrub muka

I sebenarnya.. hmm.
Kulit I sebenarnya jenis kulit yang sensitif. So, normal la kan sebagai naluri seorang perempuan, mesti la nak cantik dan pakai produk untuk cantikkan kulit kan. Tapi tulah masalahnya, bila kulit sensitif ni takut sikit nak cuba cuba produk sembarangan kan.

Muka menggerutu tu memang takyah cakap la. Semua orang hadap masalah ni kan. Cuma cara nak tangani tu je yang mungkin berbeza. Dan bagi I yang noob dan takut kulit hodoh ni, pernah cuba scrub dan scrub buat muka i jadi licin, selembut kulit bayi gitu..

Malangnya I lupa produk apa. So, disebabkan obses nak cantik dan dalam masa yang sama fobia kot muka jadi buruk, macam macam jenis scrub la jugak i guna untuk hilangkan whitehead dan blackhead ni. Kepala putih dan kepala hitam ni la yang buat kulit kita jadi tak licin, kasar. Haish.

TAPI, walau pun macam macam jenis scrub i pakai... I test sikit je kat kulit. Kalau tak sesuai dan tak berapa nak jadi, I bagi orang atau buat wakaf kat asrama. Sayang kulit oii... haha

Sampai lah I jumpa scrub ni. Terbaikkk!!
Segala yang tersumbat dalam pori tu, licin keluar. Memang sangat berkesan! Dan kulit I takde masalah dengan srub jenis tu.


scrub green tea
Scrub yang paling best!


Ni lah scrub yang I guna tu. Sampai sekarang I masih pakai yang ni. Sebab dah serasi bersama. ekeke. Ada pelbagai scrub dari St. Ives ni. Tapi yang i paling suka yang Green Tea ni lah. Jelas jelas kat situ blackhead clearing kan. Sungguh tak tipu, memang clear. hehe

Harganya murah je. Tak sampai pun 20 hinggit. Belas-belas je.

Boleh beli di Watsons, Lazada, Guardian

******

I baru je nak shopping online scrub ni, sebab dah habis yang i punya. Tengok tengok.. huhuhu. 

scrub muka yang best
Scrub Green Tea

Takde stok!
Kan dah cakap scrub ni memang best. Memang ramai yang pakai dan suka. Mana tak habisnya. huhu

Cepat cepat lah muncul balik ye...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...